nuffnang

LIKE ME

Saturday, 5 January 2013

RAHSIA SIHAT SEMULAJADI

Tahukah anda,tanpa mengeluarkan wang yang banyak atau melancong ke luar negara untuk mencari bahagia,anda cuma perlu meluangkan 20 minit untuk melakukan aktiviti sihat iaitu menarik nafas secara perlahan-lahan,bayangkan  seorang anak yang gembira,penuhi fikiran dan hati dengan cinta dan kasih sayang untuk membuatkan mood positif.

Jom mulakan aktiviti yang membahagiakan..

9.00 pagi: Minum Teh Hijau

Mulakan hari anda dengan minum teh hijau.Kebiasaan dengan minum teh hijau sekurang-kurangnya empat gelas setiap hari  dapat mengurangkan depresi sehingga 4% .Ini kerana kandungan theanine dalam teh hijau mampu mengeluarkan serotonin dan membuatkan anda lebih tenang.

12.00 Tengahari: Lakukan Detoksifikasi

Berbanding dengan membeli hidangan tengahari yang pelbagai,lebih baik anda membawa bekal dari rumah yang boleh membantu mengeluarkan racun dalam badan. Antara hidangan pilihan dari rumah ialah buah,sayuran segar,ikan,roti penuh mill dan sebagainya.

4.00 Petang: Mengambil angin

Daripada anda menghabiskan masa dengan mengunyah snek sambil bergosip ria,apa kata luangkan masa selama 20 minit untuk berjalan-jalan santai setiap hari.Seseorang yang aktif bergerak mempunyai hormon endorphin yang boleh meningkatkan mood yang lebih banyak.

7.00 Malam: Zat Besi Dalam Hidangan Makan Malam

Kekurangan zat besi boleh membuatkan anda sukar tidur dan berfikiran  dengan baik,seterusnya mempengaruhi mood sehari-hari.Penuhi pengambilan zat besi melalui permakanan(daging tanpa lemak atau kacang hitam) atau supplement.Untuk pengambilan maksimum,ambillah supplement zat besi pada makan malam atau supplement yang mengandungi  18mg zat besi.(untuk anda yang mengalami par monopaus)

10.00 Malam: Masa Untuk Berehat

Masa untuk berehat tetapi sebelum anda tidur,luangkan masa dengan membiasakan menulis 3 perkara yang menggembirakan untuk anda hari ini di dalam diari atau blog pribadi.


CIPTA KEBAHAGIAAN

50% faktor kebahagiaan dipengaruhi oleh konsep apa yang anda miliki

10% faktor kebahagiaan dipengaruhi oleh keadaan

40% bergantung kepada diri sendiri dalam menghadapi tekanan,rutin harian atau menghargai masa.







No comments:

Post a Comment