nuffnang

LIKE ME

Friday 4 January 2013

20 TIP KURUS SEBENAR



Permakanan diet rutin anda sering menjadi rungutan para wanita khususnya wanita yang mementingkan kecantikkan dalaman dan luaran terutama dalam soal berat badan. Di sini terdapat beberapa tips kurus yang amat mudah dan berkesan..




  1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi.Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari
  2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandngi sayuran dan buah-buahan
  3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam.Ambillah telur rebus,epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut.Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis tersebut.
  4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran pada menu anda.Jika anda sudah lakukan,anda boleh tambahkan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
  5. Untuk setiap hidangan jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar.Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.
  6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak.sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang
  7. Bawalah bekal ke pejabat.Ini untuk membantu menggelakkan anda makan tengahhari secara berlebihan
  8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama 2 minggu.Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda.Namun,jika anda bertahan,pasti akan menjadi kebiasaan.
  9. Jangan 'jadikan' diri anda gemuk dengan 'memenuhi' permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
  10. Jika anda suka mengunyah ketika stress,inilah masanya untuk berubah.Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat.carilah jalan untuk mengatasi stress tanpa melibatkan makanan.
  11. Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain.Mulakan dengan salad,sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama,sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori.
  12. Ambillah sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam.Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam.ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang
  13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ' hidup sihat'. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan kita.
  14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah,cubalah kurangkan sedikit demi sedikit.Lama-kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.
  15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan.Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
  16. Tulis di atas sekeping kertas 'tutup selepas makan malam'.Tampalkan di pintu peti ais.
  17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini mengingatkan anda bahawa waktu makan malam sudah habis.
  18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
  19. Makanlah ketika tiba waktu makan.Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca,menonton televisyen atau melayari internet.
  20. Sebelum anda membeli belah,berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli-belah tersebut.

1 comment:

  1. semua petua tu nampak macam senang tapi susah nak diamalkan.kena disiplin yg tinggi dan semangat yg kuat baru boleh berjaya.tp ibu nak cuba petua tidak mengambil gula selama 2 minggu tu.*semangat ni*

    kalau senang silalah jenguk ibu disini.

    http://IzaIsmail.com

    ReplyDelete