nuffnang

LIKE ME

Tuesday, 3 December 2013

Kesan Kafein Kepada Tubuh




Kesan kafein pada tubuh sebenarnya bergantung kepada sistem saraf seseorang. Bukan setakat itu sahaja, ia juga dipengaruhi oleh berat badan, jantina serta beberapa faktor penyokong yang lain. Bagaimanapun perlu diketahui bahawa setelah mengambilnya, kafein boleh bertahan dalam tubuh badan manusia selama lapan jam.





Pengaruhi jantung dan sistem darah

Kafein boleh mempengaruhi jantung dan sistem pengaliran darah. Kafein yang mula memasuki tubuh akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari sepatutnya. Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh. Kerana itulah ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok agak tinggi.



Cegah penuaan dan kanser

Kebanyakan produk kafein seperti kopi, minuman coklat dan teh mengandungi bahan antioksidan di mana ia berupaya mencegah masalah penuaan serta kanser. Di samping itu, produk berkafein juga kaya dengan asid lemak serta beberapa jenis vitamin yang lain. Kerana itulah ia memberi manfaat kepada tubuh.



Pencernaan perlahan

Pengambilan berlebihan boleh mengganggu proses pencernaan di mana otot-otot di bahagian berkenaan mulai menegang. Hal ini secara tidak langsung menjadikan proses pencernaan berlangsung dengan perlahan. Cara terbaik mengatasinya adalah dengan menghindarkan diri dari mengambil teh atau kopi selepas makan. Paling tidak tunggulah sehingga setengah atau satu jam sekiranya anda benar-benar ingin mengambilnya. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang dirumuskan menggunakan kafein sebagai bahan-bahannya. Masa pengambilannya juga perlu dilewatkan seperti yang dinyatakan di atas.



Kesan terhadap sistem saraf

Pengambilan kafein secara berlebihan boleh mempengaruhi sistem saraf. Malah kesannya juga boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar-ketar, pening kepala, loya atau cemas sepanjang waktu.



Bahaya kepada pesakit diabetes

Ramai individu gemar mengambil kafein bersama gula. Sebenarnya, ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana tanpa disedari, mereka telah menyusahkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh organ pankreas. Disebabkan pengambilan gula yang banyak, pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mencerna gula berkenaan. Kesannya, paras insulin dalam darah akan naik sekali gus membahayakan pesakit-pesakit diabetes yang gemar mengambil minuman ini.



Impak tekanan dua kali ganda

Kafein boleh memberi tekanan kepada tubuh badan. Sekiranya anda mudah mengalaminya maka dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada kafein sepenuhnya. Bimbang sekiranya tubuh yang mudah tertekan akan mengalami tekanan berganda apabila ‘dibebankan’ dengan kafein di dalamnya.

No comments:

Post a Comment