nuffnang

LIKE ME

Sunday, 23 December 2012

LATEST Y.E.S PROMOTION 2012-2013


PRODUK PELANGSINGAN BADAN TERKINI BERASASKAN SISTEM SAUNA YANG PALING LARIS DIPASARAN...DENGAN FUNGSI MEMBAKAR KALORI,lemak,melancarkan peredaran darah dll...dapatkan untuk kegunaan PRIVASI anda diRUMAH... tempahan hubungi saya di talian 0196259604 @pm inbox mya qareena amir @laman blog qareenaamirsaunahome...penghantaran percuma semenanjung malaysia..

Wednesday, 19 December 2012

Karbohidrat Kompleks dan Kebaikannya

Karbohidrat Kompleks dan Kebaikannya

Apabila bangun daripada tidur setiap pagi, kita bertuah kerana masih dapat merasakan jantung berdegup dan otak berfungsi dengan baik dan kita masih berkemampuan untuk mencapai apa jua yang diingini pada bila-bila masa. Namun adakah kita sedar bahawa semua perkara kecil yang kelihatan ringkas dan mudah ini memerlukan tenaga untuk melakukannya?Seorang penulis buku pemakanan pernah berkata (dan saya sangat bersetuju dengan pendapatnya ini): “Kebanyakan orang mahu merasa gembira sepanjang masa. Biar apa pun yang dilalui setiap hari, potensi keseronokan adalah sangat mengujakan apabila tubuh dan minda seseorang itu peka dan bersedia untuknya. Kesejahteraan yang dirasai daripada tenaga, kepekaan, kelapangan fikiran dan keyakinan adalah sangat bernilai. Kalaulah kita tahu bagaimana hendak menghasilkannya … Sebahagian daripada rahsia perasaan gembira ialah menjana bekalan tenaga yang mencukupi melalui pemakanan.” Oleh CataldoAntara tiga makronutrien penting iaitu karbohidrat, protein dan lemak; KARBOHIDRAT ialah sumber tenaga pilihan, diikuti oleh lemak manakala protein pula disimpan untuk penghasilan dan pemuliharaan sel tubuh. Anda mungkin terkejut jika mengetahui betapa fungsi tubuh sangat bergantung kepada karbohidrat; selagi mana karbohidrat boleh didapati, sel otak kita bergantung sepenuhnya kepada karbohidrat sebagai sumber tenaga. Lemak pula tidak digunakan oleh otak ataupun sistem saraf dan pemakanan berlemak tinggi juga sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit.

Karbohidrat kompleks Vs Karbohidrat ringkas

Terdapat pelbagai jenis karbohidrat dalam pemakanan kita dan jenis-jenis ini diklasifikasikan mengikut struktur molekul karbohidrat yang dikenali sebagai monosakarida.Karbohidrat ringkas terdiri daripada rantaian molekul monosakarida yang lebih pendek, lazimnya dalam jumlah satu atau dua molekul monosakarida. Anda mungkin mengenali contoh sebenar karbohidrat ringkas yang boleh didapati sehari-hari. Berikut adalah antara contoh monosakarida:- Monosakarida (terdiri daripada satu molekul) :glukosa, fruktosa (gula buah-buahan) and galaktosa- Disakarida (terdiri daripada rantaian dua molekul): sukrosa (gula makan, madu), laktosa (gula susu) dan maltosa (lazimnya digunakan untuk membuat pastri).Karbohidrat kompleks dalam makanan adalah terdiri daripada rantaian melebihi dua monosakarida dan saintis lazimnya menggelar jenis ini sebagai Polisakarida (secara langsungnya bermaksud terdiri daripada sejumlah monosakarida). Sesetengah daripada contoh berikut mungkin biasa anda temui seperti:- Kanji: terdapat dalam nasi, roti, mi, sayuran ubi seperti ubi kentang, kacang atau lentil. Kebanyakan masyarakat mempunyai bijian ruji yang menjadi sumber utama tenaga mereka: nasi di Asia, gandum di negara-negara Barat selain barli dan jagung di Amerika Selatan.- Serat pemakanan yang terdapat dalam makanan seperti serat dalam bijirin dan nasi perang.

Kesan jenis karbohidrat yang berbeza kepada tubuh

Dengan mengenali jenis-jenis karbohidrat yang berbeza, kita boleh memahami bagaimana ia memberi kesan yang berlainan kepada tubuh. Sepertimana perbezaan namanya yang berdasarkan struktur molekul, anda pasti boleh meneka bahawa karbohidrat ringkas kurang memerlukan tenaga daripada sistem pencernaan untuk diproses dan diserap sepenuhnya oleh tubuh disebabkan oleh rantaian molekulnya yang pendek; oleh itu, jika kita memerlukan tenaga segera terutamanya semasa melakukan senaman ketahanan dan apabila tahap gula darah kita menjadi terlalu rendah, maka karbohidrat ringkas akan dapat membekalkan tenaga yang diperlukan itu. Walau bagaimanapun, jika kita mengambil karbohidrat ringkas dengan berlebihan dalam satu-satu masa, tahap gula darah kita akan meningkat tinggi secara mendadak. Sekiranya karbohidrat ringkas sentiasa menguasai sebahagian besar peratusan pemakanan harian kita, fenomena gula darah yang tinggi ini akan berkekalan. Keadaan ini banyak dilihat dalam dunia sekarang di mana penyakit kronik seperti kencing manis semakin kerap ditemui dan kadarnya semakin meningkat. Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya sepuluh peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini.

Kelebihan karbohidrat kompleks

Walaupun hampir semua sel tubuh menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga utama, tubuh kita tidak dapat mengenal pasti molekul karbohidrat kompleks sebagai sumber tenaga. Namun begitu, tubuh kita merupakan sebuah sistem yang pintar dan berupaya untuk mengubah karbohidrat kompleks ke dalam bentuk yang mudah diserap oleh tubuh dan seterusnya digunakan oleh sel. Proses ini lazimnya mengambil masa yang lama kerana tubuh terpaksa memisahkan rantaian karbohidrat yang panjang menjadi lebih pendek sebelum penyerapan dapat dilakukan.Kelebihan tambahan karbohidrat kompleksBukan sahaja karbohidrat kompleks membekalkan tenaga kepada kita pada kadar yang sesuai, tetapi ia juga merupakan sumber kepada pelbagai nutrien lain. Kebanyakan karbohidrat kompleks juga adalah sumber Vitamin B yang baik dan Vitamin B diperlukan semasa pelepasan tenaga ke dalam sel-sel tubuh. Tambahan lagi, makanan karbohidrat semula jadi dan yang diproses secara minimum adalah lazimnya rendah lemak dan mempunyai kandungan serat yang tinggi.Permata Karbohidrat Kompleks Serat, juga dikenali sebagai “pelawas”, sering menjadi tumpuan awam dan juga para saintis kerana kebaikannya kepada kesihatan manusia. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah dalam pemakanan dikaitkan dengan pengurangan risiko terhadap penyakit kronik. Serat dapat diperolehi daripada makanan tumbuh-tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang. Serat tidak boleh dicerna oleh enzim pencernaan manusia. Walaupun sesetengah serat boleh dicerna oleh bakteria dalam saluran pencernaan, tetapi tenaga yang dihasilkan oleh serat ini adalah sangat minimum.Serat boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori berdasarkan ciri-cirinya dalam tubuh kita;Serat Tak Boleh Larut :Serat jenis ini tidak boleh larut dalam air dan lazimnya diperolehi daripada bahagian luaran buah-buahan, sayur-sayuran dan bijian. Serat tak boleh larut membantu pergerakan dalam usus dan sangat berguna untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit.Serat boleh larut :Serat jenis ini mudah larut dalam air dan lazimnya menjadikan makanan kenyal atau anjal. Satu contoh serat boleh larut ialah oat. Sekiranya kita menyediakan semangkuk oat untuk sarapan, ia akan bertukar menjadi pekat apabila dibiarkan seketika.Serat boleh larut sememangnya memainkan peranan penting dalam memelihara kesihatan. Disebabkan oleh pembentukan “seakan gel” dalam perut, serat boleh larut membantu memperlahankan kadar pengosongan makanan dalam perut dan seterusnya meningkatkan rasa kenyang serta melambatkan rasa lapar. Tambahan lagi, disebabkan oleh sifatnya yang memperlahankan pergerakan makanan ke dalam saluran usus daripada perut, ia membantu mengawal gula darah daripada meningkat terlalu cepat dan terlalu tinggi selepas makan.Tubuh kita memerlukan kedua-dua jenis serat untuk memelihara kesihatan saluran usus dan mencapai tahap kesihatan optimum. Kita disyorkan untuk mengambil 25g serat pemakanan setiap hari. Untuk mencapai jumlah ini, kita seharusnya memilih makanan kaya serat dalam pemakanan harian. Contohnya: selain daripada biskut biasa, bertukarlah kepada biskut yang tinggi kandungan seratnya.

Amalan yang disyorkan

Pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia masih mengesyorkan bahawa karbohidrat menjadi komponen utama pemakanan; ia seharusnya menyumbangkan 50% daripada jumlah tenaga terutamanya daripada sumber karbohidrat kompleks dan makanan kaya serat. Ramai yang tersalah anggap bahawa karbohidrat adalah “menggemukkan”. Berdasarkan kiraan gram-untuk-gram, karbohidrat menyumbangkan jumlah kalori yang setara dengan protein (4kcal/gram), tetapi mengandungi jumlah kalori yang lebih kecil daripada lemak pemakanan (9kcal.gram). Walaupun protein menyumbangkan jumlah kalori yang setara sepertimana karbohidrat, makanan kaya protein lazimnya juga mengandungi sejumlah besar lemak: contohnya, daging. Untuk hidangan anda seterusnya, anda mungkin boleh memenuhi separuh daripada karbohidrat kompleks yang anda inginkan dengan serat tinggi (nasi perang, sayur-sayuran) diikuti dengan makanan kaya protein seperti daging yang jikalau boleh, dikurangkan jumlahnya. Pilihlah makanan protein kaya serat seperti kekacang dan seboleh mungkin, ambil makanan kurang berminyak atau berlemak.

Saturday, 15 December 2012

Makanan pencegah KANSER

Bak kata pepatah,mencegah lebih baik daripada mengubati. Bagaimanapun hakikatnya,tidak ramai yang mengamalkan aspek pencegahan.Sebaliknya,jika terkena atau disahkan menghidap penyakit,barulah tindakan segera diambil sama ada melakukan rawatan ataupun mula mengamalkan aspek pencegahan. Menyentuh mengenai aspek pencegahan penyakit terutamanya penyakit kanser,haruslah dilihat terlebih dahulu mengenai puncanya. Yang pasti,permakanan sihat memainkan peranan penting dalam menentukan kesihatan akan datang. Antara permakanan tersebut ialah:

1: Kacang atau mentega kacang

Terdapat kajian yang mengatakan,memakan makanan yang kaya dengan vitamin E dapat mengurangkan risiko kanser perut,kolon,paru-paru, dan lain2. Mengamalkan permakanan yang kaya dengan vitamin E seperti mentega kacang,kacang dan biji kuaci dalam diet seharian dan membantu menguatkan sel badan.

2: Oren

Oren atau mana-mana buah yang kaya dengan vitamin C merupakan antioksidan yang didapati didalam kebanyakan buah dan sayuan. Vitamin C dapat membantu menghalang pembentukan kanser. Diet yang tinggi dengan vitamin C ini mampu mencegah kanser perut,kolon,payudara dan serviks.

3: Ubi Keledek

Ubi keledek mengandungi beta-keroten yang merupakan antioksidan sangat hebat. Kajian mendapati mereka yang mengambil diet yang tinggi dengan beta-keroten dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru,perut dan kolon.

4: Ikan Salmon

Kurang vitamin D dalam badan mempunyai kaitan dengan beberapa jenis kanser payudara dan kolon. Saintis berpendapat vitamin D  mungkin dapat menghalang salur darah pada tumor yang membesar.

5: Bawang Putih

Dalam masyarakat moden,bawang putih dipercayai dapat mencegah serangan jantung,pengumpalan darah,menurunkan kadar kolesterol,tekanan darah,kadar gula dalam darah,penawar racun,pembunuh bakteria/kulat/parasit,pengikat radikal bebas dan banyak lagi. Zat-zat aktif yang terdapat di dalam bawang putih ialah vitamin A,B,C,kalsium,potasium,besi,keroten dan selenium.

6: Teh Hijau

Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam  Journal of Cellular,kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol iaitu sejenis antioksidan kuat kerana mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu,sejak 20 tahun lalu,satu kajian telah dilakukan terhadap teh hijau ini dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan.

7: Buah beri merupakan buah terbaik untuk mecegah kanser. Terdapat beberapa jenis beri iaitu raspberry,blueberry dan cranberry. Ia mengandungi antioksidan yang dipanggil pterostilbene yang mempunyai ciri-ciri melawan kanser.

Friday, 14 December 2012

Pilihan musim hujan

Pilihan Makanan Sihat Ketika Musim HujanMusim hujan dan sejuk membuatkan tubuh memerlukan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk membuat tubuh kekal segar meski pada suhu yang sejuk. Jenis makanan berikut boleh dijadikan pilihan.EpalMemang rugi bagi yang tidak gemar menikmati buah ini. Buah yang sering dijadikan sebagai isi pai ini kaya dengan antioksidan dan juga vitamin C yang bermanfaat dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh.Ubi keledekSatu lagi makanan yang seharusnya ada di dalam stok simpanan barangan dapur anda. Ubi keledek mengandungi vitamin A yang akan memberikan manfaat untuk kulit sihat dan mulus. Selain itu, ubi keledek juga mampu menjadi penambah sistem kekebalan tubuh ketika suhu semakin menurun.Labu kuningSayuran yang satu ini mengandungi banyak vitamin A. Sup labu hangat akan menjadikan musim-musim sejuk ini menyenangkan anda.TomatoSup tomato yang hangat boleh menjadi pilihan yang sesuai. Selain dijadikan masker untuk kekalkan kulit wajah yang cantik, buah tomato ini membantu mengurangi risiko penyakit jantung kerana kandungan antioksidan seperti likopen yang banyak di dalamnya.Brussels sproutSayuran ini dapat membantu me ningkat kan kekebalan tubuh dengan baik. Selain itu, jenis sayuran ini mengandungi zat besi, kalium dan juga vitamin K yang baik untuk tulang.Buah beranganJenis kekacang berwarna coklat ini akan membantu memelihara kulit agar kelihatan muda dan berseri. Kacang yang kaya dengan serat ini membantu tubuh mengekalkan tenaga.Buah delimaIa membantu kulit agar kelihatan tetap sihat dan juga bermaya melalui kandungan nutrisi yang baik di dalamnya terutamanya antioksidan.Lobak hijauLobak hijau mengandungi vitamin K, A dan juga vitamin C. Selain kaya dengan vitamin, lobak hijau juga kaya dengan serat.PirBuah pir mengandungi banyak vitamin C yang bermanfaat dalam mengekalkan imunisasi tubuh.

Latest Sophie Paris

INDEPENDENT DISTRIBUTOR

CALL/PM INBOX FB MYA QAREENA AMIR

Monday, 10 December 2012

SAUNA DEC 2012

Mandi sauna ini juga disebut sebagai mandi peluh kerana ia meremajakan tubuh dengan curahan keluar toksin dengan peluh. Manfaat kesihatan sauna mandi diketahui walaupun nenek moyang kita, dan terdapat bukti-mandian yang digunakan walaupun pada usia batu . Thermae orang-orang Rom kuno atau Onsen tradisional Jepun, terdapat budaya lain yang mempunyai versi mereka sendiri "sauna baths".Walau bagaimanapun, ia adalah sauna Finland yang menjadi popular di seluruh dunia selepas Revolusi Perindustrian.Sauna tradisional yang berasaskan kepada model Finland mempunyai batu-batu di tempat perapian yang dipanaskan kepada suhu tinggi. Air dicurahkan ke atas batu-batu ini dari masa ke masa itu menyejat menjadi wap yang memanaskan udara di dalam sauna. Sesetengah sauna moden telah pemanas elektrik untuk menjana haba. Terkini selaras  sauna inframerah yang menggunakan sinar inframerah jauh yang menembusi ke dalam tubuh dan haba.Kesihatan Kebaikan Sauna satuHaba yang dihasilkan dalam sauna mempunyai kesan terapeutik pada badan. Bukan sahaja haba mengaktifkan kelenjar peluh yang membantu badan untuk menghapuskan toksin, ia juga meningkatkan kadar jantung dan peredaran darah. Antara manfaat sauna: Menyahtoksikan Badan  Jadi ia mengambil radiasi inframerah atau duduk dalam persekitaran yang hangat sauna tradisional, semua sauna baths bekerja pada prinsip bahawa berpeluh adalah cara terbaik menyingkirkan toksin di dalam badan kita. Bersama-sama dengan paru-paru, buah pinggang, usus dan sistem limfa, kulit menjalankan peranan yang penting dalam menyahtoksikkan badan kita. Kulit kita mempunyai kelenjar peluh di seluruh. Haba mandi sauna mengaktifkan kelenjar peluh dan mereka mengeluarkan toksin dari badan dalam bentuk peluh. Daripada semua organ-organ, kulit kita mempunyai kawasan permukaan yang terbesar. Oleh itu, sejumlah besar toksin membilas keluar badan oleh kulit disebabkan meningkat berpeluh teraruh dalam sauna.Meningkatkan kadar denyutan jantung Mandi sauna adalah pilihan yang sangat baik untuk orang-orang yang tidak mampu untuk menanggung tekanan yang ketat menjalankan. Mandi sauna meningkatkan dan menguatkan peredaran darah tanpa menyebabkan tekanan ke atas mana-mana sistem badan yang lain. 10 - mandi 20 minit sauna panjang meningkatkan denyutan jantung sebanyak 50 - 75%. Ini membawa kesan yang sama sebagai latihan fizikal yang sederhana ketat. Peningkatan output jantung memastikan bahawa terdapat bekalan darah yang bertambah baik kepada semua bahagian-bahagian badan.Meningkatkan Peredaran Darah Peningkatan kadar jantung seterusnya meningkatkan peredaran darah. Haba sauna mengembangkan saluran darah yang memastikan bahawa terdapat bekalan darah walaupun oleh kapilari yang nipis. Bekalan darah yang betul membawa nutrien segar kepada sel-sel dan memastikan pembasmian sepenuhnya bahan buangan daripada mereka.  Memperbaiki Kulit Liang-liang kulit yang melaluinya peluh dan akan dibuang tersumbat disebabkan oleh penggunaan krim, deodoran dan sel-sel kulit mati. Liang-liang tersumbat menyebabkan masalah kulit seperti jerawat, jerawat dan bintik hitam. Haba sauna membersihkan dan membuka liang roma ini, dan rasa peluh daripada mereka, dan membawa bahan-bahan beracun daripada badan. Darah juga bertambah baik peredaran darah ke kulit meninggalkannya kelihatan muda dan segar.Menguatkan Kekebalan Kira-kira 2000 tahun yang lalu, Parmenides, seorang doktor Yunani telah mendakwa bahawa dia dapat menyembuhkan penyakit apa-apa jika dia telah diberi peluang untuk mewujudkan demam. Beliau merujuk kepada mekanisme pertahanan badan kita, demam, yang membolehkan badan untuk melawan mikro-organisma dan kesan berbahaya mereka. Suhu semasa demam meningkatkan pengeluaran sel darah putih, anti-ferons dan anti-badan yang membantu kita melawan penyakit. Sauna baths mengambil tubuh menyatakan demam tiruan di mana entiti melawan jangkitan dihasilkan yang mengukuhkan sistem imun .Berat Badan Daripada beberapa manfaat sauna kesihatan, penurunan berat badan adalah salah satu yang paling dicari. Bersama-sama dengan peluh, satu kehilangan sejumlah besar air dari badan. Ini mungkin muncul sebagai penurunan berat badan yang ketara pada mesin berat. Walau bagaimanapun, berat itu hilang meraih kembali dengan penggunaan air. Walau bagaimanapun, kajian baru-baru ini telah menunjukkan bahawa output jantung meningkat dalam sesi sauna purata membakar kira-kira 300 kalori. Ini adalah bersamaan dengan menggunakan jumlah kalori yang sama seperti ketika berjalan pantas. Tidak buruk, memandangkan hakikat bahawa apa yang telah lakukan adalah untuk berbaring dan berehat!Relaksasi otot Terikan dalam otot yang terasa selepas senaman fizikal adalah disebabkan oleh pengeluaran berlebihan asid laktik, dan haus dan lusuh bahawa otot menjalani. Bukan sahaja sauna baths membantu otot salah satu untuk berehat, mereka juga mengusir asid laktik yang berkumpul di dalamnya. Selain itu, aliran darah yang meningkat kepada otot dan membantu mereka untuk membaiki sel-sel daripada yang dipakai.Kesihatan Mental Orang yang kerap sauna sering berasa mental santai. Ini adalah kerana siaran kardiovaskular meningkat aktiviti endorfin - 'feel baik' kimia, di dalam otak.Konvensional  sauna wap atau sauna inframerah , manfaat sauna baths diakui seluruh dunia. Daripada sesi interaksi sosial, sauna semakin digunakan untuk kesan penyembuhan mereka.dapatkan set MYRA,DIVA DAN EZY FIR sekarang..bakar lemak,bakar kalori,cantikkan kulit,sihat tubuh badan dll..untuk tempahan call/sms saya di no 019-6259604...@ layari laman blog http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/2012/04/betapa-pentingnya-bersauna.html..POSTED BY QAREENA AMIR AT 21:39 NO COMMENTS:EMAIL THISBLOGTHIS!SHARE TO TWITTERSHARE TO FACEBOOKLABELS: FAEDAH SAUNAOlder PostsHomeSubscribe to: Posts (Atom)