nuffnang

LIKE ME

Sunday 7 June 2015

TIP STRATEGI BERPUASA DENGAN DIET

PENAT,LAPAR DAN DAHAGA MERUPAKAN ANTARA KELUHAN NORMAL YANG KITA UCAPKAN SEBAGAI TANDA ENGGAN BERSENAM DIBULAN RAMADAN. Meskipun mempunyai banyak masa sambil menantikan azan berkumandang,ramai yang memilih untuk berbaring sahaja di depan televisyen. Hakikatnya ibadah puasa bukanlah penghalang aktiviti kecergasan...

STRATEGI DIET


  • Cuba nikmati 6-10g karbohidrat per kilogram mengikut berat badan
  • Makan 1.2g protein per kilogram mengikut berat badan
  • Pengambilan lemak seharusnya 20-30% daripada pengambilan tenaga keseluruhan
  • Pastikan minum air secukupnya untuk mengelakkan defisit air
  • Selalu minum air pada waktu malam dan sahur untuk menghidrat tubuh
TIP

  • Rancang waktu yang tepat untuk tidur dan bangun
  • Tidur sekejap dan berikan masa kepada tubuh untuk berehat
  • Lakukan senaman atau bersukan selepas berbuka puasa untuk mengekalkan aktiviti fizikal dan kecergasan
  • Elakkan latihan berbentuk ketahanan,kelajuan atau ketangkasan.

  • Tidak bersenam selama 30 hari berturut-turut kerana berpuasa boleh menurunkan prestasi kecergasan dan kekuatan
  • Waktu ideal untuk bersenam ialah 90 minit sebelum waktu berbuka puasa. Ini kerana tubuh anda tidak dapat menggantikan glikogen yang dibakar,akan mencetuskan rasa pening dan mual
  • Bagi penghidap penyakit kronik,kecederaan atau komplikasi pula masih boleh bersenam,tetapi perlu berhati-hati
  • Pesakit yang menghidapi diabetes jenis 1 tidak perlu lakukan senaman kerana boleh mempengaruhi paras glukosa
  • Pesakit yang menghidapi diabetes jenis 2 masih boleh melakukan senaman pada tahap intensiti yang rendah,maksimum 30 minit seperti latihan aerobik atau kekuatan
  • Bagi pesakit darah tinggi atau hipertensi,teruskan bersenam pada intensiti rendah atau sekitar 75% daripada kadar degupan jantungmaksimum.
  • Bagi yang sedang menjalani rawatan kesihatan,lakukan senaman berintensiti rendah selama 30 minit(maksimum) kerana tenaga lebih banyak digunakan untuk pemulihan.
  • penghidap penyakit kronik pula harus lebih berwaspada kerana anda tidak mengambil ubat-ubatan kerana berpuasa,kerana ia lebih menyukarkan tubuh mengawal gula,paras kolesterol dan tekanan darah sepanjang RAMADAN...
SALAM RAMADHAN @ 2015


No comments:

Post a Comment