BULAN YANG PALING MULIA DI ANTARA SEMUA BULAN DATANG LAGI. KEBERKATAN YANG MENJADI HADIAH UTAMA PADA RAMADHAN INI PERLU DIREBUT. DALAM KEGHAIRAHAN ITU..HIDRASI ADALAH MASALAH UTAMA YANG SERING BERLAKU PADA BULAN RAMADHAN. ATASINYA DENGAN MEMINUM BANYAK AIR PUTIH DAN JUGA PENAMPILAN DIRI PERLU DIUTAMAKAN..
RUTIN KECANTIKAN PERLU DITERUSKAN. TERDAPAT BEBERAPA TIPS UNTUK DIJADIKAN PANDUAN..
KELEMBAPAN KULIT
Memandangkan kadar pengambilan air berkurangan,melembapkan diri di bahagian luaran adalah lebih penting. Gunakan buih pembersih badan yang mempunyai kadar kelembapan tinggi dan usai,gunalah losen badan. Produk yang menggunakan minyak semulajadi dengan mentega seperti minyak kelapa dan shea butter memberi impak yang sempurna berbanding losen biasa.Gunakannya pada tubuh dan kaki untuk mendapatkan kulit yang halus dan lembut.
BEBAS BAU BADAN
Apa kata anda gunakan pewangi semula jadi untuk tubuh? Selain menggunakan deoderan,penggunaan jus lemon juga boleh mengelakkan daripada timbulnya bau badan.Lemon mempunyai antiseptik terbaik,antibakteria dan anti-odor.Ia mengurangkan bau peluh dan meninggalkan haruman lemon yang segar pada tubuh.
KULIT HALUS
Jika anda ingin bebas dari bulu halus,waxing adalah jalan terbaik.Biarpun ia menyakitkan tetapi ia berbaloi kerana anda tidak perlu mencukurnya setiap tiga hari kerana waxing akan memperlahankan pertumbuhan bulu-bulu halus.
FACE MASK DAN PENGELUPASAN
Yogurt asli adalah helah terbaik untuk perawatan wajah.Yogurt terkenal dengan kelembapan yang ada padanya,malah ia juga memberi kelegaan pada kulit,menegang dan cara terbaik untuk pengelupasan.
SOLEKAN
Warnai wajah dengan solekan biarpun minimalis.Secara asasnya,gunakan bedak asas,pemerah pipi,maskara dan pengilat bibir untuk tampil sederhana tetapi masih menawan.
REHATKAN RAMBUT
Hampir setiap hari rambut menjadi 'mangsa' pencemaran dan bahan kimia.Sesekali,rehatkan rambut daripada sebarang produk.Masker rambut seminggu sekali untuk mengekalkan kesihatan rambut.Anda juga boleh menggunakan masker dari tanah liat agar minyak berlebihan dan kotoran pada rambut boleh dibersihkan.
RIAS KUKU
Pada waktu siang,banyak kerja-kerja rumah boleh diselesaikan sehingga boleh menyebabkan tangan menjadi kasar.Pada waktu malam,rawatan lebih tertumpu pada bahagian tangan.Tidak perlu krim atau peralatan merias,cukup sekadar losen yang memberi lembapan secukupnya.Palitkan setompok kecil losen pada kuku dan kutikel.Keesokan harinya,ketika anda bangun untuk sahur,kulit tangan dirasakan lebih lembut dan halus.
RIAS KAKI
Sebaik selepas mandi,sapuan losen untuk bahagian tumit kaki sangat diperlukan. Malah anda boleh mengetip kutikel kerana ia lebih lembut.
best tips..thanx..
ReplyDeletebest tips..thanx..
ReplyDelete:)
Delete