nuffnang

LIKE ME

Wednesday, 20 February 2013

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA

10 MAKANAN PALING MENGGEMUKKAN DI MALAYSIA:

1. Nasi Lemak: Sepinggan nasi lemak mengandungi lebih kurang 450 hingga 500 kalori. Lebih menggemukkan apabila makan bertambah atau bersama ayam goreng (240 kalori), sambal sotong (170 kalori) atau pelbagai jenis lauk lain.
 



2. Roti Canai: Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori, jika dua keping bersamaan dengan 600 kalori. Tidak termasuk dengan kuah kari, dalca dan sambal tumis. 

 

3. Nasi Goreng: Mengandungi lebih kurang 630 kalori. Ia menjadi kurang seimbang kerana nasi tersebut digoreng dengan menggunakan minyak, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur.



4. Ais krim: Ais krim mempunyai nilai lemak, gula dan kalori yang tinggi. Dua scoop ais krim mengandungi 380 kalori.
 

 

5. Burger: Satu hidangan burger biasanya terdiri daripada keju, sos cili, mayonis dan lebih istimewa di tambah dengan sebiji telur yang mengandungi lebih kurang 475 kalori.

  


6. Mee kari: Mengandungi lebih kurang 500 kalori. Seeloknya gantikan mee kari dengan hidangan mee sup yang hanya mengandungi 380 kalori.

 


7. Makanan bergoreng: Sekeping pisang goreng sahaja mengandungi 170 kalori. Nilai kalori akan lebih meningkat jika menggoreng menggunakan minyak yang sama berulang kali. Seeloknya kurangkan makanan bergoreng dan gunakan kaedah memasak yang lebih sihat seperti merebus atau memanggang.




8. Susu Pekat Manis: Satu sudu susu pekat manis biasanya mengandungi lebih kurang 60kcal. Seeloknya gantikan dengan susu rendah lemak yang kurang kandungan lemak. 




9. Roti Manis dan Donut: Sebiji donut mengandungi 200kcal, sekiranya kita makan satu dozen yang mengandungi 6 biji donut pastinya mengandungi 1200kcal. 




10. Mayonis: Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori atau 40gram lemak. 


  




2 comments:

  1. suka la makanan yg gemukkan ni..


    pehhh...nice...
    nak comment sikit boleh x...??
    kalau nak blog lagi menarik,,letak gambar sikit...
    sbb,kadag2 org x suka baca,,tp tengok gambar..


    Jom ke sini :

    Latest : Penjara Terbesar Amerika
    Update : Keretapi Ferrari
    Menarik : Muzium Sain Miami Lengkap Dengan Tangki Jerung
    Popular : Gua Ais Terbesar Dunia
    Pelik : Ombak Membeku Secara Tiba-tiba
    Seram : Kuasa Air Membelah Jalan
    Confius : Tasik Garam Warna-warni
    Meletup : Kolam Terapung Di Tingkat 24
    Meriah : Muzium Beratap Hood Kereta
    Kreatif : Apartment dihiasi Bola Ping Pong

    Dan Banyak lagi di Green Life..

    ReplyDelete