SERAT ialah satu cara membantu anda menurunkan berat badan.Serat terdiri daripada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti sayuran,kekacang,buahab dan gandum.
Makanan yang kaya dengan serat memerlukan masa yang lebih lama untuk dikunyah sehingga membuatkan anda merasa cepat kenyang.Selain itu,adanya serat dalam badan adalah untuk usus dan melancarkan pembuangan air kecil.
* Anda disarankan mengambil serat sekurang-kurangnya 25g per hari,bukan sahaja untuk membantu menurunkan berat badan tetapi menurunkan kolesterol dan mencegah kanser usus.
* Pengambilan serat sekurang-kurangnya 30g sehari membantu diet anda.Buah-buahan adalah yang paling banyak mengandungi serat.
KAITAN SERAT DAN KARBOHIDRAT
Gabungan serat dan karbohidrat kompleks adalah senjata yang paling berkesan dalam menjaga kadar insulin dalam badan terutamanya selepas waktu makan.
Menurut pendapat Dr. Margaret McNurrlan,profesor nutrisi dan perubatan di State University of New York,jika kadar insulin dalam badan meningkat,otak akan memberi isyarat pada badan agar makanan yang anda ambil boleh bertukar menjadi lemak
- Serat larut dalam air-Ia mengikat lemak daripada makanan dan dibuang melalui penghadaman
- Serat tidak larut dalam air-Ia harus dikunyah dengan lebih lama sehingga isyarat otak mengatakan rasa kenyang
KAITAN SERAT DENGAN PROTEIN
Ini juga salah satu cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat terutamanya gabungan serat dan protein ketika waktu makan dan waktu kudapan.Nutrisi ini memerlukan masa dan tenaga lebih untuk dihadam oleh badan,perut terasa lebih kenyang dan meningkatkan metabolisme.
BAGAIMANA SERAT MEMBANTU DIET
Satu-satunya alasan yang membuktikan serat penting dalam prtogram diet adalah kita merasa cepat kenyang selepas mengambilnya. Oleh yang demikian,ahli nutrisi menyarankan kita supaya memasukkan lebih banyak buah dan sayur dalam menu diet.
Beberapa faktor menjadi penentu diet anda berjaya iaitu;
*HANYA 20 MINIT
Makanan yang kaya serat biasanya mengambil masa yang lama untuk dikunyah sehingga anda makan dengan lebih lama.Dalam masa 20 minit,otak anda akan memberi isyarat bahawa perut anda sudah kenyang dan anda akan makan lebih sikit.
*RENDAH KALORI
Kandungan serat tinggi biasanya rendah kalori,mengandungi nutrisi dan antioksidan yang membantu menurunkan berat badan.Buah dan sayuran seperti epal,brokoli,gandum dan sebagainya adalah makanan yang kaya dengan serat dan rendah kalori.
*LAMBAT HADAM
Makanan ini memerlukan masa yang lama untuk dihadam sehingga anda merasa kenyang lebih lama.
*ELAK GULA DALAM DARAH MENINGKAT
Serat membantu melambatkan memprosesan gula dalam darah.Jika gula dalam darah naik dengan cepat,ia akan membuatkan anda cepat merasa lapar.
6 MAKANAN SERAT YANG BELUM DIKETAHUI
*AVOKADO
Buah yang mempunyai rasa krim ini sangat baik kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang meningkatkan kadar kolesterol baik.
1/2 potong avokado= 6g serat
*LABU KUNING
*
Rasanya lazat dan sesuai dijadikan makanan utama.
1 cawan= 7g serat
*PASTA
Khasiatnya akan bertambah jika diambil bersama brokoli dan kekacang yang juga tinggi serat.
Satu hidangan= 6g serat
*KENTANG PANGGANG
Mungkin ramai yang belum mengetahui kentang panggang juga berserat tinggi,jika dimakan bersama kulitnya.
Satu biji kentang= 4g serat
*KACANG BADAM
Ia mengandungi banyak serat tanpa perlu tambahan gula atau mentega.Kandungannya 25% lebih banyak berbanding kacang tanah.Makan bersama roti gandum atau bahan tambahan dalam salad.
2 sudu teh= 4g serat
*HUMMUS
Ia adalah masakan khas timur tengah yang diperbuat daripada kacang garbanzo,jus lemon,bawang putih,minyak zaitun dan garam.
1/4 cawan = 3.7 serat.
TIPS MUDAH DAPATKAN SERAT
- Buah dan sayuran segar mengandungi serat yang lebih banyak berbanding jus buah atau sayur.Adalah lebih baik jika dimakan bersama kulit.
- Makan salad sebelum makan.Biasanya sayuran mentah memerlukan masa selama 10 minit untuk dihabiskan.Cara ini membantu anda mengurangkan pengambilan makanan anda
- Ketika keinginan mengunyah datang,ambillah kraker atau biskut dari tepung gandum.Selain rasa enak,kudapan ini tidak membuatkan anda gemuk
- Ganti nasi putih dengan nasi merah,roti putih dengan roti gandum atau bijirin jagung dengan oatmeal.
No comments:
Post a Comment