nuffnang

LIKE ME

Wednesday, 19 June 2013

Lawan penuaan dengan buah-buahan

 

Selain menghidrat dan meremajakan kulit, bau yang datang daripada buah buahan dapat merangsangkan kulit wajah. Tidak seperti rawatan kecantikan, buah-buahan lebih efektif dari segi kos dan memberi perbezaan yang nyata dilihat. Terdapat beberapa buah dengan khasiatnya yang tersendiri, pilih yang terbaik untuk anda!



Pisang
Pisang merupakan sumber zat besi yang terdiri daripada magnesium dan kalium yang membantu mengurangkan senggugut. Pisang kaya dengan vitamin A, B dan E sebagai agen pencegah penuaan. Meletakkan pisang yang telah dilenyek di muka dapat menyegarkan lagi kulit muka anda. 




Lemon
Mempunyai kandungan vitamin C, jus lemon dapat memberikan kulit yang cantik jika diminum bersama segelas air suam dan madu. Ia juga digunakan untuk mencerahkan tona kulit, menjadikan kulit lebih sekata dan menghapuskan parut jerawat. Sapukan perahan lemon pada siku untuk menghilangkan tanda gelap. 




Oren
Kaya dengan vitamin C dan dapat memperbaharui tekstur kulit, oren mengandungi banyak kolagen yang melambatkan proses penuaan. Sapu oren di kulit anda untuk menganjalkannya. Oren boleh dikeringkan dan digunakan sebagai skrub. Oren juga membantu mencegah cela. 




Betik
Manfaat buah betik kepada kulit telah diakui sejak dahulu lagi. Betik kaya dengan antioksidan dan mengandungi enzim istimewa yang dipanggil 'papain' yang dapat membuang sel kulit mati dan menyembuhkan kekotoran kulit. Segelas betik susu dapat memberi keajaiban pada kulit anda. 



Mangga
Mangga mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan. Ia dapat memberi kesan menakjubkan pada kulit. Kaya dengan vitamin A dan antioksida, mangga berjaya melawan penuaan kulit serta mengembalikan keanjalan. 





Epal
Walaupun tidak mempunyai banyak khasiat seperti buah buahan yang lain, epal tetap bagus untuk kulit. Serat dalam epal dapat membantu mencegah penuaan, menghilangkan kedutan, kulit menjadi lembut dan licin, membantu mencegah kelimumur dan dapat mencegah kulit daripada sinaran UV. 




Kailan
Kailan sangat baik untuk kulit kerana kaya dengan omega 3 yang dapat membantu mencegah penuaan dan melembapkan kulit. Ia juga kaya dengan vitamin A, C dan K. 




Timun
Timun merupakan sayuran yang tepat untuk anda mengekalkan kelembapan kulit. Timun dapat mencegah penuaan dan keradangan serta menghilangkan kedutan. Ia juga mengandungi kafeik asid yang dapat mengekalkan air serta menghalang kulit menjadi merah dan bengkak. 






Lobak merah 
Lobak merak kaya dengan vitamin A dan C yang dapat membantu mencegah jerawat, cela, pigmentasi, kedutan dan tona kulit tidak sekata.

Ilusi kurus dengan pilihan beg tepat





Kebanyakan golongan wanita amat mementingkan penampilan diri mereka untuk kelihatan bergaya sepanjang masa. Namun, adakah pemilihan beg selama ini sesuai dengan imej anda? Jangan risau kerana di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips memilih beg yang sesuai dengan personaliti anda.

Perkara utama yang perlu anda lakukan ialah memilih beg yang sesuai dengan keadaan atau majlis yang dihadiri. Anda perlu ingat bahawa pemilihan beg yang tepat boleh membuatkan anda nampak kurus namun pilihan beg itu mestilah tepat. 

Jika anda seorang yang berbadan besar, elakkan dari membeli beg berbentuk bulat atau tidak berbentuk 'slouchy'. Gunalah beg yang mempunyai bentuk dan hindarkan membeli beg bercorak. 

Perempuan yang berbadan kurus yang ingin tampak lebih berisi bolehla menggunakan beg 'slouch', berbentuk bulat, atau beg gaya santai. Jika anda mahu kelihatan tinggi, cubalah beg yang panjang. Beg yang lebar tidak sesuai untuk wanita yang rendah. 

Beg yang mempunyai tali yang pendek sesuai digayakan oleh wanita yang mempunyai bentuk badan seperti 'buah pear'. Satchels dan bowler merupakan pilihan yang tepat untuk mereka. Selain itu, beg yang bertali panjang amat sesuai digayakan oleh bertubuh besar di bahagian atas. 

Ramai yang menyangka beg yang sepadan dengan baju yang dipakai merupakan pilihan terbaik namun elakkan daripada mengenakan beg yang mempunyai corak dan warna yang sama dengan pakaian anda. 

Jika anda berpakaian formal, jangan padankan ia dengan beg untuk bersukan, elakkan daripada menambah banyak aksesori di beg, tidak membeli beg tiruan dan jangan meletakkan barang-barang sehingga beg menjadi terlalu padat dan berat.

Monday, 17 June 2013

BAJU? TEMA? NAK RAYA?




♥♥♥♥♥Panduan tema baju raya paling sesuai tahun ini

Sudahkah anda memilih tema baju raya untuk tahun ini? Jangan kata masih terlalu awal. Sebenarnya sekaranglah masa yang paling sesuai untuk merancang warna tema baju raya anda sekeluarga. Silap hari bulan, tukang jahit sudah tidak mahu menerima tempahan menjahit kerana sudah penuh pula nanti. Jadi ini dia, sedikit panduan warna supaya lebaran tahun ini lebih bermakna. 


MERAH 


♥♥♥♥Warna yang sering dianggap bertuah oleh kaum cina ini sering diadaptasi di dalam bidang fesyen. Warnanya yang terang, bernyawa dan jelas mampu menarik perhatian orang yang melihat. Si pemakai pula secara semulajadi menggambarkan dia bertenaga, berkeyakinan dan berani. 


Tip: Baju kebaya merah dan baju kurung berbunga kecil merah seolah-olah anda berada di zaman retro. 


KUNING

♥♥♥♥Biasanya warna ini sering dikaitkan dengan fesyen kasual. Sama seperti merah, warna kuning mampu menarik perhatian orang ramai. Sambutan raya tahun ini juga akan lebih ceria dan bertenaga lebih-lebih lagi ketika berkujung ke rumah saudara seharian. 


Tip: Padankan baju kurung moden kuning dengan kain bercorak kecil warna hitam untuk kelihatan lebih muda. 


BIRU

♥♥♥♥Warna yang sering menjadi pilihan kebanyakan keluarga adalah biru. Berbeza dengan emosi warna merah dan kuning, warna ini mendatangkan keselesaan, ketenangan dan sedap mata memandang. Memandangkan warna biru senantiasa segar buat si pemakai, ia pilihan tepat untuk dipakai setiap hari. 

Tip: Baju t berkolar V biru sangat sesuai dipadankan dengan seluar jeans biru gelap dan seluar slake coklat muda. Baju melayu biru lembut pula memang sangat sesuai dipadankan dengan kain pelikat berbelang biru. 

MERAH JAMBU

♥♥♥♥Warna feminin ini bukan sahaja sesuai untuk anak-anak tetapi suami juga tidak boleh ketinggalan. Warna tenang dan lembut ini sangat serasi dengan pandangan mata. Tidak ada salahnya apabila raya tahun ini anda memilih warna merah jambu sebagai warna sedondon satu keluarga. 

Tip: Kain berfabrik satin atau kain berfabrik kapas kelihatan sangat comel buat si isteri, anak kecil dan suami ketika berkumpul bersama keluarga.


 ♥♥♥♥Tidak kiralah warna dan fesyen apa yang ingin digayakan untuk sambutan raya tahun ini asalkan anda tidak terlebih berbelanja. Jika sebelum ini anda banyak berhabis ketika beraya, apa kata tahun ini lebih bersederhana kerana yang penting tradisi maaf-memaafkan dan ziarah-menziarahi masih dikekalkan. Cuti begini bolehlah pilih warna kain apa yang sesuai untuk anda sekeluarga nanti.