nuffnang

LIKE ME

Showing posts with label ARTIKEL MENARIK. Show all posts
Showing posts with label ARTIKEL MENARIK. Show all posts

Saturday, 6 July 2013

RAMADAN AL MUBARAK BAKAL MENJELMA

Assalammualaikum..Ahlan wah sahlan..




Amalan-Amalan Utama di Bulan Ramadhan



Sebagai bulan yang Istimewa dan penuh berkah, pada Bulan Ramadhan terdapat banyak amalan-amalan utama yang memiliki banyak nilai lebih dibanding amalan-amalan di bulan lain. Berikut di antara amalan-amalan utama di Bulan Ramadhan tersebut:

1. Puasa Ramadhan
"Siapa berpuasa Ramadhan imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)

2. Memberikan makanan untuk berbuka puasa
Barang siapa yang memberikan makanan untuk berbuka bagi orang berpuasa maka dia akan mendapatkan pahala sebagaimana orang tersebut, tanpa mengurangi sedikit pun pahala orang itu. (HR. At Tirmidzi)

3. Tadarus Al Qur’an
"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitab Allah, maka baginya satu kebaikan, dan setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kebaikan. Saya tidak mengatakan Alif Lam Mim itu satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf, dan Mim satu huruf." (HR. At Tirmidzi)

4. Memperbanyak Doa
“Ada tiga manusia yang doa mereka tidak akan ditolak: 1. Doa orang yang berpuasa sampai dia berbuka, 2. Pemimpin yang adil, 3. Doa orang teraniaya.” (HR. At Tirmidzi)

5. Shalat Malam/ Tarawih
"Barangsiapa yang menunaikan shalat malam di bulan Ramadan dengan keimanan dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Shadaqah
"Shadaqah yang paling utama adalah shadaqah pada bulan Ramadhan." (HR. At Tirmidzi dari Anas)

7. I’tikaf
Adalah Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam senantiasa beri'tikaf pada bulan Ramadhan selama 10 hari. Dan pada tahun akan diwafatkannya, beliau beri'tikaf selama 20 hari (HR. Bukhari dan Muslim)

8. Umrah
"Umrah pada bulan Ramadhan menyerupai haji." (HR. Bukhari dan Muslim)

9. Menghidupkan Malam Lailatul Qadar
"Dan siapa shalat pada Lailatul Qadar didasari iman dan mengharap pahala, diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)

Monday, 17 June 2013

Pemakanan sihat di bulan Ramadan

Beribadah sambil mengamalkan pemakanan sihat. Pendekatan seperti itulah yang sepatutnya dipupuk dalam hati setiap Muslimin dan Muslimat apabila menjelangnya Ramadan. Keberkatan bulan Ramadan juga perlu direbut bagi mendidik hati ke arah kebaikan. Namun, berapa ramai di antara kita yang dapat mengawal nafsu makan apabila melihat pelbagai juadah di bazar Ramadan?


 Bulan Ramadan bukan hanya menahan lapar dan dahaga semata-mata. Sebaliknya ia turut mengajar kita agar mengawal hawa nafsu. Antara nafsu paling besar yang sering membelenggu pada bulan puasa adalah nafsu makan. Nafsu makan yang keterlaluan dan tidak dibendung akan menyebabkan berlakunya pembaziran.

 Justeru, bagi mengelak situasi berkenaan, anda perlu: ·        

Bersahur


Ia amat penting bagi membekalkan tenaga sepanjang hari. Sebaiknya sajian paling berat diambil ketika bersahur dan bukannya ketika berbuka. Bagi sesetengah orang, sekeping roti bersama beberapa biji kurma dan secawan air coklat panas sudah memadai. Pun begitu, jika anda perlukan banyak tenaga pada keesokan hari ambillah sajian secukupnya. ·        

Menu seimbang

Pilih sajian yang mengandungi karbohidrat kompleks yang kaya dengan serat seperti bijirin dan kekacang. Kandungan serat membantu mengawal paras gula dalam darah selain mengenyangkan. Ia juga dapat meneutralkan asid di dalam perut apabila lapar. Elakkan makanan gorengan dan pedas. Jangan lupa lebihkan buah-buahan dan sayuran kerana ia penting bagi proses perkumuhan dan mengelakkan sembelit.

 Bersederhana

Sentiasalah bersederhana ketika berbuka mahupun bersahur. Makan secara berlebihan pada waktu berbuka akan menyebabkan anda kekenyangan dan sukar beribadah. Ambil makanan dalam kuantiti sederhana tetapi cukup dengan pelbagai nutrisi yang diperlukan badan. ·        


Air masak


Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan anda berasa pening dan mengantuk. Justeru, bagi memastikan anda sentiasa berada dalam keadaan sihat, minum banyak air masak ketika berbuka dan bersahur. ·        


Senaman


Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti beriadah. Jangan jadikan bulan puasa sebagai alasan untuk tidak bersenam.


Pemakanan dan gaya hidup yang sihat mempengaruhi ibadah anda di bulan penuh keberkatan, bulan Ramadan. Semoga sama-sama beroleh manfaat!

Monday, 3 June 2013

Cantik dalam erti kata sebenar

✓ Benarkah wanita cantik adalah wanita yang mempunyai sepasang kaki yang panjang dengan betis membujur. Tubuh ramping dengan pinggang yang kecil. Rambut panjang dengan warna menarik. Kulit putih mulus, berhidung mancung dan mata besar membulat. Apakah cantik dalam erti kata sebenar?

✓ Mungkin hari ini, apabila melihat di kaca televisyen, kita didedahkan dengan wanita berpakaian seksi sebagai satu terjemahan ‘cantik’. Makna kecantikan menjadi semakin kurang jelas dalam masyarakat dan ia ditambah pula dengan rangsangan dan usaha-usaha untuk menjadi cantik seperti melakukan pembedahan plastik, memakan produk-produk kecantikan dan berfesyen untuk menonjol.

✓ Lihat sahaja majoriti artis-artis di Korea. Ramai antara mereka yang melakukan pembedahan plastik untuk mengubah kejadian semula jadi mereka. Daripada mata yang sepet kepada mata yang galak membulat. Hidung yang kemek bertukar mancung, semata-mata untuk kelihatan cantik dan popular. Bahkan hadiah paling kerap yang diberikan kepada pelajar yang telah menghabiskan persekolahan di sana adalah pembedahan plastik.

✓ Namun, adakah ini definisi cantik yang difahami oleh kita sebagai umat Islam?

♥♥♥  Islam tidak menetapkan satu ciri khusus sebagai kriteria “wanita cantik”, juga tidak menyatakan bagaimana seharusnya penampilan seorang wanita agar kecantikannya terserlah. Akan tetapi, Islam adalah agama yang menyeru kepada kecantikan dan keindahan. Kecantikan yang berbentuk maknawi iaitu berupa akhlak, sifat dan sikap, itu adalah kecantikan sebenarnya dalam Islam.

✓ Tabah

♥♥♥Wanita ini akan tertawa pada saat hatinya sedang terluka. Ini kerana dia ingin menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang di sekelilingnya. Yakin dengan pertolongan Allah AWT akan datang kepadanya dan dia terus menampakkan wajah bahagia untuk menutupi segala masalah yang dihadapi. Keyakinannya kepada Allah juga tidak pernah surut.

✓ Tidak mengharapkan balasan

♥♥♥Kasih sayangnya terhadap suami dan keluarga adalah ikhlas dari hati. Bukanlah kerana mengharapkan sebarang balasan. Malah, bagi wanita yang cantik seperti ini, kasihnya kepada keluarga membuatkannya kuat dari segala ujian yang menimpa. Kasih sayang seorang wanita cantik ini amat sukar dicari melainkan daripada kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.


✓ Sentiasa memaafkan

♥♥♥Memaafkan kesalahan orang lain kepada kita sememangnya sukar terutama sekali jika hati sudah terluka dengan perbuatan orang itu. Namun, bagi seorang wanita yang cantik, memaafkan orang yang pernah melukakan hatinya menjadi perkara yang diamalkannya. Ini merupakan cara untuk mendidik diri menjadi lebih tabah.

✓ Doa menjadi amalan harian

♥♥♥Seorang wanita cantik tidak akan pernah putus asa berdoa kepada Allah SWT tidak kira siang atau malam . Doanya juga termasuk doa-doa kesejahteraan kepada suami serta keluarga tersayang. Wanita ini tidak mementingkan diri kerana dia lebih mementingkan kepentingan orang yang disayanginya.

Allah SWT berfirman:

“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita itu harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat di mana cinta itu ada.”

Jadi pembaca sekalian, mari kita sama-sama amalkan sikap dan peribadi yang baik, agar kita bukan sahaja kelihatan cantik di luar, malah dalaman kita akan terus membangkitkan persona. Kecantikan maknawi adalah kecantikan sebenar.

Wednesday, 20 February 2013

JANGAN BERLAPAR KETIKA DIET

Lupakan saja kaedah diet yang ketinggalan zaman. Terdapat banyak sebab kenapa diet yang kita jalani sebelum ini tidak membuahkan hasil. Tubuh, bukanlah baru ‘dibentuk’ pada hari ini.

Tubuh manusia terbentuk sejak lama dahulu, malah sebelum kaedah-kaedah diet yang sedia ada ini wujud lagi. Dulu, kurang makan hanya memberi maksud lapar, dan sekiranya tubuh tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut, akibatnya memang memudaratkan.

Apabila anda jalani diet rendah kalori, hanya anda sahaja yang faham bahawa anda mahu menurunkan berat badan. Sebalik nya, tubuh anda tidak memahami apa yang anda lakukan. Tubuh anda hanya ‘faham’ yang anda kelaparan, seterusnya tubuh akan cuba menghentikan usaha diet anda.

Diet memperlahankan metabolisme Kadar metabolisme setiap orang tidak sama. Ada yang mempunyai kadar metabolisme yang tinggi sehingga dapat membakar kalori dengan cepat. Mereka yang memiliki metabolisme yang tinggi rata-ratanya lebih langsing. Ada pula yang membakar kalori dengan lambat kerana memiliki kadar metabolisme yang rendah.

Poin yang penting adalah, kadar metabolisme boleh berubah. Ketika anda berdiet dan berada dalam keadaan lapar, tubuh akan memperlahankan metabolisme kerana tubuh tidak faham tentang konsep diet. Disebabkan tidak tahu berapa lama ia akan berada dalam keadaan lapar, secara automatik tubuh akan cuba bertahan dengan lemak yang ada.

Tubuh akan memperlahankan kadar meta bolisme untuk menjimatkan sebanyak mungkin lemak yang ada di dalam tubuh anda sehingga tempoh ‘berlapar’ anda tadi tamat. Ini kerana, lemak tersebut adalah sumber tenaga simpanan tubuh.

Elak Makan Ikut Nafsu
Kebiasaan diet dengan cara berlapar boleh beri kesan yang buruk. Ini kerana, tubuh bukan hanya memperlahankan kadar metabolisme untuk menyimpan lemak yang ada tetapi akan cuba mengambil kesempatan sebaik mendapat sumber makanan. Pantang ada saja makanan, tubuh cenderung cuba mendapatkannya dengan banyak.

Bayangkan saja anda sudah berdiet dan menahan lapar selama beberapa hari. Suatu hari, datang seorang rakan membawa aiskrim kepada anda. Anda berkata pada diri sendiri, makan satu atau dua sudu tidak akan beri kesan buruk pada diet anda. Tapi sebaliknya tanpa anda sedar semakin banyak pula yang anda makan.

Akhirnya, anda menyalahkan diri sendiri kerana tidak punya kekuatan untuk menghalang diri dari makan aiskrim tadi dengan banyak. Hakikatnya, anda bukanlah tidak punya kekuatan untuk menahan diri tetapi itulah sebenarnya bagaimana tubuh berfungsi.

Tubuh anda menganggap bahawa ais-krim tadi adalah satu-satunya sumber kalori yang boleh didapati setelah beberapa hari tidak mendapat keperluan kalori yang mencukupi. Sebab itu, anda tidak sedar bahawa anda sudah mengambil lebih kalori dari yang sepatutnya.

Ingat, kebiasaan makan secara tidak terkawal (mengikut nafsu) biasanya disebabkan oleh diet. Jadi sebenarnya adalah tidak bagus untuk anda mengelakkan diri dari makan seperti meninggalkan makan sarapan dan makan tengah hari.

Mengelak dari makan hanya membuatkan anda makan dengan lebih banyak sebaik sahaja berpeluang untuk makan. Oleh itu, makanlah seperti biasa dan elakkan diet rendah kalori. Mengelakkan atau terlalu kurang makan bukanlah cara yang efektif dan kekal untuk mengawal berat badan. Ia jauh sekali boleh dianggap sebagai sebahagian daripada program diet.


APAKATA JOM BERSAUNA..



SAUNA PERIBADI – JIMAT KOS, MASA DAN SAUNA DENGAN PRIVASI DI RUMAH SAJA Kini ramai telah miliki set sauna peribadi di rumah..Beli sekali saja..anda tak perlu lagi keluarkan wang setiap bulan..anda boleh bersauna seisi keluarga bila2 masa dan di mana saja..Ramai telah ketahui 1001 kebaikan bersauna..Bersauna merupakan kaedah yang diamalkan sejak beratus2 tahun dulu dan di amalkan seluruh dunia.. 

Tuesday, 1 January 2013

Hijau-hijau si Epal hijau

Adakah anda peminat setia Epal hijau? Tentu kerana warnanya yang kehijau-hijauan dan rasanya yang masam-masam manis..tetapi anda tidak tahu akan khasiatnya. Jom ketahui apakah khasiat sebenar yang terkandung di dalam sebiji Epal hijau ini....


Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol tidak baik.Namun ,masih ramai yang tidak tahu tentang khasiat epal hijau kerana kebiasaannya epal merah lebih digemari disebabkan rasanya yang lebih manis berbanding epal hijau yang masam.

Epal hijau mengandungi zat besi,magnesium,potasium,kalsium,soldium,vitamin C,vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulit buah...

Soalan:

Adakah dengan memakan Epal hijau dapat mencegah pelbagai kemungkinan sistem badan manusia?

Jawapan: 
Ya,ia mampu kerana mempunyai antioksidan yang boleh mencegah tulang rapuh & penyakit, masalah pencernaan,baik untuk gigi,menurunkan paras kolesterol,mengimbangkan zat dan melambatkan proses penuaan.
Antioksidan 
 * Zat fitokimia di dalam epal berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan kolesterol yang berpotensi menyumbat pembuluh darah. 
* Pada masa yang sama,antioksidan berfungsi meningkatkan kadar kolesterol yang boleh memberi manfaat kepada badan 
* Pada tahun 1996,kajian menunjukkan zat fitokimia pada kulit epal dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%. Mencegah Tulang Rapuh dan penyakit 
*Epal hijau dikatakan mampu mempertahankan kadar estrogen ketika menopaus. 
* Rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh menyebabkan tulang rapuh dan penyakit jantung. Ia boleh dicegah dengan zat yang terdapat di dalam sebiji epal hijau. Masalah Pencernaan 
* Serat di dalam epal membantu mengurangkan masalah pencernaan. 
* Membantu mengurangkan berat badan 
* Masalah sembelit dan cirit-birit juga dikatakan boleh diatasi dengan diet epal dalam kehidupan seharian anda. Baik Untuk Gigi 
* Sebiji epal sehari mengandungi satu pertiga keperluan vitamin C yang baik untuk gigi 
* Mengunyah epal dikatakan cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi kerana ia merangsang pengeluaran amylase(air liur) walaupun ia mengandungi gula buah asli seterusnya membantu mengelakkan kerosakkan gigi. Menurunkan Kadar Kolesterol 
*Epal juga mengandungi pectin iaitu sejenis serat larut yang mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah. 
*Kajian menunjukkan,didalam epal terdapat D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35% Mengimbangkan Zat 
*Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal dikatakan mampu mengimbangkan kandungan zat dalam tubuh badan mereka. 
*Membantu mencegah pembentukan lemak dalam badan Melambatkan Penuaan 
*Ia mempunyai kandungan agen antioksida yang boleh menentang radikal bebas serta membantu melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut. 
*Membaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yang kering. 

Info~info 

 Antioksidan ialah bahan yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas terhadap sel normal,protein dan lemak. Beberapa jenis antioksidan seperti vitamin,mineral dan fitokimia. Untuk yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman,kisarkan epal hijau dengan seleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan.Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem percernaan. Zat masam epal hijau sememangnya pembersih tubuh yang sangat baik...

Sunday, 16 September 2012

Sumber Laman Petua Nenek


Petua -Petua Merawat Penyakit


Tambah kapsyen



Merawat Lebam Akibat Tercedera

Tumbuk hingga halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu batu mengikut sukatan yang tertentu. Setelah itu tempekkan pada bahagian yang lebam dan balutkan dengan kain yang bersih. Biarkan lebih kurang 2 jam.


Melegakan Cirit Birit

1. Jika anda mengalami cirit-birit untuk melegakan dengan cepat, ambil satu cawan teh o pekat kemudian diminum.

2. Hancurkan beberapa helai daun ketumbit hingga lumat. Tempelkan pada perut dan balutkan dengan kain

3. Kunyah daun jambu batu dan buah jambu batu yang masih muda dan kecil. Amalkan selagi anda mengalami cirit-birit.


Sukar Buang Air Besar

Kupas kentang lalu dihiris. Tempelkan hirisan tersebut pada bahagian pinggang dan dubur anda. Biarkan hingga warna kentang menjadi kelabu atau kering, berbeza dari warna asalnya.


Bayi Sukar Buang Air Besar

Ramas beberapa helai daun keledek. Ambil lendir tersebut dan sapukan pada perut bayi. Biarkan ia kering. Lakukan dua atau tiga kali sehari


Melegakan Sakit Akibat Terkepit

Parut kelapa muda campur dengan cuka makan. Balut pada tempat yang sakit. Ulangi beberapa kali. Sakit lebam tersebut akan berkurangan.


Melegakan Tekak Perit

Rendamkan sebiji buah kembang semangkuk dan rendamkan ke dalam sebuah mangkuk. Biarkan seketika. Kemudian minum airnya.


Menajamkan Penglihatan

1. Jika anda ingin menajamkan penglihatan, satu tindakan yang baik ialah dengan kerap memandang sesuatu yang hijau.

2. Salah satu petua ialah memandang wajah orang yang kita sayangi seperti wajah ibu, suami, anak-anak dan saudara sejenis dan elakkan memakan benda yang manis.

3. Bercelak ketika hendak tidur.

4. Kerap duduk mengadap kiblat.

5. Makan lobak putih selalu.


Bengkak Pipi Akibat Sakit Gigi

Tumbuk lumat segenggam daun bunga raya. Letakkan pada pipi yang bengkak. Biarkan sehingga sakit gigi lega.


Mencegah Penyakit Buasir

Melakukan senaman pada setiap pagi hari sebelum berjalan. Angkat kedua belah kaki anda ke atas dan kedua tangan anda di bawah punggung kedua-duanya. Kemudian tahan nafas ketika naik kaki ke atas dan lepaskan nafas ketika anda turunkan kaki. Kemudian ulangi tiga kali setiap hari. Mudah-mudahan sembuh.


Jika Terminum Racun

Minum air kelapa sebanyak yang boleh, kemudian segeralah dapatkan rawatan selanjutnya dari doktor.


Mengelakkan Kepedihan Ketika Mengupas Bawang

Mengupas bawang kadangkala memedihkan mata. Untuk mengelakkannya, rendamkan bawang tersebut terlebih dahulu. Kemudian barulah dikupas kulitnya.


Mengatasi Mual Ketika Mengandung

Jangan minum air lain setiap hari kecuali air suam.


Mengemukkan Anak-anak Yang Kurus

Jika anak anda kurus, cubalah rawatinya dengan memberi air beras yang mendidih. Amalkan memberi minuman ini selama seminggu.


Menghidap Barah Rahim

Untuk mengubati barah rahim, rebus dan minum air benalu teh yang tumbuh di dataran tinggi (750 meter dari aras laut). Amalkan selama tiga bulan.


Menghilangkan Rasa Gatal di Tekak

Perah tiga atau empat biji limau kasturi. Campurkan dengan sebiji garam jantan, minum tiga kali sehari.


Menghilangkan Angin

Caranya ialah dengan merebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka (ikut cita rasa anda). Apabila suam, minumlah airnya setiap hari. Lebih elok diminum selepas makan nasi.


Menghilangkan Kesan Gigitan Nyamuk

Bagi menghilangkan kesan daripada gigitan nyamuk dan menghilangkan gatal-gatal pada kulit, campurkan garam dan air, jangan biarkan garam itu terlarut. Kemudian sental garam tadi di bahagian yang kena gigitan. Selepas itu, anda tidak akan terasa gatal-gatal lagi dan kesan gigitan juga hilang.


Mengubati Kulit Terpercik Minyak Panas

1. Cara pertama : sapukan tempat tadi dengan minyak zaitun. Insya-allah kulit tidak akan melecur dan tidak akan meninggalkan kesan.

2. Parut beberapa biji bawang merah. Tampalkan pada bahagian yang terkena minyak panas. Kemudian dibalut dengan kain bersih. Biarkan beberapa hari barulah pembalut itu dibuka.

3. Masak lemak ayam dengan api yang sederhana. Sejukkan dan simpan dalam botol. Apabila terkena minyak panas, sapukan lemak tersebut.


Mengubati Senggugut

1. Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

2. Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.

3. Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.

4. Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.


Menyedapkan Suara

Jika suara anda mengalami gangguan, rawatilah dengan menyediakan secawan air pada waktu malam. Biarkan semalaman dan kemudian apabila bangun pagi, minum air tersebut tanpa perlu membasuh muka dahulu.


Merawat Hidung Berdarah

Layurkan sehelai daun sirih. Gulungkan menjadi kecil dan sumbatkan pada hidung yang berdarah. Pada waktu yang sama, ambillah ketulan ais lalu dibungkus ke dalam kain atau tuala. Kemudian letakkan di atas dahi.


Menyegarkan Badan

Mandi haid, selain dari mandi dengan air biasa, elok juga mandi dengan air yang telah diramas daun bidara untuk kesegaran badan. Caranya :


* Sebelum mandi, mestilah berwudhuk dengan sebaiknya.

* Sesudah mandi, sediakan perca kain atau kapas yang sudah diwangikan dengan minyak wangi atau kasturi.

* Lalu digosokkan di dinding kemaluan.


Merawat Luka

1. Kunyah daun rumput atau daun senduduk sehingga lumat. Kemudian tempekkan pada luka tersebut. Darah akan cepat berhenti dan tidak akan keluar lagi.

2. Parut anggaran 6 sm halia bersama sebiji bawang besar, dan campurkan dengan sedikit garam halus. Letakkan pada luka dan balutkan dengan kain bersih. Memang agak pedih sedikit tetapi hasilnya akan memuaskan.

3. Lap dahulu bahagian yang terluka dengan kain basah. Ambil sebatang kulit kayu manis dan tumbuk sehingga lumat. Campurkan setitik madu lebah. Sapukan pada bahagian yang luka.

4. Ramas segenggam daun turi. Setelah itu gosokkan pada bahagian yang luka. Lakukan beberapa kali sehingga kesan luka hilang.

5. Apabila luka akibat terkena pisau dan mengalami pendarahan yang lama, siramkan sedikit minyak tanah pada luka. Darah akan terhenti dan tidak akan terasa pedih lagi.


Cengkam Kuku Yang Bernanah

Gunting cili di bahagian hujung cili kering. Kemudian salaikan pada api dalam tempoh lebih kurang lima saat, jangan sampai hangus. Selepas itu titiskan minyak perlahan-lahan ke bahagian kuku yang bengkak. Anda akan terasa panas dan sakit sedikit, tetapi hanya sebentar dan akan kembali seperti sediakala.


Sakit Kuning

Hiris nipis-nipis sedikit rebung. Kemudian rebus sehingga mendidih. Amalkan meminum air rebusan tersebut. Ulangi sehingga sembuh.


Hindari Bayi Dari Penyakit Kuning

Kadangkala bayi yang bbaru dilahirkan kelihatan kekuningan. Rebus daun bunga raya dan daun sirih dengan air kelapa. Kemudian mandikan pada bayi.


Kanak -kanak Sesak Nafas

Siang belut seperti ikan dan digoreng tanpa dibuang kulitnya. Berikan pada kanak-kanak yang mengalami sesak nafas.


Sesak Nafas

Campurkan satu biji telur ayam kampung dengan satu sudu kecil serbuk kopi. Parut dua biji bawang merah. Campurkan semua bahan tadi dengan satu liter air, kemudian minum setiap pagi sebelum sarapan.


Berkudis

Cara untuk menyembuhkan anda yang berkudis ialah dengan menumbuk daun inai dan kemudian tempekkan pada luka atau kudis tersebut.


Senang Bersalin

Supaya mudah bersalin, telanlah sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu sebelum waktu untuk melahirkan anak.


Selesema

1. Ambil secawan air didihan beras (sewaktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

2. Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.

3. Selesema pada musin hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

4. Mandilah dengan air suam pada waktu petang dan elakkan mandi malam. Amalkan minum air halia seminggu sekali


Bayi Selesema

Sapukan sedikit minyak kelapa pada hidung bayi. Biarkan kering. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan selanjutnya dari pakar/doktor.


Bengkak Kaki Waktu Hamil

Bersihkan taugeh besar, buang semua batangnya.Rebus di dalam kuali. Masukkan satu gelas air ke dalamnya. Apabila telah suam, minum airnya. Ulangi sehingga bengkak tersebut surut.


Resdung

Hiris tiga biji bawang merah. Ambil dua helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam bekas bersama air mendidih. Kemudian wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.


Suami Ketagih Rokok

Bantu suami berhenti menghisap rokok dengan memberikan tasbih. Setiap kali tangannya gatal untuk menghisap rokok, zikir menjadi gantinya.


Menghapuskan Bulu Roma

Ramas pucuk daun cili padi dengan kapur barus. Sapukan seluruh tangan atau kaki yang ditumbuhi bulu roma. Biarkan ia kering seketika kemudian bilas dengan air bersih.


Gastrik

1. Parut satu inci kunyit hidup dan perahkan airnya. Kemudian campur dengan tiga sudu madu lebah dan satu biji telur ayam. Amalkan meminumnya dua kali seminggu. Anda akan rasa perbezaannya.

2. Parut dan perah kunyit tua sebesar ibu jari. Air perahan kunyit itu dicampur dengan kuning telur ayam kampung. Kacau sebati kemudian minum. Ulangi meminumnya beberapa hari dan anda akan terhindar dari sakit pedih ulu hati.

3. Campurkan buah tamar dengan sedikit susu kambing atau susu lembu asli yang segar. Kemudian minumnya dua kali sehari.


Batu Karang

Buang kulit sebiji kelapa muda (hijau). Kemudian bakar kulit ini selama 15 minit. Ambil air dan isinya dan bancuhkan dengan tiga biji telur ayam kampung kemudian di minum.


Bengkak-bengkak di Badan

Parut sepotong kunyit hidup, bubuh sedikit kapur sirih dan air. Panaskan di atas api dan biarkan sejuk. Setelah itu sapulah tempat yang bengkak dan gatal itu. Insya-Allah dalam masa 5 minit, ia akan sembuh.


Meredakan Demam Campak yang Menyerang Anak

1. Ramas segenggam daun Melur sehingga hancur bersama semangkuk air. Sapukan dari kepala sehingga ke hujung kaki anak anda. Ulangi dua hingga tiga kali dalam sehari.

2. Segera beri minum air kelapa yang muda.


Mengubati Kecacingan

Tumbuk beberapa potong pinang kering. Kemudian rendam dalam air panas. Campurkan dengan air panas. Minum setiap hari sehingga sembuh.


Cacing Kerawit

Kisar lobak merah dengan air masak. Kemudian tapis dan minum setiap hari


Kurang Darah Akibat Kemalangan

Tumbuk dua kerat lempoyang sebesar ibu jari, sedikit kunyit hidup dan sedikit gula merah. Rebus dengan tiga gelas air.


Telinga Dimasuki Serangga

1. Tutup hidung dan telinga yang tidak dimasuki semut. Hembuskan nafas sekuat-kuatnya sehingga serangga keluar.

2. Masukkan minyak kelapa pada telinga yang dimasuki semut.


Tercekik Tulang

Kepal-kepalkan nasi, kemudian terus telan. Jika tidak berkesan, dapatkan rawatan seterusnya di hospital.


Menggemukkan Binatang Peliharaan

Campurkan hampas kelapa dengan tahi ikan bilis kemudian berikan pada binatang peliharaan untuk dimakan. Ini akan mengemukkannya.


Melawas Kencing

1. Kisar dua potong nanas yang kurang masak dengan dua gelas air. Tapis dan minum dua kali sehari.

2. Rebus secekak daun pegaga. Tinggalkan sehingga menjadi dua gelas air. Minumlah sekali sehari.


Mengubati Gelgata

1. Layurkan beberapa helai daun sirih. Sapukan pada bahagian yang ditumbuhi gelgata.

2. Hancurkan beberapa helai daun kunyit. Kemudian sapukan pada bahagian yang terkena gelgata.


Segarkan Saraf

Rebus daun serai wangi, daun pandan dan daun nangka. Biarkan airnya kering sehingga menjadi satu cawan. Amalkan meminumnya seminggu sekali.


Lelah

1. Rebus beberapa biji bawang merah yang kecil sehingga lembut. Kisar dan tapis airnya. Minum seminggu sekali.

2. Rebus sehingga lembut beberapa biji bawang merah kecil. Kisar sehingga hancur. Tapis airnya. Amalkan meminumnya seminggu sekali.


Sakit Disengat Lebah

Tumbuk asam jawa dengan sedikit air. Tampalkan pada tempat yang disengat lebah. Jika tidak sembuh, dapatkan rawatan lanjut dari doktor.


Berkhatan Cepat Sembuh

Rebus beberapa helai daun jambu batu dalam periuk kecil. Biarkan sehingga mendidih. Campurkan dengan air sejuk dan basuh kemaluan dengan air itu.


Kejang Perut

Tumbuk beberapa helai daun betik. Perah airnya dan minum sekali sehari. Amalkan seminggu dua kali.


Penawar Kencing Manis

1. Cabut sebatang bunga matahari. Bersihkan dan potong kira-kira satu inci dari bahagian akarnya. Rebus sehingga airnya tinggal satu gelas sahaja. Tapis dan minum sekali seminggu.

2. Kisar beberapa helai daun mengkudu sehingga lumat. Rebus sehingga airnya tinggal kira-kira secawan. Minum tiga hari berturut-turut.


Petua Mengelakkan Barah

1. Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.

2. Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.

3. Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.

4. Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.

5. Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.

6. Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.

7. Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.

8. Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.

9. Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.

10. Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boelh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.


BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN


BUAH-BUAHAN DAN NILAI UBATAN



Tambah kapsyen
1.0 PENGENALAN
Ramai orang menganggap buah adalah sesuatu yang membesar selepas bunga layu dan mempunyai biji. Bahagian yang mengelilingi biji ialah buah. Manakala dalam aspek botani pula, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

 2.0 BUAH-BUAHAN DAN KHASIATNYA
Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.


2.1 Delima Hilangkan Masalah Cacing


Delima, sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan.

 2.2 Kurma Hindar Gangguan Usus


Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.


2.3 Pisang Merawat Kudis dan Luka


Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.


2.4 Mangga Penawar Penyakit Hernia


Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat.


2.5 Nanas Penawar Penyakit Batu Karang


Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi.

 2.6 Belimbing Merawat Kencing Manis


Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi.


2.7 Lemon Berkesan Merawat Tonsilitis


Tonsilitis atau penyakit radang tonsil dibahagian kerongkong berpunca daripada serangan kuman bakteria streptokokus. Ia dapat di rawat dengan berkumur menggunakan jus lemon sebelum diminum atau nama saintifiknya Citrus limon. Lemon yang kaya dengan vitamin C serta zat besi, patasium, kalsium dan fosforus berkesan merangsangkan sistem pelalian untuk membunuh kuman streptokokus. Serabut atau bulu-bulu putih yang terdapat di sebelah dalam kulit lemon dan limau-limau sitrus yang lain mengandungi bioflavonoids yang berkhasiat untuk kesihatan. Oleh itu serabut itu perlu dikikis daripada kulit kemudian dicampur dengan isi lemon sebelum dikisar halus. Lemon juga dengan vitamin B kompleksnya juga bertindak membunuh sejenis kuman bakteria dikenali sebagai stafilokokus. Ia turut berkesan untuk menghindarkan penyakit-penyakit kelamin seperti gonorea, sifilis dan klamidia.

2.8 Pala Melegakan Kembung Perut


Pala sejenis buah tempatan yang bernilai tinggi dalam nilai perubatan. Kulit arinya merupakan bahan utama untuk membuat minyak sapu atau apa yang disebut salap bagi melegakan masalah kembung dan senak perut, sakit kepala, selsema, disengat serangga dan lenguh-lenguh sendi. Ia berasal dari keluarga myristicaceae, yang dikenali dengan nama saintifiknya Myristica fragrans juga merupakan penawar untuk menghilangkan rasa loya, pening-pening atau tanda-tanda lain yang berkaitan dengan pitam. Ia juga dikatakan boleh merangsangkan nafsu syahwat. Bijinya pula mengandungi sejenis minyak yang berkhasiat yang boleh digunakan sebagai salah satu ramuan untuk membuat minyak panas bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.


2.9 Pinang dengan Pelbagai khasiat


Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya Areca catecu Linn dan berasal dari keluarga Arecaceae. Buah dan biji pinang bernilai tinggi dari segi perubatan. Biji pinang dikunyah bersama-sama daun sirih seperti yang lazimnya diamalkan oleh orang-orang tua sebagai salah satu petua untuk menguatkan gusi serta menghapuskan masalah mulut berbau busuk. Bagaimanapun, amalan memakan terlalu banyak pinang boleh memudaratkan kesihatan. Biji pinang juga mengandungi sejenis bahan yang boleh mencegah barah. Sabutnya pula digunakan oleh masyarakat zaman dulu untuk merawat cirit-birit. Ia juga berkesan untuk mengubati penyakit kulit seperti panau.


2.10 Pisang Kaki Turunkan Tekanan Darah Tinggi


Pisang kaki sejenis buah yang berkhasiat yang mengandungi vitamin C, glukos, sukros, fruktos dan iodin, bernilai tinggi dari segi perubatan. Ia amat berkhasiat dalam menurunkan tekanan darah tinggi, meningkat pengaliran darah dalam pembuluh darah koronori, mengatasi masalah sembelit dan meredakan sedu. Sungguhpun buah ini disebut pisang dan berwarna kuning tetapi bentuk serta isinya tidak menyerupai pisang-pisang biasa yang lain. Buah yang berbentuk bulat, berisi ranggup dan berbiji ini berasal dari keluarga Ebenacea. . Serbuk putih yang terdapat pada permukaan buah pisang kaki yang kering juga manis rasanya dan mengandungi manitol, glukos dan vitamin C amat baik untuk paru-paru dan jantung.


2.11 Sengkuang Cina Penawar Bronkitis


Bronkitis ialah sejenis penyakit radang tenggorok, iaitu saluran udara di bahagian kerongkong. Penyakit ini menyebabkan selaput pada cabang tenggorok menjadi merah dan bengkak. Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik. Rasanya manis dan menyejukkan serta elok dimakan bagi meredakan demam, selsema dan batuk. Sengkuang cina berasal dari keluarga Cyperacea dan kaya dengan karbohidrat, lemak, protein, vitamin C, kalsium, fosforus dan zat besi. Ia digunakan dalam perubatan tradisional cina untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Caranya dengan menggunakan tiga biji sengkuang cina dicampur dengan lobak putih yang dimesin halus dengan sedikit air dan madu.


2.12 Ciku Penawar Buang Air Berdarah


Tabiat mengabaikan pemakanan boleh menimbulkan keadaan-keadaan yang tidak menyenangkan. Masalah sembelit boleh terjadi jika makanan yang dimakan tidak dihadam dengan baik, kurang memakan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurang meminum air. Keadaan ini jika dibiarkan boleh membawa kesan-kesan yang lebih buruk, antaranya buang air berdarah atau buasir. Satu cara dalam kaedah pengubatan tradisional ialah dengan menggunakan buah ciku. Cara yang lebih berkesan untuk merawat buang air berdarah ialah dengan memakan buah ciku yang belum cukup tua, iaitu dengan menumbuk hingga lumat dan dicampur dengan sedikit air panas dan garam. Seelok-eloknya diamalkan sebelum sarapan pagi.


2.13 Pelbagai Khasiat Tembikai


Tembikai yang kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan. Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh. Kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.


2.14 Avokado Hindar Sengal-sengal Tulang dan Sakit Jantung


Avokado dikenali sebagai Persea americana yang berasal dari keluarga Lauraceae merupakan makanan berzat dan amat berkesan bagi mengatasi masalah kekurangan zat makanan dan menambah berat badan khususnya dikalangan kanak-kanak. Ia mengadungi protein, zat besi kalsium, vitamin A, vitamin C, niasin, soldium dan potasium. Berasal dari negara beriklim separuh tropika. Sebiji avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88 peratus daripadanya adalah lemak.
Ia berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang. Amalan memakan buah avokado pada setiap hari boleh menurunkan paras kolesterol disamping mengekalkan paras lipoprotein, sejenis kolesterol yang baik untuk mnghindarkan seseorang itu daripada diserang sakit jantung. Ia diamalkan di Brazil, Colombia, Equador dan Peru di Amerika Selatan.


2.15 Betik Selesaikan Sembelit


Betik adalah daripada spesies Carica papaya dan berasal dari keluarga caricaceae. Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi. Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah .

 KESIMPULAN
Dengan melihat kepada apa yang telah diperbincangkan, jelas membuktikan kepada kita bahawa, buah-buahan sememangnya mempunyai nilai yang tinggi dalam perubatan. Jadi penyelidikan yang terperinci berkaitan khasiat yang terkandung dalam buah-buahan perlu dipertingkatkan. Ini bukan sahaja penting untuk menyakinkan masyarakat, tetapi juga memandangkan rawatan dengan menggunakan tumbuhan semulajadi termasuk buah-buahan tidak mendatangkan kesan sampingan berbanding rawatan moden yang menggunakan ubatan sintetik yang dihasilkan di dalam makmal.