| GAYA LUJA&IVY SERLAH AURA MU | ||||||||
| ||||||||
nuffnang
SAUNAHOME_DIVA STEAM 2016
LIKE ME
Showing posts with label Fesyen`fesyen. Show all posts
Showing posts with label Fesyen`fesyen. Show all posts
Sunday, 30 September 2012
FESYEN OH FESYEN MUSLIMAH ELEGANT 2012
Friday, 17 August 2012
Fesyen oh Fesyen Muslimah Raya 2012
Pilihan Hati untuk Lebaran
Lebih manis dan menawan apabila kurung moden diberi nafas baru.
Mewah dengan manik pada bahagian bahu, dada dan hujung baju daripada fabrik
plain silk Chiffon Patch dengan french lace. Tidak kurang juga dengan hujung
kain yang diberi potongan berbeza untuk kelihatan lebih unik. Kurung hijau
lembut diserikan lagi dengan manik merah jambu, dengan warna sedondon pada
hiasan di selendang. Tidak ketinggalan selendang shaded chiffon dengan manik
yang menarik.
|
| Tampil Istimewa di Aidilfitri Bawal Aidijuma
Cuaca panas di Malaysiamenyebabkan anda mencari fabrik yang sesuai
supaya tidak berpeluh. Bagi yang berhijab, tudung bawal ialah pilihan tepat
untuk anda gayakan tidak kira di mana sahaja anda berada. Selain ringan, bawal
juga amat mudah untuk digayakan
|
Tampil Lebih Variasi
Hajra sentiasa mencari kelainan dan mempelbagaikan gaya
ikatanselendang demi memberikan kepuasan kepada pelanggannya yang setia.Tidak
mahu ketinggalan dengan arus fesyen hijab yang kini semakin rancak berkembang,
namun Hajra tetap memiliki gayanya yang tersendiri di sampingmengekalkan kualiti
fabrik. Ada gaya sederhana, mewah dan eksklusif!
|
Ilusi Pakaian Mana Sesuai Untuk Kamu?
Polka dot, belang, berpetak atau kosong, mana satu ilusi yang sesuai untuk kamu gayakan? Ingin tahu jawapannya? Jom cuba kuiz berikut.
1.Antara aktiviti berikut, mana satu menjadi pilihan kamu?
a. Membeli-belah.
b. Menonton wayang.
c. Menghadiri konsert.
d. Bercuti bersama teman-teman.
2.Rona yang menjadi pilihan kamu ketika berpakaian?
a. Warna-warni.
b. Warna-warna sejuk.
c. Warna tanah.
d. Warna biru, kuning, hitam dan putih.
3.Kamu dijemput ke satu majlis sosial, apakah persediaan kamu untuk ke sana?
a. Tidak sabar untuk ke majlis tersebut dan akan memastikan pakaian yang akan dipakai adalah yang paling terkini.
b. Akan pastikan selain kamu ada teman yang akan pergi bersama kerana tidak mahu timbul rasa tidak selesa di majlis tersebut.
c. Tiada sebarang persediaan kerana kamu lebih suka dengan konsep santai dan bersahaja.
d. Kamu akan membuat persediaan dari hujung rambut ke hujung kaki kerana kamu mahu dilihat sempurna pada malam itu.
4.
a. “Cantiknya dan sangat ceria.”
b. “Boleh tahan dan cute.”
c. “Biasa sahaja.”
d. “No komen.”
5.Antara berikut yang mana satu menunjukkan keperibadian kamu?
a. Seorang yang peramah, happy go lucky dan boleh berkawan dengansesiapa sahaja.
b. Kamu hanya berkawan dengan orang tertentu sahaja dan lebih suka diam daripada banyak bercakap sehingga perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang lain.
c. Suka bergurau dengan semua orang tetapi apabila berkawan dengan seseorang, kamu menjadi pasangan yang paling serius.
d. Sangat profesional, terurus dan apabila membuat sesuatu perlu ada perancangan.
6.Adakah kamu seorang yang suka bersukan?
a. Ya sudah pasti.
b. Kadang-kadang.
c. Bergantung pada keadaan, andai ia menyeronokkan kenapa tidak.
d. Tidak ada masa untuk bersukan.
7.Berat badan kamu yang paling hampir antara berikut adalah:
a. 45
b. 70
c. 50
d. 55
8.Sekiranya kamu menonton televisyen, aktiviti yang akan kamu lakukan sambil menonton adalah?
a. Berbual dan mengulas tentang cerita yang ditonton.
b. Makan makanan ringan.
c. Membuat aktiviti lain seperti bermain gitar, membaca majalah dan sebagainya.
d. F okus pada cerita yang sedang ditonton.
9.Kamu ditimpa satu masalah iaitu dompet kamu hilang dan tidak dapat dikesan? Kamu:
a. Bertanyakan pada semua orang tentang dompet kamu itu.
b. Marah kerana terasa seperti ada orang yang mengambilnya.
c. Mencarinya dengan tenang tanpa memberitahu orang lain.
d. Membuat laporan segera!
Semak Jawapan:
Jika jawapan kamu banyak A
Ilusi paling sesuai untuk orang seperti kamu ialah polka dot kerana kamu seorang yang ceria dan gemarkan aktiviti bersosial. Orang seperti kamu juga memang sangat sesuai untuk gaya polka dot kerana keperibadian kamu itu melambangkan apa yang kamu pakai. Bukan itu sahaja, ilusi polka dot juga melambang seseorang itu sangat warna warni kehidupannya dan berani untuk berfesyen seperti kamu.
Jika jawapan kamu banyak B
Kamu sesuai dengan ilusi pakaian berbelang, selain mampu menutup kekurangan yang kamu ada ia juga mampu membuatkan kamu tampil lebih yakin. Sikap kamu yang kurang bergaul dan lebih suka menyendiri menampakkan kamu seperti seorang yang kurang yakin. Oleh itu, apabila kamu memakai ilusi belang ditambah pula dengan rona yang ceria, kamu akan tampak lebih mempesona dan yakin bergaya.
Jika jawapan kamu banyak C
Seorang yang gila-gila dan suka bergurau seperti kamu ini memang sesuai dengan ilusi pakaian berpetak atau bermotif bunga. Kamu seorang yang berjiwa seni dan pandai menilai sesuatu seni itu tetapi tidak pandai untuk memilih apa yang sesuai untuk diri kamu. Jadi untuk tidak tersalah memilih, dua ilusi ini sangat sesuai untuk kamu kerana ia akan melambangkan diri kamu yang sebenarnya.
Jika jawapan kamu banyak D
Kamu seorang yang suka pada kekemasan dan lebih selesa dengan gaya formal. Oleh itu, yang paling sesuai untuk kamu ialah pakaian yang tidak ada sebarang motif atau lebih tepat kosong. Itu akan membuatkan kamu tampak lebih yakin, menonjol dan lebih bijak.
Aura Warna Merdeka
Musim kemerdekaan menyalurkan hembusan semangat. Ikhtiar pejuang nan lalu kekal diingati, biarpun jasad menyambung amanat. Bukan salah menyanjung sejarah, walau hanya melabuh helaian indah di inci tubuh. Sempena memotret detik 55 tahun penuh debaran, raikan kemerdekaan kali ini dengan ilham gaya berinspirasi merdeka.
Bersama megahnya kibaran jalur gemilang, palet merah, putih,biru dan kuning meminjam gaya buat pemakaian. Dan setiapsatunya punya aura tersendiri. Ingin ketahui, jom baca fakta-fakta ini dan ketahui waktu yang sesuai untuk menggayakan pakaian warna-warna ini.
Biru : Rabu
Andai kamu ada sesuatu yang mustahak untuk dibentangkan berkaitan kerja atau tugasan, pemakaian warna biru mungkin boleh membantu. Warna ini melambangkan penyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang boleh meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan segalanya berkaitan soft skill. Perhubungan kamu juga akan menjadi lancar.
Putih : Isnin
Mulus dan bersih, warna ini melambangkan kesucian. Mulakan rutin harian kamu dengan mengenakan pakaian bertona begini untuk mencetuskan idea dan merangsang semangat baru
dalam diri kamu. Pastikan putih menjadi warna dominan kamu bagi menyerap aura positif untuk permulaan hari.
Kuning: Khamis
Tona ini istimewa untuk si gadis yang spontan dan penuh sifat keceriaan. Untuk keluar berpacaran dengan si dia, warna terang ini membantu penampilan kamu menjadi lebih menggoda, berani dan juga penuh sensual. Dalam erti kata lain, dengan memakai warna kuning, pemikiran kamu menjadi lebih aktif dengan tenaga yang diserap lebih maksimum.
Merah : Sabtu
Rona membara ini memberi maksud keberanian dan kemewahan. Kala kamu mempunyai temu janji untuk berjumpa rakan-rakan, saudara mara atau individu yang baru pertama kali berjumpa, pakailah warna ini untuk serlahkan pesona luar biasa. Warna ini juga sesuai untuk dipakai ketika bersukan dan bersiar-siar.
Monday, 6 August 2012
Fesyen Oh Fesyen Muslimah Raya 2
| Koleksi Busana dan Kerudung Hajaba : Kurung moden rona biru laut ini tetap mencuri pandangan apatahlagi diperincikan dengan sulaman serta taburan manik dan labuci di dada dan hujung lengan baju. Padankan bersama selendang polos daripada fabrik sifon serta anak tudung corak abstrak. Manakala jubah biru bertingkat ini dengan taburan manik dan labuci di dada manis digayakan dengan selendang panjang senada warna yang boleh dilekat atau ditanggal dari baju fabrik sifon dengan juraian manik dan labuci. |
Wednesday, 18 July 2012
Fesyen oh Fesyen ,Muslimah raya 2
GAYA
Seri di Aidilfitri
Sunday, 15 July 2012
FESYEN D'RAYA 2012
PULANG BERGAYA DENGAN AN NUUR
Alangkah riang rasa di hati mahu menyambut lebaran tahun ini bersama keluarga tercinta. Saat yang dinanti untuk pulang ke kampung halaman untuk bertemu sanak-saudara akhirnya ti ba
jua. Rasa teruja pasti kian dirasai andai dapat menggayakan persalinan baharu....
jua. Rasa teruja pasti kian dirasai andai dapat menggayakan persalinan baharu....
HADIRI JEMPUTAN RUMAH TERBUKA
Kreativiti serta kombinasi fabrik bersesuaian menjadi teras utama dalam menghasilkan rekaan menarik. Maira Collections kini bukan sahaja tampil dengan rekaan tudung tetapi juga baju
kurung yang dipermodenkan. Bukan sahaja cantik tetapi juga selesa di gayakan sempena lebaran ini.
kurung yang dipermodenkan. Bukan sahaja cantik tetapi juga selesa di gayakan sempena lebaran ini.
PEARL HAYA GALLERY
Cetusan idea magis dari Pearl Haya Gallery pastinya mencuri tumpuan dengan himpunan koleksi kontemporari yang ekslusif, pasti menambat hati si pemakai.
|
GAYA Ilham kontemporari Syawal | |||||||||||||
| |||||||||||||
Wednesday, 4 July 2012
Ikatan Tudung Fiorenza
Keperluan: Selendang sifon, inner neck, jarum peniti dan kerongsang bunga besar.
1.Pilih inner neck yang berlainan warna dengan selendang sifon supaya penampilan akan jadi lebih menarik.
2.Selepas menyarungkan selendang, bawa bahagian kiri ke kanan dan pin dengan jarum peniti.
3.Tarik bahagian kanan pula ke kiri dan lilitkan di atas kepala.
4.Beri sentuhan terakhir dengan meletakkan kerongsang bunga besar di bahagian tepi atas kepala.
1.Pilih inner neck yang berlainan warna dengan selendang sifon supaya penampilan akan jadi lebih menarik.
2.Selepas menyarungkan selendang, bawa bahagian kiri ke kanan dan pin dengan jarum peniti.
3.Tarik bahagian kanan pula ke kiri dan lilitkan di atas kepala.
4.Beri sentuhan terakhir dengan meletakkan kerongsang bunga besar di bahagian tepi atas kepala.
Monday, 2 July 2012
KONTRADIKSI GAYA Inspirasi Segar Pentas Fesyen 2012
Pengaruh
label-label fesyen terkemuka dunia memang tidak boleh disangkal. Setiap
musim pasti koleksi yang dipersembahkan memberi 1001 inspirasi buat
mereka yang gemar berfesyen. Menyusuri pentas peragaan setiap rumah
fesyen terkemuka pasti ada sahaja DNA terbaharu yang cuba diterapkan.
Walaupun musim fesyen kini telah beralih ke pentas musim luruh/ sejuk namun rekaan fesyen musim bunga boleh diterapkan sepanjang tahun bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Kepelbagaian yang terserlah pada pentas peragaan label-label terkemuka memberikan seribu satu garapan idea buat wanita fashionista.
Walaupun musim fesyen kini telah beralih ke pentas musim luruh/ sejuk namun rekaan fesyen musim bunga boleh diterapkan sepanjang tahun bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Kepelbagaian yang terserlah pada pentas peragaan label-label terkemuka memberikan seribu satu garapan idea buat wanita fashionista.
PRETTY PRINTS
Tidak
ramai yang berani bergaya dengan busana yang memiliki cetakan-cetakan
yang jelas seperti corak abstrak dan juga corak bunga-bungaan, namun
kini gaya ini telah menjadi satu trend kegilaan pencinta-pencinta fesyen
seluruh dunia.
Pentas peragaan label terkemuka seperti Dolce & Gabanna, Roberto Cavalli, Nina Ricci & Mary Katrantzou antara yang mengetengahkan corak-corak beinspirasikan abstrak dan alam semula jadi. Rekaan busana adalah ringkas namun corak-corak yang dipersembahkan menjeritkan satu statement yang cukup gah dan menawan. Cara yang paling mudah untuk menggayakan busana seperti ini ialah keyakinan pada diri anda!
Jangan pernah takut anda akan dikatakan keterlaluan, yang penting anda selesa dengan apa yang disarungkan. Padankan baju atau skirt yang bercorak dengan padanan yang tidak bercorak. Contohnya skirt yang bercorak flora digandingkan dengan blaus daripada warna yang terang tetapi tidak bercorak. Daripada segi aksesori pula, disarankan jangan berlebihan dan pilih dandanan yang minima.
Pentas peragaan label terkemuka seperti Dolce & Gabanna, Roberto Cavalli, Nina Ricci & Mary Katrantzou antara yang mengetengahkan corak-corak beinspirasikan abstrak dan alam semula jadi. Rekaan busana adalah ringkas namun corak-corak yang dipersembahkan menjeritkan satu statement yang cukup gah dan menawan. Cara yang paling mudah untuk menggayakan busana seperti ini ialah keyakinan pada diri anda!
Jangan pernah takut anda akan dikatakan keterlaluan, yang penting anda selesa dengan apa yang disarungkan. Padankan baju atau skirt yang bercorak dengan padanan yang tidak bercorak. Contohnya skirt yang bercorak flora digandingkan dengan blaus daripada warna yang terang tetapi tidak bercorak. Daripada segi aksesori pula, disarankan jangan berlebihan dan pilih dandanan yang minima.
HOT COLOURS
Kehadiran
warna-warna hangat mewarnai dan merubah atmosfera dunia fesyen. Kini
warna-warna hangat diterapkan dalam setiap helaian yang dimiliki.
Mungkin jika di barat pemakaian warna-warna hangat popular pada musim
bunga dan luruh namun bagi kita di Malaysia, tiada batasan kerana cuaca
dan faktor musim yang sama sepanjang tahun. Pemakaian busana daripada
palet warna yang terang bukan sahaja memberikan satu statement fesyen
malah menjadikan anda lebih menyerlah dan berkeyakinan.
Pemakaian pakaian sebegini biasanya didatangi dengan rekaan yang ringkas dan tidak keterlaluan. Untuk meredakan kehangatan warna, gandingan seperti talipinggang ataupun aksesori daripada warna-warna seperti hitam dan nude adalah disarankan. Kini banyak label-label highstreet wear yang menjual pelbagai seluar dalam rona hangat. Tepuk dada tanya selera. Ubah penampilan buat ketrampilan menawan!
Pemakaian pakaian sebegini biasanya didatangi dengan rekaan yang ringkas dan tidak keterlaluan. Untuk meredakan kehangatan warna, gandingan seperti talipinggang ataupun aksesori daripada warna-warna seperti hitam dan nude adalah disarankan. Kini banyak label-label highstreet wear yang menjual pelbagai seluar dalam rona hangat. Tepuk dada tanya selera. Ubah penampilan buat ketrampilan menawan!
PLEATS-TASTIC
Antara
perincian yang popular daripada pentas fesyen musim bunga 2012 adalah
pleats. Perincian seperti kedutan senada pada busana mencipta satu
kelainan. Banyak label antarabangsa yang hadir dengan perincian seperti
ini antaranya Chloe, Calvin Klein dan juga Elie Tahari. Maxidress
daripada Chloe contohnya bermain dengan dua tona warna yang diberi
perincian pleats menjadikannya kelihatan lebih menarik dan mempunyai
volume yang cantik.
Kebiasaannya teknik pleats diterapkan pada helaian yang nipis dan ringan supaya tidak kelihatan besar, jadi bukan masalah jika anda berfikir anda akan kelihatan gemuk apabila menyarungkan fabrik seperti ini. Fokus utama kepada teknik ini adalah penghasilan pergerakan yang menarik apabila anda bergerak. Jangan pernah sesekali menggosok pakaian yang memiliki perincian pleats kerana ia akan merosakkannya.
Kebiasaannya teknik pleats diterapkan pada helaian yang nipis dan ringan supaya tidak kelihatan besar, jadi bukan masalah jika anda berfikir anda akan kelihatan gemuk apabila menyarungkan fabrik seperti ini. Fokus utama kepada teknik ini adalah penghasilan pergerakan yang menarik apabila anda bergerak. Jangan pernah sesekali menggosok pakaian yang memiliki perincian pleats kerana ia akan merosakkannya.
BOLD PASTELS
Rona
pastel jelas menjadi satu entiti yang menguasai pentas fesyen musim
bunga, palet warna ini merupakan lawan kepada warna-warna terang.
Ronanya yang lembut dan kelihatan sweet jika digayakan menjadi pilihan
ramai mereka yang kurang berani untuk menyarungkan warna-warna garang.
Lihat sahaja pada koleksi dari 3.1 Philip Lim dan juga Nina Ricci,
warna-warna pastel kelihatan begitu romantis dan bold. Cukup sesuai buat
mereka yang ingin tampil feminin.
Cara terbaik untuk menyerlahkan busana yang berwarna pastel adalah dengan menggandingkannya dua warna pastel dalam satu pakaian. Sebagai contoh jaket berwarna hijau epal muda digandingkan dengan warna ungu lembut. Kemasan aksesori seperti kasut tumit tinggi berona nude menjadi pelengkap gaya.
Cara terbaik untuk menyerlahkan busana yang berwarna pastel adalah dengan menggandingkannya dua warna pastel dalam satu pakaian. Sebagai contoh jaket berwarna hijau epal muda digandingkan dengan warna ungu lembut. Kemasan aksesori seperti kasut tumit tinggi berona nude menjadi pelengkap gaya.
Fesyen Oh Fesyen muslimah raya
Sekilas Ranggi Pada Gaya Feminin
Blaus dengan renda pada bahagian menutupi dada
memberi ilusi bertingkat pada tubuh. Memperlihatkan kelangsingan dan
bentuk yang lebih menawan. |
Stylish Kardigan Tampil Berbeza
Kardigan yang bermotifkan corak harimau kelihatan cukup ranggi pada tubuh si gadis. Manakala kardigan longgar daripada material sifon cukup santai untuk digayakan. Tampil lebih trendy dan feminine dengan padanan kardigan dan seluar palazzo dan jean. Sesuai ke kuliah dan hi tea. |
Gabungan Hangat Tudung People x Mazlianul Maznan
Warna sungguh menawan menghiasi setiap langkah dengan dres Mustard bersama hijab NUMA Violet dan Lilac. Manakala, gabungan warna putih konsep tradisional moden beserta gaya turban NUMA Mustard dilingkari shawl Arrayyan Turqoise menyerlahkan lagi penampilan si dara. GAYA Ilham kontemporari Syawal
Ringkas terkini dan selesa.
Tudung daripada fabrik lycra dua nada warna terang
menyerlahkan penampilan mu. Teman di sisi tidak kalah gaya dengan tudung
sifon corak polkadot dengan kemasan ropol hitam putih. Rona polos
dengan fabrik lycra dua nada warna terang untuk tudung pusing dan sarung
menjadi pilihan, menambah keayuan apabila digayakan bersama busana
kurung..
Serikan lebaran dengan ilham baru
Serikan lebaran ini dengan kurung moden dari fabric
lycra corak bunga serta batik. Fabrik lembut membuatkan si pemakai
selesa tatkala bertandang ke rumah sanak saudara. Penggayaan tudung sama
ada turban atau sarung tetap mengindahkan penampilan Ilham terbaru dari
Butik Ummiriaz yang banyak mengetengahkan corak bunga dan batik pada
fabric lycra. Rekaan sopan menjadikan busana ini jadi pilihan penggemar
fesyen Muslimah. Sesuai sekali digayakan di bulan mulia..
Sempurnakan penampilan Syawal mulia
Tampil anggun dengan kurung moden dari
fabric cotton. Kemasan manik corak bunga menyuntik kelainan pada rekaan
ini. Tudung sarung bercorak dengan awning jacquard serta taburan manik
jadi pilihan si pemakai. Pesona rona merah dan kelabu menjadi pilihan si
gadis manis. Keindahan rekaan kurung moden terletak pada jahitan manik
serta lengan kembang. Padanan tudung sifon bertingkat menyempurnakan
penampilan di Syawal mulia..
|
Subscribe to:
Posts (Atom)