Ramadan yang tiba menjadi penanda Aidilfitri bakal tiba tidak lama lagi. Busana-busana tradisi sememangnya menjadi pilihan buat wanita dalam menyerlahkan penampilan mereka. Kini perkembangan fesyen-fesyen khusus buat busana hari raya telah berkembang dengan kemunculan pelbagai jenis rekaan yang diterjemahkan dengan penuh eksklusif dan anggun. Tampil sempurna dengan tip pemilihan busana yang tepat mengikut trend dan juga yang menyerlahkan personaliti anda.
CORAK & WARNA
Pemilihan corak dan warna bergantung pada kesukaan anda. Namun dalam keriuhan memilih pelbagai corak dan warna, apa kata anda renung kembali warna yang paling sesuai dengan diri anda. Tidak semestinya jika warna-warna terang sedang hangat digayakan anda juga hendak mengikut gaya ini. Bak kata pepatah, warna yang terbaik adalah warna yang paling menyerlahkan keserian anda. Melihat kepada trend-trend terkini yang dipersembahkan oleh pereka tempatan mereka meneroka banyak palet dan juga corak seperti jaluran, cetakan dan juga flora. Satu sahaja pesan penulis jika anda bertubuh gempal pilihlah corak flora berbunga kecil dan juga jaluran menegak bagi menampakkan anda kelihatan lebih kurus.
FABRIK
Fabrik menjadi salah satu kriteria dalam pemilihan satu-satu busana. Terdapat pelbagai jenis fabrik yang boleh diolah menjadi persalinan sempurna untuk hari raya, namun anda harus memahami konsep pemilihan jenis fabrik ini. Sebagai contoh, fabrik seperti satin dan sifon memberikan aura lebih mewah kepada si pemakai manakala fabrik kapas pula memberikan kesan santai dan lebih lasak untuk digayakan. Fabrik jenis lycra pula dilihat mampu memberikan ilusi alunan dan bentuk pakaian yang sempurna memandangkan beratfabriknya cantik terletak pada tubuh. Namun mungkin fabrik ini tidak sesuai buat mereka yang gempal kerana ia akan menampakkan segala lekuk yang ada pada tubuh!
PEPLUM
Sesetengah orang berpendapat fesyen peplum ini sudah patut dilupakan, ini tidak benar sama sekali. Ternyata trend fesyen Malaysia masih lagi menjadikan peplum sebagai satu rekaan wajib saban musim. Trend ini menjadi salah satu gaya wajib milik buat kebanyakan wanita yang menggemari fesyen. Olahan peplum boleh dipelbagaikan mengikut kesesuaian rekaan pakaian. Sebagai contoh rekaan peplum penuh perlulah dilaraskan tidak terlalu melebihi garis pinggul supaya pinggul tidak kelihatan besar. Rekaan perincian separa peplum berlapis pada pinggang boleh mencipta ilusi melangsingkan tubuh.
nuffnang
SAUNAHOME_DIVA STEAM 2016
LIKE ME
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Monday, 17 June 2013
Monday, 3 June 2013
Cantik Tertarik, Kita Terus Dabom!
Suami mana yang tidak bangga apabila isteri yang menjadi ibu kepada anak-anaknya masih kelihatan cantik seperti anak dara. Buat para isteri di luar, jangan jadikan anak ramai dan sudah besar sebagai alasan kecantikan tidak perlu lagi dalam perhubungan suami isteri. Mari sama-sama kongsi rahsia menjadi isteri yang disayangi suami selamanya.
DALAMAN
♥♥♥Ramai isteri beranggapan kecantikan luaran adalah kunci utama memikat suami. Walhal, kesihatan dalaman juga perkara penting yang membangkitkan rasa cinta suami buat isteri. Bagaimana untuk bermula? Mudah saja.
Pastikan kita wangi. Ya, wangi. Wangi tidak semestinya perlu memakai minyak wangi atau deodoran setiap masa. Cukuplah memberus gigi, menjaga kebersihan alat sulit, mengambil pil-pil tambahan untuk kecergasan tenaga dan mengamalkan beberapa petua yang boleh dipercayai. Tidak salah mengikut petua-petua seperti yang diamalkan oleh orang lama. Misalnya, amalkan pengambilan manjakani dan kacip fatimah. Jelas banyak khasiatnya.
FIZIKAL
♥♥♥Setel bab dalaman, isteri hampir perfect untuk kembali menarik seperti anak dara tetapi jangan abaikan bentuk tubuh badan. Jika tidak mampu membeli korset yang beribu ringgit, gunakan saja bengkung ketika di dalam pantang dahulu. Jimat dan berkesan. Bagi isteri yang mempunyai masalah dagu berlapis, teknik mendongak kepala ke atas sambil memuncungkan mulut boleh membantu. Sesekali, turunlah ke padang untuk berjoging bagi mengecilkan paha. Lakukan sit upsetiap pagi selepas bangun tidur pula boleh membantu mengempiskan perut. Curi-curilah masa sikit untuk lakukan ini.
SOLEKAN
♥♥♥Usah malu keluarkan segala alat solekan yang pernah kita ada. Tapi pastikan alat solek tidak tamat tempoh ya! Sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak yang ramai, tolak persepsi bahawa isteri tidak perlu lagi bersolek. Calitan gincu ringkas di bibir yang pernah mengungkap janji setia kepada suami ketika awal-awal perkahwinan dulu boleh mengembalikan persona. Jika anda seorang yang memakai tudung, pastikan padanan tudung dan pakaian yang sempurna dan bukannya secara carca marba! Oh ya, sila simpan kain basahan atau kain batik anda kerana kain itu bukan kain untuk menyambut suami.
ROHANI
♥♥♥Cantik dan bergaya lebih sempurna jika isteri pandai melatih diri dengan bercakap bernada lembut. Suami akan bertambah sayang apabila isteri pandai menjaga kehormatan diri sewaktu keluar rumah. Isteri perlu menjaga pergaulan agar tidak disalah anggap oleh orang yang berlainan jantina. Menghormati dan menjaga nama baik suami juga tanda keharmonian sebuah keluarga. Isteri yang beriman juga boleh menjadi contoh kepada anak-anak sekali gus membantu suami masuk syurga kerana meringankan tanggungjawab suami untuk menjadi suami mithali.
Nak lebih tips???
Singgah di >>>>
http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/search/label/TIPS

LANGSING CERGAS
TIP SENAMAN MUDAH DI RUMAH
Nak bersenam, tapi malas. Ada cara mudah tak ya?
Mestilah ada. Kalau nak tahu, ia boleh dilakukan di rumah dengan apa yang ada di sekeliling kita. Tidak semestinya ke gimnasium atau ke padang untuk bersenam. Untuk sihat kita boleh lakukan sendiri menerusi aktiviti harian dan paling bestnya dengan keselesaan di rumah sendiri. Jadi si cantik sekalian, jom bangun dan kita bersenam.
Baru-baru ini ada sebuah artikel menulis tentang ramai rakyat Malaysia yang dikatakan kurang bersenam dengan alasan tiada masa dan malas. Menurut Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr.Muhd. Kamil Ibrahim berkata, kewujudan teknologi canggih seperti komputer dan permainan video juga antara faktor yang melahirkan generasi kurang bersenam.
Jadi adakah kita ingin teruskan generasi yang kurang berpeluh ini? Come on, kesihatan tubuh badan kita, kita yang harus menjaganya. Tidak ada gimnasium atau padang terlalu jauh bukan halangan. Ini ada tip untuk anda yang ingin bersenam cara mudah. Jom kekalfit di rumah.
Ketika membasuh pinggan
♥♥♥Cuba untuk berdiri dengan sebelah kaki sahaja. Cara ini dapat mengukuhkan kawalan saraf sekitar buku lali, lutut dan pinggul. Ia turut membantu anda dalam menstabilkan tubuh badan sendiri.
Ketika menyapu sampah atau mop lantai
♥♥♥Aktiviti ini sangat berkesan dalam membuatkan badan anda berpeluh. Tukar gaya menyapu anda. Lakukan step tarian mudah yang anda ingat sambil menyapu atau mop lantai. Anda juga boleh mainkan muzik kesukaan untuk menjadikannya lebih seronok.
Ketika memberus gigi
♥♥♥Untuk memastikan anda tidak mengantuk dan segar pada pagi hari, senaman cangkung atau squatboleh dilakukan ketika sedang memberus gigi. Dengan cara ini, kekuatan lutut anda dapat ditingkatkan selain mengurangkan risiko artritis. Mulakan dengan bilangan yang sedikit seperti 6 hingga ke 7 kali setiap hari. Apabila sudah menjadi kebiasaan, tingkatkan bilangan sedikit demi sedikit.
Naik turun tangga
♥♥♥Bagi rumah yang mempunyai tangga, anda sangat beruntung. Senaman naik turun tangga boleh menggantikan senaman seperti berjoging di rumah. Senaman ini juga berkesan untuk mencantikkan pinggul wanita. Lakukan senaman ini selama 10 ke 15 minit setiap hari.
Ketika menonton Televisyen
♥♥♥Banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan semasa menonton televisyen. Contohnya, anda boleh cuba naikkan kaki setinggi boleh ataupun paling kurang sehingga 45 darjah dari lantai dengan menggunakan kekuatan paha. Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman tangan dengan menggunakan dumbel. Anda pasti tidak akan merasa kepenatannya sambil dihiburkan dengan rancangan kegemaran anda di kaca televisyen.
Bagaimana, mudah bukan untuk kekal sihat dan fit walaupun berada di rumah. Tapi ingat ya, ia harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Tambah juga cara lain yang kreatif dan boleh bersenam di rumah. Lakukan, lakukan dengan gembira dan lakukan sebanyak mana cara sekalipun.
♥♥♥ jom bersauna
http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/search/label/FAEDAH%20SAUNA
Produk sauna
http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/search/label/PRODUK%20SAUNA
Cara diet
http://qareenaamirsaunahome.blogspot.com/search/label/DIET%20YANG%20SEIMBANG%20SAUNA%20HOME

Monday, 11 June 2012
TIPS DAPAT ANAK KEMBAR 1
Proses dan Cara Dapat Bayi Kembar

Bayi kembar merupakan sebuah peristiwa yang
jarang didapatkan oleh pasangan suami istri. Kehamilan yang
menghasilkan lebih dari satu bayi ini sangat diinginkan oleh kebanyakan
orang. Mau tahu bagaimana proses terbentuknya bayi kembar ini?
Proses terbentuknya:
Awalnya ada beberapa telur yang dilepaskan dari satu ovulasi. Indung telur tersebut dibuahi oleh sperma. Kemudian telur yang berhasil dibuahi tersebut membelah menjadi dua bagian.

Terkadang juga hingga 3, 4,
bahkan 5 bagian. Hal ini yang dapat memicu terjadinya bayi kembar.
Proses pembuahan tersebut dapat terjadi dengan ataupun tanpa obat
kesuburan.

Cara mendapatkan bayi kembar:
- Faktor keluarga
Jika didalam keluarga anda
ada memiliki anak kembar, ada kemungkinan anda akan mendapatkan anak
kembar juga. Faktor keturunan dan genetik juga mempengaruhi
terbentuknya anak kembar.
- Berat badan yang berlebih
Sebuah hasil penelitian
didapatkan dari American College of Obstetrics and Gynecology bahwa
dengan meningkatnya berat badan maka kecenderungan untuk mendapatkan
bayi kembar akan terjadi.
- Hamil diusia tua
Memang kita ketahui bahwa
hamil saat usia diatas 45 tahun merupakan resiko yang sangat besar bagi
para ibu. Selain dapat mengalami keguguran, kadar gula selama hamil
pun dapat meningkat. Tetapi, pada saat usia rentan inilah produktivitas
ovulasi sangat tinggi sehinggal ebih dari 17% wanita yang hamil diatas
usia 45 tahun akan mendapatkan anak kembar.
- Mengkonsumsi umbi-umbian dan susu
Hasil dari sebuah penelitian
yang dilakukan oleh peneliti Amerika Serikat mendapatkan bukti bahwa
umbi-umbian, seperti kentang, ubi, dan susu dapat meningkatkan ovulasi
pada sel telur sehingga kemungkinan untuk mendapatkan bayi kembar pun
akan terjadi.
- Fertilitas
Selain dari semua hal
tersebut diatas, faktor kesuburan sangat mempengaruhi. Di zaman yang
serba modern ini, ada banyak cara yang dapat dilakukan untuk
menyuburkan kandungan. Penyuntikan hormon pun dapat ditempuh demi
mendapatkan si bayi kembar.
Subscribe to:
Posts (Atom)