nuffnang

LIKE ME

Showing posts with label LAMAN KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label LAMAN KESIHATAN. Show all posts

Saturday, 13 October 2012

Lebih mudah singkir lemak

PUAS keluar masuk gimnasium untuk bersenam bagi mendapatkan tubuh sihat dan ‘kemas’ tetapi lemak di bahagian tertentu tubuh masih belum susut.
Apabila dipicit, bahagian tubuh yang berlemak boleh ditarik dan lembik. Hendak bergaya pun semacam tidak kena kerana bonjolan lemak degil boleh dilihat dengan jelas terutama ketika memakai pakaian daripada fabrik lembut. Situasi itu biasa dialami terutama wanita pertengahan usia mahupun yang pernah melahirkan anak. Pemakanan dan gaya hidup tidak terkawal antara punca ramai wanita berdepan masalah lebihan lemak atau berat badan berlebihan. Lemak degil sukar dihapuskan dengan hanya melakukan senaman menyebabkan mereka mencari kaedah lain mengatasi masalah itu.
Beku lemak atau ‘CoolSculpting’ antara pilihan penyelesaian yang cepat untuk pengguna melangsingkan badan dengan serta-merta. Ia teknologi baru yang menyingkirkan lemak degil daripada tubuh melalui proses penyejukan. Kaedah ini diperkenalkan di Harvard, Amerika Syarikat (AS) pada 2005. Di Malaysia, diedarkan oleh NeoAsia, ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan mula digunakan sejak 2010.
Ahli Dermatologi Kosmetik Klinik Face Factors, Dr Anjalee Mohandas Nair berkata, CoolSculpting kaedah yang mudah dan tidak invasif untuk mengurangkan atau menghapuskan sel lemak. Individu yang menjalani prosedur ini tidak perlu menjalani pembedahan - tiada jarum, pisau, diet khas atau ditahan di dalam wad serta tiada parut. Cuma 15 minit pertama pelanggan merasa sedikit tidak selesa dan dinasihatkan tidak banyak bergerak. Selepas itu, pelbagai aktiviti boleh dijalankan sepanjang prosedur seperti membaca, menghadap komputer mahupun menonton televisyen.
Menurutnya, mesin teknologi itu bertindak menyejukkan lemak degil sehingga mencapai satu suhu hampir beku selama 60 minit.
Proses penyejukan menyasarkan untuk membunuh sel lemak di bawah kulit. Selepas terhablur, sel lemak yang disasarkan dalam rawatan itu akan mati dan secara semula jadi dari badan.

“CoolSculpting bukan prosedur untuk menurunkan berat badan tetapi untuk mengurangkan lemak. Tubuh menyangka sel lemak terbabit sudah mati dan akan membuang dari badan melalui limpa. “Buah pinggang akan memprosesnya dan disingkirkan dari tubuh sebagai bahan buang seperti air kencing dan najis,” katanya.
Perbezaan atau penyusutan lemak pada bahagian tubuh yang menjalani proses itu boleh dilihat dalam masa tiga hingga empat minggu. Proses penyingkiran lemak degil terus berlarutan tiga hingga empat bulan selepas itu. “Sebagai contoh, kita dilahirkan dengan 100 sel lemak. “Sebanyak 20 peratus lemak akan dibekukan menerusi kaedah ini dan mati dalam beberapa minggu dan yang tinggal cuma 80 peratus. “Proses ini mengambil masa dan kulit akan perlahan-lahan menyusutkan lemak dan kembali tegang,” katanya.
Dr Anjalee berkata, kriteria mereka yang boleh menjalani prosedur ini ialah yang menjalani gaya hidup sihat iaitu bersenam dan mengamalkan pengambilan makanan sihat tetapi masih tidak boleh menghilangkan lemak berlebihan daripada tubuh.
Prosedur ini sesuai dilakukan wanita berusia 20-an ke atas yang melahirkan anak serta individu berusia 30 hingga 50-an yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) di bawah 30. Ia tidak sesuai dilakukan ke atas mereka yang obesiti kerana cara pemakanan tidak baik menyebabkan hasil rawatan kurang. Satu sesi rawatan saja kadangkala sudah cukup untuk menyingkirkan lemak berlebihan daripada tubuh. Pesakit diabetes, darah tinggi atau sakit jantung boleh melakukan prosedur ini. Pesakit terbabit biasanya sukar untuk bersenam tetapi dengan menjalani kaedah ini, mereka dapat mengurangkan lemak berlebihan pada tubuh menyebabkan tubuh lebih ‘ringan’ dan memudahkan pergerakan

Toksik punca penyakit hati

MENGIKUT laporan Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu, dianggarkan 2.5 juta penduduk di negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati) akibat pengambilan alkohol.
Kombinasi makanan tidak berkhasiat, merokok, pengambilan alkohol, minuman berkarbonat, makanan dengan pewarna, pengawet dan racun perosak memberi kesan kepada organ yang bertanggungjawab menyingkirkan toksik dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit hati pada usia muda.
Wanita lebih terdedah penyakit hati sekalipun menjalani gaya hidup sihat tanpa mengambil alkohol dan merokok. Alat solek, barangan penjagaan diri dan rambut mungkin memberi kesan kepada sistem hormon kerana pelbagai jenis toksik daripada barangan berkenaan mudah menyerap melalui kulit.
Tambahan pula, wanita sering terdedah kepada produk pembersihan rumah yang mengandungi lebih 30 toksik dan bahan kimia yang menghakis, sesetengah daripadanya berbau harum yang memberi tanggapan salah bahawa ia bersih dan segar.
Antara gejala kemerosotan hati ialah gangguan sistem imun yang kerap menyebabkan penyakit yang memberi tekanan kepada tubuh dan boleh menyebabkan cepat tua, letih, mengantuk dan kurang daya tumpuan, kemurungan dan perubahan emosi, jerawat badan, cela pada kulit wajah, lingkaran gelap dan bengkak merah pada mata, peluh berlebihan dan badan berbau, masalah pencernaan, pedih hulu hati, kembung dan sembelit serta kurang toleransi terhadap makanan berlemak dan alkohol.
Pengarah Origine Sdn Bhd, Shailesh Waran berkata, mereka yang terdedah kepada penyakit hati disebabkan gaya hidup moden wajar mencari perubatan alternatif seperti Ayurveda iaitu kaedah perubatan tradisional India yang berasaskan herba, tidak mengandungi bahan sintetik, menjalani kajian klinikal serta digunakan oleh syarikat Barat

Sebagai sokongan kepada perubatan moden, ia pilihan yang berpatutan ketika kos perubatan yang semakin meningkat.

Menurutnya, suplemen Ayurveda yang berasaskan herba, Kamilari yang diperkenalkan bagi membantu mencegah kerosakan hati, terbukti secara klinikal membantu merawat dan melindungi daripada serangan penyakit berkenaan.
“Sejak 1960, Kamilari berjaya membantu merawat mereka yang menderita pelbagai tahap penyakit hati seperti sirosis hati akibat pengambilan alkohol, hepatitis dan jaundis,” katanya.
Shailesh berkata, suplemen itu terbukti secara klinikal sebagai anti toksik hati, berupaya membantu mencegah kerosakan hati, selamat digunakan dan tiada kesan sampingan.
“Kamilari membantu meningkatkan sistem imun. Ia disyorkan kepada individu yang mengidap masalah hati berlemak, mereka yang mengambil minuman beralkohol, sirosis hati, jaundis dan hepatitis,” katanya.
Kamilari yang dilancarkan baru-baru ini, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan bahagian kawalan ubatan India. Ia boleh didapati di farmasi terpilih di Kuala Lumpur.

Leukemia di kalangan kanak-kanak

Apakah leukemia?

Leukemia ialah sejenis barah yang membabitkan sel darah putih. Sel darah merah, putih dan pembeku terbentuk dalam sum-sum tulang, terutama di bahagian tulang pinggul. Bayi juga mengeluarkan sel darah di bahagian tulang dada.
Sel yang dikeluarkan tidak matang dan melalui proses pematangan di dalam sum-sum tulang sebelum dikeluarkan ke salur darah. Dalam kes leukemia, sel
darah putih tidak normal dan tidak melalui proses kematangan seperti biasa.

Bilangan sel darah putih juga sangat banyak dan ini mengganggu bilangan sel darah merah dan sel pembeku. Akibatnya, sel darah merah berkurangan, menyebabkan pucat dan sel pembeku juga berkurangan, menyebabkan mudah lebam.
Sel leukemia juga boleh menyebabkan hati dan limpa bengkak.


Bagaimana leukemia dikesan?

Doktor akan mengesyaki leukemia berdasarkan sejarah pesakit. Gejala leukemia termasuk demam berpanjangan bersama letih, pucat dan mudah lebam-lebam.

Sesetengah kanak-kanak mengalami gusi bengkak dan berdarah. Perut mereka juga bengkak disebabkan hati dan limpa yang bengkak.

Ujian darah akan menunjukkan bilangan sel darah putih tidak matang yang tinggi. Sum-sum tulang juga diambil untuk diuji. Sampel sum-sum tulang akan menunjukkan sel ‘blast’ (kecederaan serius tisu lembut) yang tinggi.

Ujian sum-sum tulang perlu dibuat untuk membuat diagnosis leukemia. Selain itu, sampel air tulang belakang diambil untuk diperiksa sama ada wujud sel leukemia di dalam otak. Ini juga perlu dibuat.


Jenis-jenis leukemia

Leukemia boleh dibahagikan kepada akut dan kronik. Leukemia akut dan kronik pula dibahagikan kepada lymphoblastic dan myeloid.

Kanak-kanak biasanya diserang leukemia akut lymphoblastic (Acute Lym- phoblastic Leukaemia atau ALL). Ada juga yang mengalami leukemia akut myeloid (acute myeloid leukaemia). Rawatan leukemia berbeza bergantung kepada jenis leukemia dialami.


Rawatan leukemia

Jenis rawatan leukemia ialah kemoterapi, di mana ubat-ubatan tertentu diberi melalui suntikan, infusi dan juga bentuk pil, dan radioterapi di mana sinaran diberi pada bahagian kepala untuk membunuh sel leukemia di dalam otak.

Rawatan diberi mengikut jadual. Darah dan sampel air tulang belakang diperiksa pada masa tertentu untuk memastikan tiada sel leukemia yang menular.

Adalah penting untuk mengikuti jadual dan mengambil ubat seperti diberi supaya sel leukemia tidak diberi peluang untuk membiak lagi.


Peluang untuk sembuh

Ramai menganggap leukemia sebagai hukuman maut. Sebenarnya, ramai kanak-kanak yang menghidapi leukemia sembuh dan menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, mereka perlu menjalani rawatan tahunan selepas sembuh untuk dipantau.

Ramai juga ibu bapa didesak oleh kawan atau saudara mara supaya tidak membenarkan anak mereka menjalani rawatan kemoterapi kerana ia toksik.

Ini kepercayaan berbahaya kerana tanpa kemoterapi, tiada peluang untuk sembuh. Rawatan juga perlu dimulakan secepat mungkin. Jika ada kemusykilan, elok berbincang dengan doktor pakar yang merawat anak.

ADVERTORIAL: Menjaga tulang sihat

pix_middle

YASMIN sentiasa pastikan dia melakukan senaman secukupnya dan mengambil makanan yang sihat untuk mencegah penyakit yang mengancam nyawa seperti kanser atau penyakit jantung.
“Saya hendak lihat anak-anak membesar menjadi seorang dewasa yang gembira,” katanya yang mahu mengecap kebahagiaan bersama ahli keluarga.
Semasa Yasmin tergelincir ketika mengangkat kotak fail di pejabat, ketika itulah dia mengetahui dirinya tidak cukup prihatin.

“Doktor memberitahu tulang pergelangan tangan saya retak. Ia tidak sepatutnya retak pada usia seperti saya. Saat itu saya sedar berdepan dengan risiko mengalami osteoporosis pada usia muda,” kata wanita berusia 35 tahun ini.


Osteoporosis adalah penyakit yang tidak disedari. Ia menyebabkan kemerosotan pada tulang dan sedikit demi sedikit akan membuatkan keadaannya semakin lemah serta rapuh.

Memandangkan satu daripada tanda paling mudah untuk dikesan ialah tulang rapuh, seseorang itu hanya akan sedar mereka mengalami osteoporosis apabila tulang mereka patah.

Bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas, seorang daripada tiga wanita akan mengalami masalah itu berbanding lelaki iaitu seorang daripada lima orang yang menderita kerana osteoporosis.

“Tetapi saya masih muda. Doktor memberitahu, saya masih boleh mencegah osteoporosis dan sejak itu saya mula memastikan tulang sentiasa kuat dan sihat,” jelas Yasmin.

Situasi yang dialami Yasmin menunjukkan kita seharusnya mengambil berat mengenai kesihatan dan keadaan tulang untuk memastikan kesejahteraan dalam kehidupan yang berterusan.

Menjaga tulang sihat

Bagaimana kita harus menjaga tulang agar kuat dan sihat? Tulang ialah tisu hidup yang bertindak menerusi senaman dan pemakanan untuk menjadi lebih kuat.

Anda tahu yang otot akan menjadi lebih besar dan kuat apabila sering menggunakannya, begitu juga dengan tulang. Tulang akan menjadi lebih kuat dan padat apabila kita memastikan ia bekerja dan membekalkan nutrien yang betul.

Bagi tulang, ‘bekerja’ bermakna mengendali impak, berat badan atau lebih banyak rintangan. Terdapat dua jenis senaman yang penting untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang iaitu senaman bebanan dan latihan pengukuhan otot.

Senaman bebanan

Senaman ini merangkumi aktiviti yang membuatkan anda bergerak menentang graviti ketika berdiri tegak. Senaman bebanan terbahagi kepada dua jenis iaitu berimpak tinggi dan rendah.

Senaman ini direka untuk dilakukan bersama-sama dengan program senaman bebanan. Ia tidak menggantikan keperluan untuk berjalan atau senaman bebanan lain.

Senaman bebanan berimpak tinggi membantu membina tulang dan mengekalkan kekuatannya. Contoh senaman bebanan berimpak tinggi seperti menari, aerobik berimpak tinggi, mendaki, joging atau berlari, melompat tali, menaiki tangga dan bermain tenis.

Senaman bebanan berimpak rendah juga boleh membantu memastikan kekuatan tulang dan lebih selamat bagi mereka yang tidak boleh melakukan senaman berimpak tinggi.

Sekiranya anda tidak boleh melakukan aktiviti senaman bebanan berimpak tinggi, cuba lakukan dengan menggunakan mesin latihan elips, membuat aerobik impak rendah, menggunakan mesin memijak tangga dan berjalan pantas di atas treadmill atau di luar.

Makanan sihat untuk hidup sihat

Ramai mengetahui kalsium dan vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila berpeluh atau pergi ke tandas.

Bagaimanapun, badan tidak dapat menghasilkan kalsium. Justeru, penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang.

Antara sumber baik kalsium ialah makanan daripada kalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau dan ikan.

Hasil tenusu ialah susu rendah lemak yang mengandungi kalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju.

Sekiranya anda suka jenis makanan ini, ia antara cara mudah memperoleh kalsium yang mencukupi untuk kesihatan tulang.

Penting untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan tidak mengandungi kalsium secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang anda.

Ikan sardin dan salmon (dengan tulang) dalam tin adalah antara cara yang baik untuk mendapatkan kalsium. Anda juga boleh mendapat kalsium dengan mengambil udang dalam tin.

Selain itu, ikan berlemak seperti salmon, kembung, tuna dan sardin juga adalah sumber untuk mendapatkan vitamin D.

Beberapa kajian mengaitkan pengambilan buah dan sayur yang banyak dapat memberikan kesihatan kepada tulang mereka dengan lebih baik.

Disebabkan sumber buah dan sayur menggalakkan tulang yang sihat masih belum jelas, sesetengah saintis percaya ia sebenarnya mengandungi nutrien tertentu yang penting untuk tulang.

Bagi membantu mengekalkan kesihatan tulang, kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan mengandungi kafein. Pengambilan minuman beralkohol yang banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang.

Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat kalsium secukupnya dan kemungkinan akan mengurangkan bekalan kalsium dalam badan.

Kopi dan teh juga mengandungi kafein. Kafein akan mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Justeru, pengambilannya lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang.

Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh, cara untuk membantu menggantikan semula kehilangan kalsium adalah dengan mendapatkan kalsium secukupnya daripada sumber terbaik bagi memenuhi keperluan badan.
 

Penyebab strok, sakit jantung

pix_middle

PERIKSA... selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.
PERIKSA... selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.
GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok.
Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu.

Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.


Ada dua jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung / bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).

Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80 dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi.

Emosi mempengaruhi tekanan darah iaitu meningkat ketika perasaan gemuruh, tertekan dan sedih, manakala tekanan darah turun ketika kita dalam keadaan tenang dan santai.

Walaupun ada peningkatan dalam penyediaan rawatan di kalangan mereka yang didiagnosis, kadar kawalan adalah rendah.

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan, di kalangan pesakit tekanan darah tinggi diberi rawatan ubatan, hanya 26 peratus daripada mereka mencapai sasaran tekanan darah normal.

Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Prof Datuk Dr Azhari Rosman berkata, ada dua bentuk tekanan darah tinggi iaitu primer dan sekunder.

Tekanan darah tinggi primer yang sukar dikenal pasti puncanya membabitkan lebih 90 peratus kes manakala tekanan darah tinggi sekunder yang diketahui puncanya, membabitkan lebih 10 peratus kes.

Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder seperti masalah buah pinggang, penyakit salur darah dan gangguan hormon.


Punca, kejadian dan faktor risiko

Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:

  • Kandungan air dan garam di dalam badan
  • Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
  • Tahap hormon badan yang berbeza


    Risiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:

  • Obes
  • Sering tertekan atau cemas
  • Minum alkohol terlalu banyak
  • Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
  • Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
  • Menghidap diabetes
  • Merokok


    Pilihan rawatan

    Beberapa jenis rawatan diguna untuk merawat tekanan darah tinggi, termasuk:

  • Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors
  • Angiotensin receptor blocker
  • Diuretik
  • Beta-blockers
  • Calcium channel blockers
  • Alpha-blockers
  • Alpha-agonists
  • Renin inhibitors
  • Gabungan ubatan

    Rawatan tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanya mengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat, lemak dan makanan berkalori tinggi dan senaman.

    Selain itu, hentikan tabiat merokok agar tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.

    Diuretik sering disyorkan sebagai terapi utama bagi kebanyakan pengidap hipertensi.

    Bagaimanapun, rawatan selain diuretik mungkin ditetapkan sebagai terapi pertama jika pesakit mempunyai masalah perubatan tertentu.

    Sebagai contoh, perencat ACE sering menjadi pilihan untuk pesakit diabetes.
    Jika satu daripada ubat tidak berkesan atau tidak dipersetujui, jenis ubat lain boleh didapati.

    Jika bacaan tekanan darah 20/10 mata lebih tinggi daripada sepatutnya, doktor mungkin mempertimbangkan untuk memulakan rawatan dengan dua ubat atau gabungan ubat.


    Gabungan terapi

    Garis panduan hipertensi mengesyorkan penggunaan ubat gabungan yang mempunyai mekanisme pelengkap tindakan berkesan mencapai matlamat tekanan darah.

    Tekanan darah sering tidak dapat dikawal oleh rawatan dengan agen antihipertensi tunggal.

    Terapi kombinasi umumnya menghasilkan pengurangan tekanan darah yang lebih besar dan boleh mencapai kawalan dalam melebihi 75 peratus.

    Pfizer Malaysia melancarkan rawatan baru untuk hipertensi iaitu kombinasi ubatan terapi daripada dua bahan aktif untuk memerangi penyakit itu.

    Gabungan Amlodipine Besylate dan Olmesartan Medoxomil menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan terapi hipertensi untuk menurunkan tekanan darah dalam lapan minggu berbanding monoterapi.
     
  • Wednesday, 18 July 2012

    Virus Hepatitis C Jarang Ditemui Tapi Berbahaya


    Jika minggu lalu, Klinik Lelaki memaparkan tentang Hepatitis B yang menjadi pembunuh senyap dan meragut banyak nyawa, kali ini sempena dengan Hari Hepatitis Sedunia yang berlangsung pada bulan Julai ini, dipaparkan pula satu lagi penyakit iaitu Hepatitis C yang tak kurang berbahaya.
    Virus hepatitis C pula secara utamanya dijangkiti menerusi hubungan secara langsung dengan darah yang telah dijangkiti. Virus ini amat jarang ditemui berjangkit akibat cecair lain dari tubuh. Jumlah pesakit hepatitis C adalah sedikit di Malaysia berbanding hepatitis B.
    Golongan Berisiko
    • Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
    • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
    • Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
    • Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
    • Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
    • Pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis.
    • Sehingga kini belum ada vaksin untuk hepatitis C.
    Gejala Hepatitis Di Malaysia
    Menurut Profesor Dr. Rosmawati Mohamed, Konsultan Hepatologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya yang juga merupakan Pengerusi Penganjuran Kempen Kesedaran Sempena Hari Hepa titis Sedunia 2011 di Malaysia, di negara-negara Asia penularan virus hepatitis B lebih kerap berlaku dari ibu kepada anak sewaktu proses kelahiran pada nisbah 9:10.
    “Di Malaysia dianggarkan 1 dalam 15 orang akan menghidap hepatitis kronik sama ada B atau C. Ini juga akan meningkatkan risiko masalah berkenaan menjadi sikosis atau kanser. Hakikatnya penyakit ini boleh dikategorikan sebagai ‘silent disease’.
    “Individu yang menghidap hepatitis lazimnya hanya mengetahui akan penyakit yang dialami pada peringkat kronik atau setelah ia menjadi kanser peringkat empat. Mengapa saya katakan ia adalah ‘silent disease’ kerana sebenar nya ia mengambil masa di antara 30 hingga 50 tahun untuk berubah menjadi sirosis dari hari pertama jangkitan. Selama itu kebanyakan dari pesakit langsung tidak mengetahuinya atau diserang gejala yang teruk,” terang Profesor Dr. Rosmawati dengan terperinci.
    Kebanyakan kes hepatitis di Malaysia juga berlaku di kalangan masyarakat Cina dan sangat rendah peratusannya di kalangan masyarakat India. Malaysia juga merupakan negara ketujuh yang mempunyai statistik penghidap hepatitis yang tinggi dan kebanyakannya berlaku di kalangan lelaki.
    Selain itu Profesor Dr. Rosmawati juga turut menekankan akan kepentingan mendapat vaksinasi awal dan lakukan ujian saringan. “Rawatan yang ditawarkan sangat efektif iaitu dengan kadar 80% peluang penyembuhan jika dikesan awal. Untuk itu amat penting ujian saringan dan jangan pandang remeh soal kesihatan anda,” nasihatnya lagi.
    Cara Elak Hepatitis B Dan C
    Pencegahan
    Dapatkan perlindungan, ketahui faktor risiko untuk hepatitis B dan C.
    Diagnosis
    Lakukan ujian saringan hepatitis B dan S adalah langkah bijak yang mudah dan ringkas dalam melakukan pencegahan.
    Perlindungan
    Dapatkan vaksinasi, dalam kes hepatitis B, ada vaksinasi untuk menjamin langkah pencegahan yang diambil lebih selamat.
    Rawatan
    Dalam kebanyakan kes jang kitan virus hepatitis B dan C, rawatan yang diberikan sangat efektif untuk menyembuh kan pesakit di peringkat awal.
    Hari Hepatitis Sedunia
    Kempen ini akan dijalankan secara besar-besaran di Malaysia bermula dari 23 Julai hingga 28 Julai 2011. Ia akan berlangsung di perkarangan pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Kempen yang mendapat kerjasama dari pelbagai pihak ini akan membawa tema ‘Know your liver, B aware, C a doctor’. Di antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang kempen ini adalah :
    Pemeriksaan Saringan Hepatitis
    • Pemberian vaksinasi hepatitis B.
    • Forum kesihatan kepada umum.
    • Siri ceramah dan kempen kesedaran menerusi radio dan televisyen.
    • Pengedaran risalah berkenaan Hepatitis B dan C.
    • Kempen kesedaran terhadap penyakit hepatitis di pejabat, kilang dan taman-taman riadah.
    • Pameran fotografi .
    • Kaunseling perubatan dengan pakar untuk mereka yang baru disahkan menghidap hepatitis.
    • Dan pelbagai acara lain yang bakal memberikan pelbagai manfaat untuk anda.

    Saturday, 30 June 2012

    DIABETES BERBAHAYA

    Diabetes sebabkan mati mengejut



    BERAT badan berlebihan menjadi punca utama masalah diabetes di Malaysia.


    KEMATIAN mengejut wartawan penyiaran NBC News, Tim Russert, 58, dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, 59, pada tahun 2008 memeranjatkan ramai orang.
    Tidak terkecuali Ahli Parlimen Bukit Gantang, Roslan Shaharom, 50, dan penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, pada tahun 2009.
    Kesemua mereka meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung.
    Biarpun begitu, petanda awal kepada serangan jantung itu sudah diduga kerana masing-masing merupakan penghidap diabetes.
    Perkara tersebut diakui oleh Ketua Endikronologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Dr. Nor Azmi Kamaruddin.
    Jelas Nor Azmi, selain daripada kesan fizikal seperti gangren iaitu anggota tubuh mati atau membusuk akibat diabetes, penyakit itu juga menjadi pencetus kepada pelbagai penyakit kronik yang lain.
    “Ramai orang yang hanya mengaitkan diabetes dengan kesan buruk yang berakhir dengan kaki pesakit terpaksa dipotong. Namun, hakikatnya ia boleh menyumbang kepada masalah kesihatan seperti kegagalan fungsi buah pinggang, katarak mata, sakit jantung dan serangan angin ahmar,” kata Nor Azmi.
    Menurut kajian di Amerika Syarikat, sakit jantung yang berpunca daripada diabetes merupakan sebab utama kematian di negara itu iaitu sebanyak 55 peratus. Sebanyak 10 peratus pula kematian disebabkan angin ahmar yang berpunca daripada diabetes.
    AMALAN pengambilan makanan seimbang boleh mencegah penyakit diabetes.


    Obesiti
    “Statistik itu hampir sama jika dibandingkan dengan pesakit di Malaysia.
    “Justeru anda seharusnya mengambil langkah yang penting bagi mengelakkan kedua-dua penyakit yang boleh meragut nyawa itu,” katanya ketika membentangkan hasil kaji selidik pesakit diabetes PPUKM di Kuala Lumpur baru-baru ini.
    Dalam kaji selidik tersebut, pihaknya mendapati majoriti penghidap penyakit itu terdiri daripada mereka yang mengalami obesiti.
    Perkara itu dibuktikan apabila 62 peratus responden dalam kajian tersebut adalah terdiri mereka yang mengalami obesiti ketika pertama kali didiagnosis dengan diabetes.
    “Pesakit yang mengalami obesiti dan berat badan berlebihan mempunyai risiko yang besar dalam menyebabkan komplikasi penyakit diabetes.
    “Justeru perkara utama yang perlu dilakukan bagi mengelakkan penyakit jantung dan angin ahmar serta penyakit bahaya lain yang disebabkan oleh penyakit diabetes adalah dengan mengawal berat badan,” katanya lagi.
    Kebimbangan terhadap penularan penyakit tersebut perlu diambil kira kerana kira-kira seorang daripada tujuh rakyat Malaysia merupakan penghidap diabetes.
    GANGREN atau kematian sel sering dikaitkan dengan kesan penyakit diabetes.


    Tambah Nor Amin, kaedah utama untuk menjauhkan diri daripada masalah diabetes adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
    Bukan sahaja dengan mengawal makanan yang diambil bahkan bersenam sebagai kaedah pencegahan.
    “Jika kita mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat sekarang, ini bermakna statistik obesiti dan penyakit diabetes di negara ini akan menurun dalam tempoh 20 tahun lagi.
    “Memang payah untuk mengurangkan berat badan dan mengawal diabetes. Tetapi dengan kaunseling yang betul dan intervensi gaya hidup, hal ini boleh diatasi,” katanya.
    Jelas Nor Azman lagi, ibu bapa seharusnya peka terhadap masalah obesiti dalam kalangan anak-anak kerana masalah obesiti di peringkat umur tersebut sukar dikawal kerana faktor perkembangan sel.
    Berbeza pula seseorang yang mengalami kegemukan pada usia dewasa kerana ia kurang melibatkan penghasilan sel lemak baharu.
    “Kegemukan pada usia kanak-kanak melibatkan penghasilan sel. Justeru adalah begitu sukar untuk mengurangkan berat badan mereka.
    “Berbeza pula bagi golongan dewasa kerana kegemukan berlaku akibat pembesaran saiz sel tersebut dan lebih mudah untuk menurunkan berat badan,” tutur Nor Azmi.

    UBAT ATAU RACUN????

    Ubat bertukar racun



    PENGGUNA perlu merujuk kepada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubatan tradisional. - Gambar hiasan


    DEWASA ini penggunaan ubat-ubatan tradisional dan komplementari (TCM) semakin mendapat kepercayaan berikutan kerancakan aktiviti penyelidikan dan kecanggihan teknologi yang digunakan pengeluar.
    Ubat itu termasuk ubat tradisional Melayu dan Cina, selain rawatan ayurveda, homeopati dan akupuntur.
    Bagaimanapun, bukan semua produk yang dikatakan ubat itu boleh menyembuhkan penyakit. Malah, banyak kes berkaitan ubat tradisional dan alternatif sebelum ini didapati mendatangkan mudarat.
    Berdasarkan rekod Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 11,885 produk TCM telah didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) setakat ini.
    Namun, pada tahun lepas, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) menerima 127 laporan kesan mudarat akibat penggunaan produk tradisional termasuk yang didaftarkan dengan PBKD.
    Ujian
    BPFK mengesan pelbagai produk tradisional yang dicemari dengan bahan terkawal atau racun berjadual seperti steroid, sibutramine (ubat langsing) dan sildenafil (ubat kuat lelaki).
    Bahan-bahan terkawal itu berfungsi untuk menahan kesakitan selain bertindak melangsingkan badan seseorang. Ia juga didakwa mampu menambah kekuatan tenaga batin lelaki dan wanita.
    Mengulas isu ini, Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Razak Lajis memberitahu, kebanyakan ubat tradisional dan alternatif tidak melalui fasa ujian klinikal bagi mengenal pasti produk tersebut selamat digunakan.
    “Produk yang telah didaftarkan ini hanya melalui ujian keselamatan penting di BPFK seperti saringan steroid, logam berat dan bahan terlarang berdasarkan dakwaan khasiat oleh pengeluar atau pengedar.
    “Dakwaan yang dinyatakan oleh pengeluar mungkin terhad kepada kajian ke atas haiwan, testimoni pengguna dan rujukan secara turun-temurun,” katanya.
    Namun begitu, Razak menjelaskan tidak semua produk tradisional memberi kesan sampingan kepada pengguna.
    “Sama seperti ubat-ubatan moden, ada yang memberi kesan sampingan dan ada yang tidak.
    “Apa yang penting pengguna yang mengambil ubat ini perlu merujuk pakar perubatan terlebih dahulu,” katanya.
    Beliau juga mengingatkan penghidap penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis bahawa rawatan moden dan tradisional hanya berfungsi untuk mengawal penyakit tersebut dan bukan memulihkannya.


    JANGAN berhenti mengambil ubat-ubatan moden walaupun serasi dengan ubat-ubatan tradisional. - Gambar hiasan


    Pakar
    Katanya lagi, pesakit tidak harus berhenti daripada mengambil ubat-ubatan moden walaupun mereka sedang mencuba rawatan alternatif.
    “Ini kerana ubat-ubatan tersebut dapat membantu mengelakkan penyakit tersebut daripada melarat.
    “Ubat moden mesti diambil walaupun ubat tradisional terbabit mula menunjukkan kesan positif,” katanya.
    Ujarnya lagi, ini bagi menggelakkan sebarang interaksi bahaya antara ubat-ubatan.
    “Ubat tradisional berfungsi pada bahagian tertentu dalam badan sama seperti ubatan moden.
    “Jika saling berinteraksi, ia mungkin mendatangkan bahaya pada individu itu selain mendedahkan pengguna kepada penyakit seperti kerosakan buah pinggang,” katanya.
    Razak menambah, status kesihatan dan penyakit sedia ada adalah faktor yang mempengaruhi keberkesanan ubat tradisional.
    “Sentiasa rujuk pada label dan kandungan ubat tersebut. Jika ragu-ragu, beli ubat tersebut di farmasi berdaftar,” katanya.
    Seorang pakar farmasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Aida Azlina Ali, berkata bukan semua orang perlu mengambil ubat-ubatan tradisional.
    “Jika seseorang telah mengamalkan diet yang sempurna dan berkhasiat, tubuh mereka tidak memerlukan ubat tersebut.
    “Ini kerana pengambilan ubat tradisional tanpa mengikut keperluan boleh bertukar menjadi toksik yang membahayakan tubuh,” katanya.
    Beliau turut menasihatkan mereka yang ingin mengambil produk TCM supaya bertanya kepada pakar perubatan sebelum menggunakannya.
    “Mungkin ubat itu berkesan untuk jangka masa pendek sahaja. Teliti dahulu kandungannya serta rujuklah pakar.

    “Selain itu, jangan sekali-kali meninggalkan ubat moden kerana kebanyakan ubat sebegini telah menjalani pelbagai ujian klinikal sebelum diluluskan,” katanya.

    AKTIF BERSENAM PINTAR MATEMATIK

    Aktif bersenam pintar matematik

    KANAK-KANAK aktif memiliki IQ yang lebih tinggi.


    BIJAK dalam subjek Matematik menjadi salah satu kelebihan kanak-kanak yang aktif khususnya mereka yang mengalami obesiti.
    Senaman biasa boleh menambah kemampuan kanak-kanak obes, yang biasanya hanya duduk diam, untuk berfikir, membuat pelbagai rancangan, bahkan bertambah baik dalam Matematik.
    Demikian penemuan oleh pengkaji di Universiti Sains Kesihatan Georgia, Amerika Syarikat (AS).
    Mengapa mata pelajaran Matematik? Tidak dijelaskan sebabnya, namun alasan utama kerana Matematik adalah subjek yang memiliki tahap kesukaran yang lebih tinggi berbanding mata pelajaran lain.
    Para pengkaji juga berharap agar bukan kanak-kanak obes sahaja yang perlu bersenam setiap hari, bahkan mereka yang bertubuh normal. Penyelidikan tersebut didasarkan pada kajian ke atas 171 orang kanak-kanak terlebih berat badan berusia antara tujuh hingga 11 tahun di AS.
    Setelah melakukan senaman setiap hari, terdapat perkembangan yang sangat signifikan dari segi kecergasan dan penguasaan mereka dalam matematik. Menurut laman web Pysch Central, selepas dilakukan imbasan MRI terhadap otak kanak-kanak tersebut, terdapat peningkatan aktiviti otak di korteks prefrontal iaitu kawasan yang digunakan untuk berfikir.
    MATEMATIK memerlukan tumpuan yang lebih untuk menguasainya.


    Selain itu, kecerdasan otak (IQ) turut bertambah. Semakin kerap mereka bersenam, semakin tinggi IQ mereka. Rata-rata berlaku peningkatan sebanyak 3.8 mata untuk mereka yang bersenam selama 40 minit sehari selama tiga bulan.
    Senaman yang dilakukan adalah pelbagai. Ini termasuk berlari, lompat tali dan bersenam.
    Semua aktiviti itu juga merangsang otak. Ini memandangkan senaman membuatkan aliran darah serta oksigen ke otak berjalan lancar.
    Faktanya, seseorang tidak mungkin boleh bergerak jika otaknya tidak aktif. Untuk aktif, oksigen diperlukan sekali gus menjadikan kedua-dua aktiviti dan oksigen saling berkait.

    Wednesday, 27 June 2012

    Baik Buruk Diet Sesuka hati

    Tanya mana-mana wanita, semuanya pasti mengatakan tubuh yang langsing menambah daya tarikan pada diri mereka. Jesteru, mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat kelihatan cantik dan langsing termasuklah mengamalkan diet.
    Ada yang mementingkan kesihatan diri selain daripada mahu dilihat langsing, tetapi membuat program diet sendiri mengikut kesukaan. Apa yang penting berat badan turun dan tubuh kekal langsing. Ikuti buruk baik diet sesuka hati begini.
    1. Diet Epal dan Detoks.
    Makan hanya epal manis (selalunya epal merah) selama 7 hari berturut-turut. Setiap kali makan dua hingga tiga biji dan dalam sehari menjadi sampai lima hingga enam biji. Selain epal, hanya minum air dan mengambil suplemen untuk detoksifikasi. Tujuannya untuk menjadikan tubuh lebih segar dan pencernaan lebih lancar. Seminggu boleh turun sehingga 2 kilogram (kg).
    Fakta: Buah-buahan hanya mengandungi vitamin dan karbohidrat. Tidak ada protein dan lemak seperti yang diperlukan oleh tubuh badan untuk menjalankan fungsinya setiap hari.
    Komen Pakar: Menurut pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penurunan berat badan yang sihat adalah 1 hingga 1.5 kg/minggu dengan pengurangan makanan sebanyak 500 kalori/hari.
    Dalam setiap penurunan berat badan, sebaik-baiknya kurangkan jumlah lemak di dalam badan. Pengambilan buah-buahan untuk menurunkan berat badan bukan hanya menyebabkan jumlah lemak di dalam tubuh menurun, tetapi juga kandungan protein otot dan jumlah cairan di dalam tubuh berkurang.
    Kehilangan air yang terlalu banyak dapat membahayakan ginjal. Bila berat badan kembali naik, kemungkinan lemak semakin meningkat.
    Sebenarnya tubuh kita mampu mendetoksifikasikan bahan-bahan beracun dan yang tidak diperlukan tubuh secara semulajadi. Proses detoksifikasi berlaku di hati. Jadi, pengambilan suplemen untuk detoksifikasi bukanlah satu keperluan.
    2. Diet Elak Nasi.
    Langsung tidak menyentuh nasi dan hanya sesekali makan roti atau mi, selebihnya makan sayur dan buah-buahan. Malah, makanan bergoreng, terus dielakkan.
    Minuman seperti kopi dan gula juga tiada di dalam menu seharian. Makan selepas jam 7 malam? Tidak sesekali!
    Fakta: Makanan seperti nasi, roti dan mi semuanya mengandungi karbohidrat. Nasi yang berasal daripada beras merah sebenarnya lebih menyihatkan kerana ia bukan sahaja mengandungi karbohidrat tetapi juga kaya dengan protein dan serat.
    Komen Pakar: Beras merah, kentang (dengan kulitnya), roti dari biji-bijian dan bijirin amat disarankan sebagai pengganti sumber karbohidrat.
    Karbohidrat yang mengandungi banyak serat dapat digunakan untuk mengendalikan kadar gula rendah, kadar lemak darah, dan juga berat badan. Jangan terus 'bermusuh' dengan nasi.
    Cara terbaik, kurangkan saja kuantitinya.
    Ikut pola pemakanan sihat mengikut piramid makanan Asia bermula seperti hasil beras, tepung dan bijiran, diikuti dengan sayur dan buah-buahan.
    Seterusnya protein haiwan dan tumbuhan seperti susu rendah lemak, daging tanpa lemak dan kekacang dan akhir sekali makanan yang paling sedikit diambil seperti lemak atau minyak dan gula.
    3. Makan Tiga Sudu.
    Berat badan mudah naik bagi sesetengah orang, jadi diet seperti ini sering diamalkan. Sayur-sayuran menjadi sahabat baik. Lauk kegemaraan seperti ikan atau dada ayam tanpa kulit dipilih.
    Biasanya, makan secara perlahan-lahan agar mudah rasa kenyang. Juga banyak minum air putih.
    Fakta: Makan dengan perlahan memberi peluang kepada otak untuk mengirimkan signal sudah kenyang. Cara begini membantu menggelakkan anda daripada makan berlebihan.
    Komen Pakar: Pola pemakanan yang sihat, lengkap dengan air, karbohidrat, protein, lemak dan serat. Namun, masih kurang pengambilan protein tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan sehingga kekurangan keperluan vitamin dan mineral.
    Cuba variasikan sumber protein dengan menambah pengambilan makanan seperti kekacang. Nutrien makanan harus seimbang kerana tubuh amat memerlukannya.
    Perhatikan juga cara memasak. Kurangkan menggoreng makanan.
    Makan tiga sudu sudah cukup kerana pengambilan sayur-sayuran sudah cukup banyak. Tambahan, sayur dan buah juga mengandungi karbohidrat yang tinggi serat.

    Sedap atau Sihat

    Gaya hidup rakyat Malaysia kini telah menjejaskan gaya pemakanan mereka. Bilangan wanita bekerjaya pula semakin meningkat menyebabkan semakin kurang makanan yang dimasak sendiri disediakan di rumah.
    Oleh itu, ramai yang memilih membeli makanan segera kerana cepat dan mudah disediakan. Ini jelas menunjukkan kewujudan restoran makanan segera seperti KFC, Pizza Hut, McDonald dan sebagainya yang tumbuh melata bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Namun, adakah ini menunjukkan gaya pemakanan tersebut sihat untuk kesihatan kita?
    Makanan yang sedap tidak semestinya sihat. Hal ini kerana kebanyakan makanan yang sedap mengandungi penambah perasa dan bahan pengawet. Kandungan Monosodium Glutamat (MSG) amat berbahaya untuk kesihatan kita. Golongan yang menggunakan MSG sebagai penambah perisa dalam makanan mereka lebih berisiko tinggi berdepan masalah berat badan berlebihan atau obes berbanding mereka yang tidak mengambilnya walaupun melakukan aktiviti fizikal dan pengambilan kalori sama. Oh.. sungguh ngeri kan?
    Kenapa dengan makanan segera? Makanan segera menggunakan bahan pengawet dalam kuantiti yang tinggi kerana ia diproses dan diawet untuk memastikannya tahan lama. Selain itu, kandungan lemak dalam makanan segera juga lebih tinggi berbanding bahan mentah biasa.
    Memakan makanan segera dalam kuantiti tidak terkawal akan mendedahkan kita kepada pelbagai jenis risiko seperti kerosakan gigi, sembelit, tekanan darah tinggi, pembuluh darah tersumbat, obesiti dan kenaikan tahap kolesterol.
    Orang kata 'kita adalah apa yang kita makan'. Kalau kita orang yang jenis lesu, lemah dan gemuk, kita tengok balik apa yang kita makan sepanjang kita hidup. Berbanding kalau kita jenis orang yang cergas, aktif dan ceria, kita tengok apa yang kita makan semalam dan kelmarin.
    Ini dibuktikan apabila kira-kira 90 peratus masalah kesihatan berpunca daripada makanan yang mengakibatkan sistem pertahanan badan menjadi lemah. Badan kita membabitkan kira-kira 60 trilion sel kecil termasuk sel darah, lemak, otot dan kulit. Pengumpulan toksik menyebabkan sel 'demam' dan akhirnya berlaku pelbagai masalah kesihatan. Antara sumber bahan toksik ini ialah makanan berasid, terlalu banyak mengambil ubat moden, terlalu banyak lemak kolesterol.
    Bagaimana pula yang dikatakan dengan makanan tidak sedap tetapi sihat? Kita ambil contoh ulaman-ulaman, adakah ulam itu sedap seperti Burger di McD atau ayam KFC? Rasa ulam sangatlah pahit sampaikan ada yang tidak dapat memakannya.
    Terdapat lebih daripada 120 jenis ulam tradisional telah dikenal pasti di Malaysia sehingga kini (Muharyani 1987). Antaranya ialah rebung, ulam raja, cekur manis, selom, pegaga, paku rawan, kesom, putat, kacang kelisa dan banyak lagi.
    Kita boleh tengok orang-orang tua pada zaman dahulu kebanyakannya hidup dalam tempoh yang lama. Hal ini kerana mereka mengamalkan makan ulam-ulaman. Kebanyakan ulam mengandungi mineral-mineral utama seperti kalsium, fosforus, besi, natrium dan juga mengandungi vitamin-vitamin utama seperti karotena, vitamin A, B dan C. Tidak hairanlah jika ulam-ulaman ini digunakan dalam perubatan tradisional Melayu.
    Makanan harian sebenarnya boleh menjadi ubat atau pelindung daripada pelbagai penyakit. Sepertimana Bapa Pakar Perubatan Moden, Hippocrates pernah berkata 'makanan sihat adalah ubat paling baik'. Untuk sihat, pemakanan kita harus mengandungi 80 peratus makanan bersifat alkali dan 20 peratus lagi makanan bersifat asid bagi meningkatkan daya ketahanan badan.
    Komposisi makanan yang disarankan untuk kesihatan yang sempurna ialah 60 peratus sayur-sayuran, 20 peratus buah-buahan, 10 peratus sumber karbohidrat dan 10 peratus lagi protein (lebih baik jika protein tumbuh-tumbuhan). Alamak! Rasanya kita jarang mengambil sayur dalam makanan harian kita! Tetapi kita selalu ambil makanan yang mengandungi banyak karbohidrat dan lemak dalam tak sedar kan?.
    Sebenarnya, makanan mempunyai dua ciri iaitu positif (menyihatkan badan dan memulihkan penyakit) atau negatif (menyebabkan penyakit). Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO), didapati bahawa pembunuh utama manusia bukannya aids, malaria, kebuluran, kereta atau merokok, tetapi tabiat pemakanan manusia sendiri. Oh, lagilah ngeri!
    Jadi, marilah kita sama-sama mengubah tabiat pemakanan harian kita supaya kita menjadi muslim dan muslimah yang lebih cemerlang. Oleh itu, kita yang berkuasa membuat pilihan yang terbaik, jangan salahkan makanan. Ingat... 'You Are What You Ate'.

    Penting Rehat dalam senaman

    Isu rehat memang penting! Rehat merupakan satu perkara yang selalu dipandang rendah oleh ramai pengunjung gym.
    Overtraining merupakan kesan kurang rehat seseorang. Contoh orang yang kurang perihatin kepada rehat dan adalah mereka yang:
    1. Melatih satu bahagian badan (seperti biceps) hampir setiap hari
    2. Melatih sepanjang tahun, tanpa rehat
    3. Berlatih beberapa jam di gym setiap hari.
    4. Sudah bosan meneruskan program latihan.
    Saya bahagikan rehat kepada dua jenis, 1. rehat antara sessi senaman dan 2. Seasonal Rest atau rehat bermusim.

    Rehat Antara Sessi

    Betul atau tidak: Otot membesar sewaktu weight training di gym!? Tidak! Otot sebenarnya membesar sewaktu rehat. Sesi senaman di gym merupakan perangsang untuk pembesaran otot tetapi ia perlu direhatkan selepas itu. Latihan mengangkat berat menyebabkan koyakan microskopik kepada otot yang dilatih.
    Otot itu perlu direhatkan untuk membolehkan badan membaiki dan sekaligus membesarkan (menguatkan) otot berkenaan. Proses ini mengambil masa lebih kurang 72 jam. Oleh kerana itu, anda digalakkan untuk menunggu paling kurang 72 jam sebelum melatih otot yang sama sekali lagi. Tanpa rehat antara sessi ini, usaha anda agak sia-sia.

    Rehat Bermusim

    Bagi atlit dan pengunjung kerap gym; sendi, tulang dan otot anda banyak melalui wear & tear yang tidak dapat dibaiki dalam sehari-dua. The only way to allow your body to fully recuperate, adalah dengan menjadualkan rehat bermusim setiap 3-5 bulan. Berapa lama anda harus rehat? Saya syorkan 1-2 minggu.
    Dalam period tersebut, anda harus rehat sepenuhnya untuk membolehkan badan anda 'recover' sepenuhnya. Rehat bermusim ini juga bertujuan untuk refuel your mental enthusiasm. Lama-kelamaan, semua orang jemu melatih week in and week out, jadi rehat bermusin ini sesuai untuk rehatkan diri anda dari segi fizikal & rohani.
    Takut rehat akan merosotkan perkembangan anda? Mungkin anda akan kehilangan sedikit performance atau kekuatan sewaktu rehat bermusim, tetapi ia hanya sementara dan cepat kembali apabila anda mulakan training semula. Ia umpama stock market yang mempunyai kitaran atas & bawah (up & down cycle).
    Ingat : It's not the quantity but the quality of your workouts that matter! Pentingkan rehat untuk mengelakkan daripada overtraining.

    Makan Untuk meningkatkan Metabolisme

    Setiap hari anda mengira kalori. Setiap hari juga anda menyimpan kalori. Kemudian anda berusaha membakar kalori seberapa banyak yang anda mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jika anda seperti 67% wanita yang kurang berjaya untuk menurunkan berat badan secara berterusan, jawapannya adalah TIDAK. Ini disebabkan kerana anda mungkin tidak memahami apa itu kalori.
    Sejak anda belajar mengenali kalori, anda telah diberitahu bahawa kalori ini adalah sama: samada anda makan 500 kalori kek atau 500 kalori lasagna, tubuh anda akan membakar atau menyimpan kalori secara purata bagi kedua-dua jenis makanan. Betul ke? Salah. Kajian sains menunjukkan bahawa apabila membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan.
    Sebenarnya kalori adalah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan yang diambil. Tenaga dari makanan ini akan dihasilkan semasa proses respirasi berlaku. Apabila zat makanan bertindakbalas dengan oksigen di dalam sel badan semasa proses respirasi, pada masa inilah nutrisi terhasil dan seterusnya tenaga akan dihasilkan. Jumlah kalori dalam setiap makanan adalah berbeza sama sekali.
    Sesetengah zat pada makanan yang sukar diserap ke dalam badan akan ‘bekerja lebih’ untuk dicernakan. Oleh itu tubuh badan memerlukan lebih banyak kalori bagi penghasilan tenaga seterusnya meningkatkan metabolisme. Dalam satu kajian di Jepun mendapati wanita yang makan makanan seperti ini mempunyai bentuk badan yang ramping berbanding mereka yang hanya makan makanan lembut dan paling mudah untuk dicernakan. Fiber dan protein adalah antara contoh makanan yang sukar dicernakan.

    Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisma

    Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
    1. Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
    2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
    3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
    4. Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.
    Tubuh manusia akan menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa proses respirasi sebanyak 20% untuk metabolisme otak, dan selebihnya adalah untuk BMR (basal metabolic rate) organ dan tisu dalam badan. Penukaran tenaga kepada tenaga fizikal (mekanikal) adalah bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil dan jenis penggunaan tenaga fizikal harian anda.
    Oleh itu anda perlu memahami definisi sebenar tenaga makanan atau kalori ini supaya kalori yang anda ambil setiap hari tidak melebihi keperluan harian anda. Malah, untuk mengurangkan berat badan, kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan.

    Mentaliti bersenam dikalangan Orang Malaysia

    Agak sukar seseorang itu hendak memulakan satu-satu senaman, tambahan jika individu tersebut sememangnya jarang bersenam, bersenam sebulan sekali, dan yang paling teruk, tidak pernah bersenam langsung sepanjang tahun tersebut. Ada yang menjadikan alasan tak masuk akal seperti “kurang fit”, tak larat nak berlari, semput, tiada masa, dan berbagai-bagai lagi sebagai halangan untuk bersenam. Bukannya tiada alternatif, tetapi sengaja mencari alasan kerana hakikatnya, individu yang memberikan alasan itu MALAS BERSENAM.
    Bersenam bukan bermaksud anda melakukannya untuk kurus, atau bila dah naik berat badan, baru terhegeh-hegeh hendak bersenam. Tetapi tujuan bersenam adalah lebih kepada peningkatan tahap kesihatan dan kekuatan fizikal. Senaman yang baik semestinya mensasarkan 5 pecahan berikut, iaitu
    1. Kardiovaskular (stamina, jantung)
    2. Daya tahan otot (stamina)
    3. Kekuatan otot (strength)
    4. Komposisi badan
    5. Kelenturan
    Namun disebabkan senaman menggunakan lebih banyak kalori berbanding aktiviti-aktiviti lain, disamping sesetengah daripadanya mampu meningkatkan kadar metabolisma jika dilakukan dengan betul, maka dengan itu ia merupakan “alat” yang berkesan dalam menurunkan berat badan! Konsep seperti ini harus difahami semua. Bersenam untuk kesihatan dahulu, kemudian barulah kepada kesan sampingannya, iaitu penurunan berat badan.
    Tidak perlu hurai terlalu jauh, mari kita tinjau faktor utama dan terpenting di antara kelima-lima komponen tadi. Percaya atau tidak, kekuatan fizikal sebenar/utama manusia terletak pada jantungnya, dan bukan terletak kepada sejauh mana besarnya otot badan. Manusia mungkin boleh hidup jika ketiadaan otot tertentu, tetapi tanpa jantung, manusia itu mati.
    Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan effisien tanpa sebarang gangguan. Daripada jantung jugalah darah dapat dialirkan keseluruh badan, supaya otot-otot dan organ-organ dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya.
    Dalam erti kata lain, jantung adalah enjin kita, jantung adalah penentu sejauh mana badan kita lancar berfungsi, dan semua fenomena ini berkait rapat dengan Metabolisma – sehebat mana badan kita bekerja, sehebat itu jugalah kadar metabolisma kita. Anggap sahaja senaman merupakan salah satu cara untuk kita servis enjin, yakni jantung kita. Cuba fikirkan, apa yang akan terjadi jika enjin kereta jarang diservis? Bagaimana pula dengan prestasi kereta tersebut?
    Di samping itu, senaman yang memberikan fokus kepada daya tahan otot dan kekuatan otot (senaman pemberat atau weight training) juga mampu menggalakkan pertumbuhan otot (jika kena pada dietnya) dan ini penting kerana jumlah otot yang banyak bermaksud anda mempunyai kadar metabolisma yang tinggi dan kebarangkalian untuk berjaya mengekalkan berat badan adalah tinggi. Jika kita jarang bersenam, badan kita bukan sahaja ‘kurang’ otot, malah lemak-lemak juga semakin berkumpul, dan 1kg lemak menggunakan kurang kalori berbanding 1kg otot (membawa kepada rendah kadar metabolisma).
    Oleh yang demikian, janganlah ditunggu lagi. Tidak perlu tunggu sehingga berat badan mencanak naik baru terhegeh-hegeh hendak bersenam. Keadaan akan menjadi lebih sukar jika tahap kesihatan jatuh teruk sehinggakan pada saat itu hendak bersenam pun tak dibenarkan oleh doktor. Kes paling mudah adalah arthritis, yang mana mudah dihidapi mereka yang mengalami obesiti untuk satu jangkamasa yang panjang. Ingatlah, mencegah itu lebih baik dari merawat. Jom kita bersenam?
    Tahukah anda: Kebanyakkan selebriti yang mengekalkan wajah “awet muda” seperti Naseer Wahab menjadikan senaman sebagai rutin harian? Benar, senaman melambatkan proses penuaan!

    Rahsia Bakar lemak

    Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?
    1. Kurangkan beban semasa angkat berat
    Ingin membakar lemak berlebihan? Nak kempiskan perut atau kurangkan lemak pada bahagian peha, lengan atau mana2 bahagian yang lain?
    1. Kurangkan beban semasa angkat berat
    Anda tidak perlu lagi menahan kesakitan, kepayahan, dan kesukaran dengan mengangkat beban yang paling berat yang ada di gim. Kajian terbaru dari Universiti McMaster mendapati mereka yang mengangkat beban yang ringan (kira-kira 30% daripada usaha maksimum, atau lebih kurang 24 kali sehingga tahap maksimum) adalah sama efektifnya dengan mereka yang mengangkat beban paling berat (kira-kira 90% daripada usaha maksimum atau lebih kurang 5 hingga 10 kali sehingga tahap maksimum) selagi seseorang itu boleh memfokuskan pada otot-otot sehingga latiham pusingan terakhir.
    Semakin aktif seseorang itu, semakin tinggi potensi dirinya untuk mendorong diri sendiri semasa bersenam. Para penyelidik dari New Zealand mendapati wanita yang selalu bersenam lebih mudah untuk melakukan kerja pada kadar degupan jantung mereka; dengan kata lain meningkatkan metabolism berbanding wanita yang jarang-jarang bersenam.

    2. Latihan anda!

    Apabila membincangkan jumlah lemak yang anda akan bakar semasa bersenam, kajian dari Universiti Birmingham mendapati anda akan lebih banyak membakar lemak semasa berlari berbanding semasa anda berbasikal.
    Kajian terbaru mendapati wanita yang kehilangan 0.7 kg atau lebih dalam masa seminggu akan berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang berbanding mereka yang kehilangan 0.2 kg atau kurang dalam masa seminggu. Mereka yang lebih cepat menurunkan berat badan lima kali lebih berpotensi menurunkan 10% berat badan dalam masa 18 bulan berbanding mereka yang dapat menurunkan berat badan secara perlahan-lahan.

    3. Pastikan perut yang sihat

    Bersenam merupakan kunci untuk menghilangkan perut buncit. Kajian dari Universiti Alabama di Birmingham mendapati mereka yang kehilangan berat badan secara purata 10kg dan mengamalkan rutin kecergasan samada melakukan latihan kekuatan atau kardio selama 40 minit dua kali seminggu selama setahun tidak akan ada lemak degil, walaupun berat badan mereka meningkat sedikit. Mereka yang berhenti mengamalkan senaman pula tidak akan beruntung kerana mereka termasuk dalam golongan 33% lemak degil yang meningkat.

    10 Tips Motivasi dalam Diet

    1. berharga. Memandangkan minda anda sudah berfikir demikian, maka apa kata jika anda laburkan sahaja beberapa ratus ringgit (atau ribuan ringgit) untuk membayar yuran gym sepanjang 12 bulan ke hadapan? Rugi? Tidak rugi pun, melainkan jika anda mengelat dan tidak pergi ke gym langsung sepanjang minggu itu, maka itu baru boleh dikatakan rugi.
    2. Secret admirer
      Punya teman-teman wanita? Buat si perempuan pula, ada tak lelaki yang anda suka? Jadikan mereka sebagai pembakar semangat anda yang nombor satu. Anggap saja anda akan mampu ‘menawan’ hati mereka setelah anda memiliki bentuk badan yang mantap (meskipun anda tahu yang lamaran anda kelak akan ditolak mentah-mentah, terutamanya jika wanita pembakar semangat anda adalah artis seperti Lisa Surihani).
    3. Baju-baju idaman
      Siapa cakap baju-baju zaman ‘muda’ itu hanya tinggal sejarah? Inilah masanya untuk anda menghidupkan kembali era kegemilangan anda dengan mengenakan pakaian-pakaian tersebut. Selain itu, jika anda berhajat untuk membeli baju baru, belilah baju yang ‘menggambarkan’ diri anda selepas tercapainya matlamat. Sebagai contoh, jika anda sedang dalam usaha untuk menurunkan berat badan, belilah baju yang bersaiz M, meskipun anda tahu saiz semasa korang adalah XXXL.
    4. Model-model
      Buat lelaki, sila tampal poster John Cenna atau Christiano Ronaldo yang tidak berbaju pada dinding bilik. Buat yang perempuan pula, boleh tampal poster pin-up Miranda Kerr atau Diana Danielle yang diambil dari majalah. Tataplah poster model-model ni setiap hari tanpa rasa jemu!
      1. …one of Kevin’s pictures when he was still modeling, oh so long time ago…
    5. Kawan baru
      Tidak dinafikan, pergaulan bersama mereka yang mempunyai gaya hidup berorientasikan gaya hidup sihat amat membantu dalam mengekalkan motivasi anda sepanjang menjalani program diet yang berkenaan. Mereka yang tergolong dalam komuniti ini pasti ada sahaja perkara atau aktiviti ‘outdoor’ baru yang akan dibuat pada setiap hujung minggu. Dengan menyertai gym, peluang anda untuk bertemu kawan baru dan masuk ke dalam komuniti seperti ini akan menjadi semakin cerah.
    6. Pencapaian anda sendiri
      Tiada apa yang mampu mengembirakan anda melainkan apabila bacaan jarum penimbang itu berubah dari kedudukan asal dan menghampiri ke angka berat yang diingini. Ini pasti akan membuatkan diri anda lebih bersemangat untuk meneruskan program diet.
    7. Bayangan masa hadapan
      Lihat diri anda di hadapan cermin, dan ambil gambar seminggu sekali. Setelah beberapa minggu, bandingkan diri anda dari minggu pertama hingga minggu yang terkini. Ada perubahan? lebih bersemangat? dapat lebih motivasi? Kemudian, dengan imaginasi yang tak seberapa, buatlah bayangan rupa anda setelah matlamat anda akan tercapai kelak. Ada seperti Hrithik Roshan atau Salman Khan tak?
    8. ‘Self-Reward Day’ atau ‘Cheat day’
      Tak salah kalau dalam tempoh 2 minggu, anda sediakan SATU HARI yang dikenali sebagai ‘self-reward day’ atau ‘cheating day’ – yakni anda boleh makan apa sahaja yang anda nak, dengan syarat jangan menyeksa diri sehingga rasa kenyang yang melampau. Nikmat makan aiskrim, KFC, pizza, char kuey teow, buntut ayam panggang, dan segala jenis makanan yang berkalori tinggi, 2 minggu sekali, adalah sangat LUAR BIASA berbanding dimakan hari-hari.
    9. Berasa semakin sihat
      Pasti terdapat banyak perbezaan setelah berat badan anda berada di tahap idle/normal, berbanding ketika anda memiliki berat badan sebelumnya, terutama dari segi kepantasan pergerakan, kelincahan dan stamina. Berada pada tahap normal bererti badan anda akan lebih dinamik ketika bergerak, tanpa sebarang halangan dalaman seperti semput atau mengah. Ini lah yang dimaksudkan dengan sihat.

    Tips Diet Awet Muda

    Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.
    Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.
    Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.
    Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.

    1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?

    Anda mungkin memerlukan lebih vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
    Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

    2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?

    Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
    Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

    3. Anda selalu dan mudah terlupa?

    Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
    Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.
    Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.

    4. Tekanan darah anda semakin meningkat?

    Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.
    Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.
    Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
    Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.