nuffnang

LIKE ME

Monday, 15 October 2012

PERMAKANAN UNTUK TULANG RAPUH

Untuk menghasilkan tulang yang sihat dan kuat,anda memerlukan dua nutrisi utama iaitu kalsium dan vitamin D selain magnesium dan vitamin K.Kalsium berperanan menjaga,membentuk struktur tulang dan gigi,sedangkan vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan pertumbuhan tulang.Kekurangan nutrisi ini boleh menyebabkan anda berisiko tinggi menghidap osteoporosis.Orang dewasa hingga usia 50 tahun memerlukan 1000 mg kalsium dan 200 internasional unit(IU) vitamin D sehari.Terdapat sumber-sumber makanan yang boleh membantu anda mencegah masalah kerapuhan tulang.

SUSU







Susu bukanlah sumber kalsium asing lagi untuk kepentingan tulang yang terbaik.Sekitar 8 aun susu mengandungi sekitar 1/3 dari keperluan seharian.Banyak juga susu yang mengandungi vitamin K,iaitu nutrisi lain yang juga penting untuk kesihatan tulang.Jika anda bukan penggemar susu atau tidak'serasi' dengan laktosa,cuba beralih ke susu yang tidak mengandungi laktosa. 


YOGURT

 Yogurt adalah sumber yang paling baik untuk kalsium.Banyak produk yang mengandungi sekitar 40% dari kalsium harian yang diperlukan tubuh.Sebaiknya makan yogurt rendah atau bebas lemak .Lebih baik jika yogurt dijadikan sebagai sarapan pagi,snek ketika lapar atau pencuci mulut yang sihat seperti salaad buah dengan yogurt madu.


BROKOLI

  Brokoli mengandungi kalsium dan vitamin K dalam jumlah yang cukup tinggi dan ia baik untuk kesihatan tulang serta mencegah osteoporosis.Kebanyakkan tiada masalah untuk menjadikannya sebagai salah satu menu dalam permakanan harian.Sebaiknya,ia dibakar atau dikukus untuk jangka masanpendek sahaja supaya khasiatnya tidak hilang.


TAUHU

  Sumber kalsium selain susu adalah tauhu.Setengah bahagian tauhu mengandungi kalsium sekitar 20% dari keperluan kalsium harian.Namun tidak semua tauhu atau tofu mengandungi kalsium yang baik.Jadi perhatikan label kandungan untuk memastikan sama ada ia mengandungi sumber kalsium yang baik atau tidak.Selain kalsium,tofu juga merupakan protein yang bagus.


SALMON

 Vitamin D membantu daya serap kalsium.Terdapat kajian menunjukkan seseorang yang mempunyai kandungan vitamin D rendah,kepadatan tulangnya adalah rendah.Mereka juga cenderung mengalami tulang rapuh seiring bertambahnya umur.Vitamin D boleh didapati didalam makanan tertentu saja seperti salmn atau minyak ikan kod.Salmon adalah salah satu sumber terbaik dari vitamin D.Sekitar 3.5 aun mengandungi sekitar 90% dari keperluan harian kita terhadap vitamin D.Selain itu salmon juga merupakan sumber protein dan lemak omega-3 yang bak untuk jantung.

KEJU CHEDDAR

  Dengan mengurangi sekitar 1.5 aun kadar lemak,keju cheddar dapat memenuhi sekitar 30% daripada keperluan kalsium harian.Tambahkan keju ini didalam sandwich,salad atau nikmati sebagai snek dengan biskut.

KEKACANG

Magnesium memiliki banyak fungsi bagi tubuh.Satunya ialah menjadikan tulang tetap kuat kerana 50% dari magnesium terdapat didalam tulang.Sumber ini boleh didapati didalam kekacang seperti badam dan soya.

SAYURAN HIJAU


  Vitamin K mempunyai pelbagai fungsi untuk badan.Hasil kajian mendapati nutrisi ini sangat penting untuk kesihatan tulang.Ia membantu mencegah penyerapan kembali dan penyerapan makanan secukupnya dan khasiat Vitamin K dapat diperoleh dengan banyak di dalam sayur-sayuran hijau.


BAYAM



  Memakan pelbagai jenis  makanan membantu sumber magnesium masuk ke tubuh secukupnya.Wanita berumur 30 tahun ke atas memerlukan sekitar 320 mg magnesium setiap hari,sedangkan lelaki memerlukan 400 mg hingga 420 mg.Jumlah tersebut mudah didapati di dalam sayuran berwarna seperti bayam...




Saturday, 13 October 2012

Lebih mudah singkir lemak

PUAS keluar masuk gimnasium untuk bersenam bagi mendapatkan tubuh sihat dan ‘kemas’ tetapi lemak di bahagian tertentu tubuh masih belum susut.
Apabila dipicit, bahagian tubuh yang berlemak boleh ditarik dan lembik. Hendak bergaya pun semacam tidak kena kerana bonjolan lemak degil boleh dilihat dengan jelas terutama ketika memakai pakaian daripada fabrik lembut. Situasi itu biasa dialami terutama wanita pertengahan usia mahupun yang pernah melahirkan anak. Pemakanan dan gaya hidup tidak terkawal antara punca ramai wanita berdepan masalah lebihan lemak atau berat badan berlebihan. Lemak degil sukar dihapuskan dengan hanya melakukan senaman menyebabkan mereka mencari kaedah lain mengatasi masalah itu.
Beku lemak atau ‘CoolSculpting’ antara pilihan penyelesaian yang cepat untuk pengguna melangsingkan badan dengan serta-merta. Ia teknologi baru yang menyingkirkan lemak degil daripada tubuh melalui proses penyejukan. Kaedah ini diperkenalkan di Harvard, Amerika Syarikat (AS) pada 2005. Di Malaysia, diedarkan oleh NeoAsia, ia mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan mula digunakan sejak 2010.
Ahli Dermatologi Kosmetik Klinik Face Factors, Dr Anjalee Mohandas Nair berkata, CoolSculpting kaedah yang mudah dan tidak invasif untuk mengurangkan atau menghapuskan sel lemak. Individu yang menjalani prosedur ini tidak perlu menjalani pembedahan - tiada jarum, pisau, diet khas atau ditahan di dalam wad serta tiada parut. Cuma 15 minit pertama pelanggan merasa sedikit tidak selesa dan dinasihatkan tidak banyak bergerak. Selepas itu, pelbagai aktiviti boleh dijalankan sepanjang prosedur seperti membaca, menghadap komputer mahupun menonton televisyen.
Menurutnya, mesin teknologi itu bertindak menyejukkan lemak degil sehingga mencapai satu suhu hampir beku selama 60 minit.
Proses penyejukan menyasarkan untuk membunuh sel lemak di bawah kulit. Selepas terhablur, sel lemak yang disasarkan dalam rawatan itu akan mati dan secara semula jadi dari badan.

“CoolSculpting bukan prosedur untuk menurunkan berat badan tetapi untuk mengurangkan lemak. Tubuh menyangka sel lemak terbabit sudah mati dan akan membuang dari badan melalui limpa. “Buah pinggang akan memprosesnya dan disingkirkan dari tubuh sebagai bahan buang seperti air kencing dan najis,” katanya.
Perbezaan atau penyusutan lemak pada bahagian tubuh yang menjalani proses itu boleh dilihat dalam masa tiga hingga empat minggu. Proses penyingkiran lemak degil terus berlarutan tiga hingga empat bulan selepas itu. “Sebagai contoh, kita dilahirkan dengan 100 sel lemak. “Sebanyak 20 peratus lemak akan dibekukan menerusi kaedah ini dan mati dalam beberapa minggu dan yang tinggal cuma 80 peratus. “Proses ini mengambil masa dan kulit akan perlahan-lahan menyusutkan lemak dan kembali tegang,” katanya.
Dr Anjalee berkata, kriteria mereka yang boleh menjalani prosedur ini ialah yang menjalani gaya hidup sihat iaitu bersenam dan mengamalkan pengambilan makanan sihat tetapi masih tidak boleh menghilangkan lemak berlebihan daripada tubuh.
Prosedur ini sesuai dilakukan wanita berusia 20-an ke atas yang melahirkan anak serta individu berusia 30 hingga 50-an yang mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) di bawah 30. Ia tidak sesuai dilakukan ke atas mereka yang obesiti kerana cara pemakanan tidak baik menyebabkan hasil rawatan kurang. Satu sesi rawatan saja kadangkala sudah cukup untuk menyingkirkan lemak berlebihan daripada tubuh. Pesakit diabetes, darah tinggi atau sakit jantung boleh melakukan prosedur ini. Pesakit terbabit biasanya sukar untuk bersenam tetapi dengan menjalani kaedah ini, mereka dapat mengurangkan lemak berlebihan pada tubuh menyebabkan tubuh lebih ‘ringan’ dan memudahkan pergerakan

Toksik punca penyakit hati

MENGIKUT laporan Yayasan Hati Malaysia (MLF) tahun lalu, dianggarkan 2.5 juta penduduk di negara ini menderita penyakit hepatitis kronik dan jumlah itu tidak termasuk penyakit hati serius seperti jaundis serta sirosis hati (parut pada hati) akibat pengambilan alkohol.
Kombinasi makanan tidak berkhasiat, merokok, pengambilan alkohol, minuman berkarbonat, makanan dengan pewarna, pengawet dan racun perosak memberi kesan kepada organ yang bertanggungjawab menyingkirkan toksik dalam tubuh, menyebabkan seseorang itu terdedah kepada penyakit hati pada usia muda.
Wanita lebih terdedah penyakit hati sekalipun menjalani gaya hidup sihat tanpa mengambil alkohol dan merokok. Alat solek, barangan penjagaan diri dan rambut mungkin memberi kesan kepada sistem hormon kerana pelbagai jenis toksik daripada barangan berkenaan mudah menyerap melalui kulit.
Tambahan pula, wanita sering terdedah kepada produk pembersihan rumah yang mengandungi lebih 30 toksik dan bahan kimia yang menghakis, sesetengah daripadanya berbau harum yang memberi tanggapan salah bahawa ia bersih dan segar.
Antara gejala kemerosotan hati ialah gangguan sistem imun yang kerap menyebabkan penyakit yang memberi tekanan kepada tubuh dan boleh menyebabkan cepat tua, letih, mengantuk dan kurang daya tumpuan, kemurungan dan perubahan emosi, jerawat badan, cela pada kulit wajah, lingkaran gelap dan bengkak merah pada mata, peluh berlebihan dan badan berbau, masalah pencernaan, pedih hulu hati, kembung dan sembelit serta kurang toleransi terhadap makanan berlemak dan alkohol.
Pengarah Origine Sdn Bhd, Shailesh Waran berkata, mereka yang terdedah kepada penyakit hati disebabkan gaya hidup moden wajar mencari perubatan alternatif seperti Ayurveda iaitu kaedah perubatan tradisional India yang berasaskan herba, tidak mengandungi bahan sintetik, menjalani kajian klinikal serta digunakan oleh syarikat Barat

Sebagai sokongan kepada perubatan moden, ia pilihan yang berpatutan ketika kos perubatan yang semakin meningkat.

Menurutnya, suplemen Ayurveda yang berasaskan herba, Kamilari yang diperkenalkan bagi membantu mencegah kerosakan hati, terbukti secara klinikal membantu merawat dan melindungi daripada serangan penyakit berkenaan.
“Sejak 1960, Kamilari berjaya membantu merawat mereka yang menderita pelbagai tahap penyakit hati seperti sirosis hati akibat pengambilan alkohol, hepatitis dan jaundis,” katanya.
Shailesh berkata, suplemen itu terbukti secara klinikal sebagai anti toksik hati, berupaya membantu mencegah kerosakan hati, selamat digunakan dan tiada kesan sampingan.
“Kamilari membantu meningkatkan sistem imun. Ia disyorkan kepada individu yang mengidap masalah hati berlemak, mereka yang mengambil minuman beralkohol, sirosis hati, jaundis dan hepatitis,” katanya.
Kamilari yang dilancarkan baru-baru ini, mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan bahagian kawalan ubatan India. Ia boleh didapati di farmasi terpilih di Kuala Lumpur.

Leukemia di kalangan kanak-kanak

Apakah leukemia?

Leukemia ialah sejenis barah yang membabitkan sel darah putih. Sel darah merah, putih dan pembeku terbentuk dalam sum-sum tulang, terutama di bahagian tulang pinggul. Bayi juga mengeluarkan sel darah di bahagian tulang dada.
Sel yang dikeluarkan tidak matang dan melalui proses pematangan di dalam sum-sum tulang sebelum dikeluarkan ke salur darah. Dalam kes leukemia, sel
darah putih tidak normal dan tidak melalui proses kematangan seperti biasa.

Bilangan sel darah putih juga sangat banyak dan ini mengganggu bilangan sel darah merah dan sel pembeku. Akibatnya, sel darah merah berkurangan, menyebabkan pucat dan sel pembeku juga berkurangan, menyebabkan mudah lebam.
Sel leukemia juga boleh menyebabkan hati dan limpa bengkak.


Bagaimana leukemia dikesan?

Doktor akan mengesyaki leukemia berdasarkan sejarah pesakit. Gejala leukemia termasuk demam berpanjangan bersama letih, pucat dan mudah lebam-lebam.

Sesetengah kanak-kanak mengalami gusi bengkak dan berdarah. Perut mereka juga bengkak disebabkan hati dan limpa yang bengkak.

Ujian darah akan menunjukkan bilangan sel darah putih tidak matang yang tinggi. Sum-sum tulang juga diambil untuk diuji. Sampel sum-sum tulang akan menunjukkan sel ‘blast’ (kecederaan serius tisu lembut) yang tinggi.

Ujian sum-sum tulang perlu dibuat untuk membuat diagnosis leukemia. Selain itu, sampel air tulang belakang diambil untuk diperiksa sama ada wujud sel leukemia di dalam otak. Ini juga perlu dibuat.


Jenis-jenis leukemia

Leukemia boleh dibahagikan kepada akut dan kronik. Leukemia akut dan kronik pula dibahagikan kepada lymphoblastic dan myeloid.

Kanak-kanak biasanya diserang leukemia akut lymphoblastic (Acute Lym- phoblastic Leukaemia atau ALL). Ada juga yang mengalami leukemia akut myeloid (acute myeloid leukaemia). Rawatan leukemia berbeza bergantung kepada jenis leukemia dialami.


Rawatan leukemia

Jenis rawatan leukemia ialah kemoterapi, di mana ubat-ubatan tertentu diberi melalui suntikan, infusi dan juga bentuk pil, dan radioterapi di mana sinaran diberi pada bahagian kepala untuk membunuh sel leukemia di dalam otak.

Rawatan diberi mengikut jadual. Darah dan sampel air tulang belakang diperiksa pada masa tertentu untuk memastikan tiada sel leukemia yang menular.

Adalah penting untuk mengikuti jadual dan mengambil ubat seperti diberi supaya sel leukemia tidak diberi peluang untuk membiak lagi.


Peluang untuk sembuh

Ramai menganggap leukemia sebagai hukuman maut. Sebenarnya, ramai kanak-kanak yang menghidapi leukemia sembuh dan menjalani kehidupan normal. Bagaimanapun, mereka perlu menjalani rawatan tahunan selepas sembuh untuk dipantau.

Ramai juga ibu bapa didesak oleh kawan atau saudara mara supaya tidak membenarkan anak mereka menjalani rawatan kemoterapi kerana ia toksik.

Ini kepercayaan berbahaya kerana tanpa kemoterapi, tiada peluang untuk sembuh. Rawatan juga perlu dimulakan secepat mungkin. Jika ada kemusykilan, elok berbincang dengan doktor pakar yang merawat anak.

ADVERTORIAL: Menjaga tulang sihat

pix_middle

YASMIN sentiasa pastikan dia melakukan senaman secukupnya dan mengambil makanan yang sihat untuk mencegah penyakit yang mengancam nyawa seperti kanser atau penyakit jantung.
“Saya hendak lihat anak-anak membesar menjadi seorang dewasa yang gembira,” katanya yang mahu mengecap kebahagiaan bersama ahli keluarga.
Semasa Yasmin tergelincir ketika mengangkat kotak fail di pejabat, ketika itulah dia mengetahui dirinya tidak cukup prihatin.

“Doktor memberitahu tulang pergelangan tangan saya retak. Ia tidak sepatutnya retak pada usia seperti saya. Saat itu saya sedar berdepan dengan risiko mengalami osteoporosis pada usia muda,” kata wanita berusia 35 tahun ini.


Osteoporosis adalah penyakit yang tidak disedari. Ia menyebabkan kemerosotan pada tulang dan sedikit demi sedikit akan membuatkan keadaannya semakin lemah serta rapuh.

Memandangkan satu daripada tanda paling mudah untuk dikesan ialah tulang rapuh, seseorang itu hanya akan sedar mereka mengalami osteoporosis apabila tulang mereka patah.

Bagi mereka yang berusia 50 tahun ke atas, seorang daripada tiga wanita akan mengalami masalah itu berbanding lelaki iaitu seorang daripada lima orang yang menderita kerana osteoporosis.

“Tetapi saya masih muda. Doktor memberitahu, saya masih boleh mencegah osteoporosis dan sejak itu saya mula memastikan tulang sentiasa kuat dan sihat,” jelas Yasmin.

Situasi yang dialami Yasmin menunjukkan kita seharusnya mengambil berat mengenai kesihatan dan keadaan tulang untuk memastikan kesejahteraan dalam kehidupan yang berterusan.

Menjaga tulang sihat

Bagaimana kita harus menjaga tulang agar kuat dan sihat? Tulang ialah tisu hidup yang bertindak menerusi senaman dan pemakanan untuk menjadi lebih kuat.

Anda tahu yang otot akan menjadi lebih besar dan kuat apabila sering menggunakannya, begitu juga dengan tulang. Tulang akan menjadi lebih kuat dan padat apabila kita memastikan ia bekerja dan membekalkan nutrien yang betul.

Bagi tulang, ‘bekerja’ bermakna mengendali impak, berat badan atau lebih banyak rintangan. Terdapat dua jenis senaman yang penting untuk membina dan mengekalkan ketumpatan tulang iaitu senaman bebanan dan latihan pengukuhan otot.

Senaman bebanan

Senaman ini merangkumi aktiviti yang membuatkan anda bergerak menentang graviti ketika berdiri tegak. Senaman bebanan terbahagi kepada dua jenis iaitu berimpak tinggi dan rendah.

Senaman ini direka untuk dilakukan bersama-sama dengan program senaman bebanan. Ia tidak menggantikan keperluan untuk berjalan atau senaman bebanan lain.

Senaman bebanan berimpak tinggi membantu membina tulang dan mengekalkan kekuatannya. Contoh senaman bebanan berimpak tinggi seperti menari, aerobik berimpak tinggi, mendaki, joging atau berlari, melompat tali, menaiki tangga dan bermain tenis.

Senaman bebanan berimpak rendah juga boleh membantu memastikan kekuatan tulang dan lebih selamat bagi mereka yang tidak boleh melakukan senaman berimpak tinggi.

Sekiranya anda tidak boleh melakukan aktiviti senaman bebanan berimpak tinggi, cuba lakukan dengan menggunakan mesin latihan elips, membuat aerobik impak rendah, menggunakan mesin memijak tangga dan berjalan pantas di atas treadmill atau di luar.

Makanan sihat untuk hidup sihat

Ramai mengetahui kalsium dan vitamin D sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat. Tetapi kebanyakan orang tidak mengetahui bahawa kita kehilangan kalsium setiap hari apabila berpeluh atau pergi ke tandas.

Bagaimanapun, badan tidak dapat menghasilkan kalsium. Justeru, penting bagi kita membekalkan nutrisi kepada tulang.

Antara sumber baik kalsium ialah makanan daripada kalsium tinggi seperti susu dan hasil tenusu, beberapa jenis sayur-sayuran hijau dan ikan.

Hasil tenusu ialah susu rendah lemak yang mengandungi kalsium tinggi seperti Anlene, yogurt dan keju.

Sekiranya anda suka jenis makanan ini, ia antara cara mudah memperoleh kalsium yang mencukupi untuk kesihatan tulang.

Penting untuk mendapatkan kalsium yang secukupnya daripada makanan yang anda makan. Apabila makanan tidak mengandungi kalsium secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang anda.

Ikan sardin dan salmon (dengan tulang) dalam tin adalah antara cara yang baik untuk mendapatkan kalsium. Anda juga boleh mendapat kalsium dengan mengambil udang dalam tin.

Selain itu, ikan berlemak seperti salmon, kembung, tuna dan sardin juga adalah sumber untuk mendapatkan vitamin D.

Beberapa kajian mengaitkan pengambilan buah dan sayur yang banyak dapat memberikan kesihatan kepada tulang mereka dengan lebih baik.

Disebabkan sumber buah dan sayur menggalakkan tulang yang sihat masih belum jelas, sesetengah saintis percaya ia sebenarnya mengandungi nutrien tertentu yang penting untuk tulang.

Bagi membantu mengekalkan kesihatan tulang, kurangkan pengambilan minuman beralkohol dan mengandungi kafein. Pengambilan minuman beralkohol yang banyak boleh mengakibatkan kehilangan jisim tulang.

Mereka yang minum terlalu banyak alkohol tidak mendapat kalsium secukupnya dan kemungkinan akan mengurangkan bekalan kalsium dalam badan.

Kopi dan teh juga mengandungi kafein. Kafein akan mengurangkan sedikit penyerapan kalsium. Justeru, pengambilannya lebih daripada tiga cawan kopi setiap hari boleh membahayakan kesihatan tulang.

Sekiranya anda gemar minum kopi dan teh, cara untuk membantu menggantikan semula kehilangan kalsium adalah dengan mendapatkan kalsium secukupnya daripada sumber terbaik bagi memenuhi keperluan badan.
 

Penyebab strok, sakit jantung

pix_middle

PERIKSA... selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.
PERIKSA... selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.
GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.
Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok.
Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu.

Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.


Ada dua jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung / bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).

Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80 dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi.

Emosi mempengaruhi tekanan darah iaitu meningkat ketika perasaan gemuruh, tertekan dan sedih, manakala tekanan darah turun ketika kita dalam keadaan tenang dan santai.

Walaupun ada peningkatan dalam penyediaan rawatan di kalangan mereka yang didiagnosis, kadar kawalan adalah rendah.

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan, di kalangan pesakit tekanan darah tinggi diberi rawatan ubatan, hanya 26 peratus daripada mereka mencapai sasaran tekanan darah normal.

Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Prof Datuk Dr Azhari Rosman berkata, ada dua bentuk tekanan darah tinggi iaitu primer dan sekunder.

Tekanan darah tinggi primer yang sukar dikenal pasti puncanya membabitkan lebih 90 peratus kes manakala tekanan darah tinggi sekunder yang diketahui puncanya, membabitkan lebih 10 peratus kes.

Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder seperti masalah buah pinggang, penyakit salur darah dan gangguan hormon.


Punca, kejadian dan faktor risiko

Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:

  • Kandungan air dan garam di dalam badan
  • Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
  • Tahap hormon badan yang berbeza


    Risiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:

  • Obes
  • Sering tertekan atau cemas
  • Minum alkohol terlalu banyak
  • Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
  • Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
  • Menghidap diabetes
  • Merokok


    Pilihan rawatan

    Beberapa jenis rawatan diguna untuk merawat tekanan darah tinggi, termasuk:

  • Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors
  • Angiotensin receptor blocker
  • Diuretik
  • Beta-blockers
  • Calcium channel blockers
  • Alpha-blockers
  • Alpha-agonists
  • Renin inhibitors
  • Gabungan ubatan

    Rawatan tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanya mengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat, lemak dan makanan berkalori tinggi dan senaman.

    Selain itu, hentikan tabiat merokok agar tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.

    Diuretik sering disyorkan sebagai terapi utama bagi kebanyakan pengidap hipertensi.

    Bagaimanapun, rawatan selain diuretik mungkin ditetapkan sebagai terapi pertama jika pesakit mempunyai masalah perubatan tertentu.

    Sebagai contoh, perencat ACE sering menjadi pilihan untuk pesakit diabetes.
    Jika satu daripada ubat tidak berkesan atau tidak dipersetujui, jenis ubat lain boleh didapati.

    Jika bacaan tekanan darah 20/10 mata lebih tinggi daripada sepatutnya, doktor mungkin mempertimbangkan untuk memulakan rawatan dengan dua ubat atau gabungan ubat.


    Gabungan terapi

    Garis panduan hipertensi mengesyorkan penggunaan ubat gabungan yang mempunyai mekanisme pelengkap tindakan berkesan mencapai matlamat tekanan darah.

    Tekanan darah sering tidak dapat dikawal oleh rawatan dengan agen antihipertensi tunggal.

    Terapi kombinasi umumnya menghasilkan pengurangan tekanan darah yang lebih besar dan boleh mencapai kawalan dalam melebihi 75 peratus.

    Pfizer Malaysia melancarkan rawatan baru untuk hipertensi iaitu kombinasi ubatan terapi daripada dua bahan aktif untuk memerangi penyakit itu.

    Gabungan Amlodipine Besylate dan Olmesartan Medoxomil menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan terapi hipertensi untuk menurunkan tekanan darah dalam lapan minggu berbanding monoterapi.
     
  • Bijirin pelangsing

    BERAS PERANG

    BUKAN hanya warna membezakan beras ini dengan beras biasa. Walaupun beras yang berwarna coklat pudar ini jarang dimakan dalam diet masyarakat Malaysia, tetapi hakikatnya khasiat beras perang jauh mengatasi beras putih yang sudah menjadi menu ruji harian kebanyakan kita.
    Adakah kerana warnanya, beras perang diklasifikasikan sebagai salah satu beras paling sihat? Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.
    Menurut jurucakap syarikat beras Serba Wangi, P. Kamalanathan, beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih.
    “Beras yang dituai, dikupas kulitnya dan diselaputi lapisan dedak yang kaya dengan zat bermanfaat.
    “Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.
    “Sedangkan untuk menghasilkan beras perang, lapisan ini dijaga dengan teliti. Malah ia melalui sistem teknologi khas untuk mengelakkan pengeringan padi memusnahkan khasiat penting yang terkandung dalam lapisan dedak dan embrio padi, katanya.
    Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.
    Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
    Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.
    “Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
    “Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.
    “Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.
    Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.