nuffnang

LIKE ME

Thursday, 19 July 2012

Uji Kekuatan Otot

Uji Kekuatan Otot
Pergerakan - pergerakan yang RAPI kongsikan kali ini mungkin kelihatan mudah namun sebenarnya ia memerlukan sedikit kekuatan pada otot-otot badan ketika melakukannya. Bagi yang baru memulakan senaman ini, lakukan mengikut kemampuan anda. Mungkin agak sukar pada mulanya tetapi jika diamalkan secara konsisten, badan langsing serta otot-otot badan yang mantap pasti menjadi milik anda.

1 Abs Crunch

Baring dengan selesa. Bengkokkan lutut manakala kaki dibuka sedikit. Pacakkan tumit sebagai penyokong badan. Dagu dan dada dijarakkan sedikit. Letakkan tapak tangan di belakang kepala sebagai penyokong. Semasa bahagian atas badan dinaikkan, cuba angkat sedikit bahagian punggung untuk hasil yang lebih berkesan. lakukan gerakan ini beberapa kali mengikut kemampuan. Bernafas seperti biasa. (angkat badan buang nafas, jatuh badan-tarik nafas.)

2 Reverse Crunch

Baring dan luruskan badan. letakkan tangan di sisi atau di bawah bahagian punggung sebagai sokongan. angkat kaki tegak ke atas 90 darjah. Turunkan kaki perlahan dalam kiraan 8 saat tanpa mencecah lantai. Ulang 8 kali sebanyak 4 set.

3 Toe Reach

Baring dan luruskan badan. lunjurkan tangan melebihi kedudukan kepala. angkat kaki tegak ke atas 90 darjah. angkat tangan untuk cuba capai kedudukan hujung kaki dan kemudian jatuhkan semula tangan pada kedudukan asal. Ulang 8 kali sebanyak 4 set.

4 Outside Leg Lift (Outer Thigh)

Baring mengiring, sokong bahagian kepala dengan tangan. Bengkokkan sedikit kaki bawah dan luruskan kaki atas.

5 Outside Leg Lift

Gunakan tumit sebagai tumpuan untuk menetapkan kedudukan kaki supaya sentiasa lurus. Angkat kaki ke atas dan kemudian turunkan semula perlahan-lahan tanpa mencecah lantai.

6 Inside Leg Lift (Inner Thigh)

Dalam kedudukan mengiring, angkat badan dan sokong dengan tangan dan kaki. Kaki bahagian atas dibengkokkan. Angkat kaki bahagian bawah setinggi yang boleh kemudian jatuhkan semula tanpa mencecah lantai. Ulang beberapa kali mengikut kemampuan.

7 Waist Crunch

Dalam kedudukan merangkak, angkat sebelah kaki dan tangan. Luruskan kedua-dua anggota tersebut, perlahan-lahan bawa lutut yang dibengkokkan menghampiri siku yang turut dibengkokkan. Kemudian luruskan kembali. Ulang 8 kali sebanyak 4 set. Tukar ke bahagian bertentangan pula.

Pelajari Tip Solekan Sempurna

Pelajari Tip Solekan Sempurna

Setiap wanita mempunyai keinginan untuk tampil cantik. Biarpun selalu disebut bahawa cantik adalah sesuatu yang subjektif, hakikat bahawa solekan membantu seseorang tampil anggun tidak boleh diketepikan. Kuasa solekan dikatakan mampu membuatkan wajah kusam dan lesu bertukar menjadi jelita, sekali gus meningkatkan keyakinan diri.
Solekan sering tidak menjadi? Tidak mulus seperti model-model dan bintang terkenal? Mungkin anda kurang arif mengenai tip-tip berkesan dan asas dalam solekan. Anda perlu mengikuti langkahlangkah betul untuk memastikan tiada cela yang kelihatan atau lebih teruk jika anda kelihatan seperti badut selepas mengenakan solekan. Perhatikan tip- tip berikut.
1. Aplikasi Bedak Secara Sempurna
Agar kulit wajah terlihat mulus, gunakan pelembap berasaskan air sebelum menggunakan bedak asas. Tentukan ketebalan bedak yang inginkan. Untuk solekan ke parti, ia biasanya sedikit tebal. Gunakan span yang diaplikasikan dengan cara ditepuktepuk lembut pada wajah dan diakhiri dengan loose powder.
2. Lindungi Noda Pada Wajah
Concealer berfungsi untuk menutup bekas jerawat atau noda pada wajah. Warna concealer harus sama dengan warna bedak agar wajah tidak kelihatan terlihat bertompoktompok. Concealer cair merupakan jenis yang paling mudah digunakan dan dapat menutup cela secara rata. Jika anda menggunakan concealer berbentuk stik, caranya adalah dengan mengoleskannya terlebih dahulu pada jari manis dan calitkan pada wajah. Ia akan menutup dengan lebih halus daripada terus mengoleskannya pada wajah.
3. Alis Rapi dan Natural
Sebelum dirias, rapikan bentuk alis agar tidak berserabut. Untuk mendapatkan bentuk alis sempurna gunakan pensil kening untuk membentuk. Gunakan pensil yang hujungnya runcing dan lembut. Jangan
ditekan agar hasilnya tidak terlalu tebal. Sikat kening dan jika mahu anda boleh semburkan sedikit hair spray pada sikat kening kemudian sikat kembali.
4. Eyeliner Tahan Lama
Eyeliner biasanya digunakan untuk menyerlahkan bentuk mata dan membuat pandangan mata kelihatan tajam. Eyeliner yang 'cair' kerana kepanasan atau sudah terlalu lama akan merosakkan penampilan. Untuk menjadikan eyeliner bertahan lebih lama, gunakan pelembap mata terlebih dahulu kemudian gunakan concealer. Seterusnya, gunakan eyeliner berbentuk pensil dan dilapis dengan eyeliner cair untuk mendapatkan warna yang lebih menyerlah.
5. Mata Sepet Lebih Besar
Untuk mendapatkan kesan mata lebih besar, gunakan scotch tape untuk kesan lipatan pada mata dan aplikasikan warna-warna gelap pada mata. Gunakan eye shadow warna hitam, kelabu, coklat atau ungu gelap kerana ia merupakan pilihan yang tepat. Sebagai pelengkap, gunakan bulu mata palsu dengan bulu yang tipis

Wednesday, 18 July 2012

KOLEKSI NAK WAT RAYA

 
 

 


Fesyen oh Fesyen ,Muslimah raya 2

GAYA

Seri di Aidilfitri



Serikan gaya hijab anda dengan pelbagai pilihan shwal yang penuh warna warni. Selain ikatan yang menawan gaya yang mempesona pastinya menambat hati keluarga, rakan dan teman. Suasana ziarah menziarahi pastinya semakin meriah.






Variasi gaya selendang
Selendang dengan saiz yang lebih lebar dan besar mempunyai kelebihan untuk dipelbagaikan gaya lilitannya. Hanya dengan gaya polos kombinasi corak atau rona indah bagaikan pelangi, lilitkan dengan penuh kreatif kerana kelebaran selendang ini mampu memberi 1001 gaya indah. Apa yang penting ialah anda perlu berani berkreatif dalam gaya tersendiri.



Bawal tetap menarik
Tudung bawal mempunyai penggemarnya apatah lagi dengan variasi yang ditampilkan seperti dwiwarna sulaman tangan serta tradisi bawal yang sejuk dipakai membuatkan ia kekal sehingga kini. Cara pemakaiannya juga tidaklah sesukar manapun kerana dengan beberapa langkah mudah, anda tampil cantik di hari raya.

TIP CANTIKLupakan inner’&‘legging’

Apabila melalui proses penghijrahan penampilan dengan menutup
aurat dengan betul dan sempurna akan datang satu rasa aman
dalamdiri anda. Percayalah dan setiap kali hendak berpakaian 
niatlahdi dalam hati mohon diperelokkan perlakuan dan 
dianugerahkan tubuhbadan yang sihat. Apabila mental dan fizikal 
di dalam keadaan yang baik dapatlah kita memberi manfaat pada 
diri sendiri dan sesiapa saja yang berurusan dengan kita.Juga
sentiasa beringat penghijrahan ini juga dicetuskan ALLAH di 
dalamhati danminda kita dan segala apa yang bakal 
berlaku adalah kerana ALLAH. Ini saturahmat kerana terpanggil
untuk berubah kepada yang lebih baik.

Batas susila harus dijaga

Perubahan penampilan juga harus menyusul kepada penjagaan
batas susila dalam pergaulan. Tidak kira siapa yang kita bertemu
namun kita harus tahu di mana garis pemisah dalam adab 
pergaulan dengan kaum keluarga dan sebaliknya. Kekangan 
persahabatan antara laki-laki dan perempuan harus berbeza 
walaupun dalam keluarga sendiri.Begitu juga etiket pergaulan 
antara pekerja laki-laki dan perempuan apabila bekerja semasa
di pejabat atau dalam aktiviti riadah dan sukan.
Hijrah penampilan diri termasuk memperbaiki diri daripada aspek
rohani dan cantik sekali jika dapat dimulakan dengan adab
berkomunikasi.
Jika lazimnya gemar bercakap mengikut sedap mulut kini perlu
berubah.Pilihlah perbendaharaan kata yang tertib dan lembut jika 
ingin memberi pandangan atau membuat sebarang keterangan
semasa bekerja atau sebaliknya. Hanya berkomunikasi secara lisan
dan jika perlu berkomunikasi secara bukan lisan tunjukkan aksi 
yang positif sahaja.Aksi dan memek muka yang negatif itu boleh
dinyahkan daripada imej baru yang dituntut islam.Muslimah dalam 
erti kata sebenar harus menjadi contoh kepada semua terutama 
kepada semua wanita tidak kira bangsa atau agama. Contohi cara 
pergaulan dalam cerita wanita-wanita islam 
tersohor dalam sejarah islam. Cara dan adab mereka bergaul boleh 
dijadikan teladan dalam cara kita bercampur dalam keluarga dan
masyarakat. Jangan risau dengan label mundur, kolot dan tidak
terkini dalam berfesyen.

Patuhi Syariah

disiplinkan diri dengan mencari pakaian yang patuh syariah bermakna
berlengan panjang, berpotongan longgar dan labuh menutup pinggul
dan juga p angkal paha. semaikan sifat hanya ingin cantik untuk
Allah dan acap kali ingin membeli belah pastikan pilihan pakaian itu
menurut syariat menutup aurat yang dianjurkan islam. Tanamkan
semangat untuk menutup aurat dengan betul dengan membeli
baju mesti labuh sehingga pertengahan paha! ingin tampil dengan
fesyen

Muslimah sopan dan jika ini tercapai pasti penampilan kelihatan lebih
anggun. ingat dan fokus pada penampilan yang betul. Elakkan
pemakaian extender, tukarkan pemakaian kemeja dan kemeja tee 
yang berlengan pendek, ketat dan senteng. ingat kulit tutup betul
tetapi bentuk lengan,tubuh badan dan seluruh anggota tubuh yang 
lain masih kelihatan bentuknya. Begitu juga dengan seluar ketat dan
bercawat pendek.Jika teringin sangat pakailah di bawah abaya atau 
jubah. dengan adanya disiplin dalam diri ini, maka bolehlah lupuskan 
‘inner’ dan ‘lengging’yang ada dalam koleksi anda.


Virus Hepatitis C Jarang Ditemui Tapi Berbahaya


Jika minggu lalu, Klinik Lelaki memaparkan tentang Hepatitis B yang menjadi pembunuh senyap dan meragut banyak nyawa, kali ini sempena dengan Hari Hepatitis Sedunia yang berlangsung pada bulan Julai ini, dipaparkan pula satu lagi penyakit iaitu Hepatitis C yang tak kurang berbahaya.
Virus hepatitis C pula secara utamanya dijangkiti menerusi hubungan secara langsung dengan darah yang telah dijangkiti. Virus ini amat jarang ditemui berjangkit akibat cecair lain dari tubuh. Jumlah pesakit hepatitis C adalah sedikit di Malaysia berbanding hepatitis B.
Golongan Berisiko
• Pasangan hubungan seksual dengan individu dijangkiti.
• Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
• Individu yang mempunyai berbilang pasangan seks.
• Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
• Penerima hasil atau produk darah sebelum tahun 1994.
• Pesakit yang menjalani rawatan hemodialisis.
• Sehingga kini belum ada vaksin untuk hepatitis C.
Gejala Hepatitis Di Malaysia
Menurut Profesor Dr. Rosmawati Mohamed, Konsultan Hepatologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya yang juga merupakan Pengerusi Penganjuran Kempen Kesedaran Sempena Hari Hepa titis Sedunia 2011 di Malaysia, di negara-negara Asia penularan virus hepatitis B lebih kerap berlaku dari ibu kepada anak sewaktu proses kelahiran pada nisbah 9:10.
“Di Malaysia dianggarkan 1 dalam 15 orang akan menghidap hepatitis kronik sama ada B atau C. Ini juga akan meningkatkan risiko masalah berkenaan menjadi sikosis atau kanser. Hakikatnya penyakit ini boleh dikategorikan sebagai ‘silent disease’.
“Individu yang menghidap hepatitis lazimnya hanya mengetahui akan penyakit yang dialami pada peringkat kronik atau setelah ia menjadi kanser peringkat empat. Mengapa saya katakan ia adalah ‘silent disease’ kerana sebenar nya ia mengambil masa di antara 30 hingga 50 tahun untuk berubah menjadi sirosis dari hari pertama jangkitan. Selama itu kebanyakan dari pesakit langsung tidak mengetahuinya atau diserang gejala yang teruk,” terang Profesor Dr. Rosmawati dengan terperinci.
Kebanyakan kes hepatitis di Malaysia juga berlaku di kalangan masyarakat Cina dan sangat rendah peratusannya di kalangan masyarakat India. Malaysia juga merupakan negara ketujuh yang mempunyai statistik penghidap hepatitis yang tinggi dan kebanyakannya berlaku di kalangan lelaki.
Selain itu Profesor Dr. Rosmawati juga turut menekankan akan kepentingan mendapat vaksinasi awal dan lakukan ujian saringan. “Rawatan yang ditawarkan sangat efektif iaitu dengan kadar 80% peluang penyembuhan jika dikesan awal. Untuk itu amat penting ujian saringan dan jangan pandang remeh soal kesihatan anda,” nasihatnya lagi.
Cara Elak Hepatitis B Dan C
Pencegahan
Dapatkan perlindungan, ketahui faktor risiko untuk hepatitis B dan C.
Diagnosis
Lakukan ujian saringan hepatitis B dan S adalah langkah bijak yang mudah dan ringkas dalam melakukan pencegahan.
Perlindungan
Dapatkan vaksinasi, dalam kes hepatitis B, ada vaksinasi untuk menjamin langkah pencegahan yang diambil lebih selamat.
Rawatan
Dalam kebanyakan kes jang kitan virus hepatitis B dan C, rawatan yang diberikan sangat efektif untuk menyembuh kan pesakit di peringkat awal.
Hari Hepatitis Sedunia
Kempen ini akan dijalankan secara besar-besaran di Malaysia bermula dari 23 Julai hingga 28 Julai 2011. Ia akan berlangsung di perkarangan pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Kempen yang mendapat kerjasama dari pelbagai pihak ini akan membawa tema ‘Know your liver, B aware, C a doctor’. Di antara aktiviti yang bakal diadakan sepanjang kempen ini adalah :
Pemeriksaan Saringan Hepatitis
• Pemberian vaksinasi hepatitis B.
• Forum kesihatan kepada umum.
• Siri ceramah dan kempen kesedaran menerusi radio dan televisyen.
• Pengedaran risalah berkenaan Hepatitis B dan C.
• Kempen kesedaran terhadap penyakit hepatitis di pejabat, kilang dan taman-taman riadah.
• Pameran fotografi .
• Kaunseling perubatan dengan pakar untuk mereka yang baru disahkan menghidap hepatitis.
• Dan pelbagai acara lain yang bakal memberikan pelbagai manfaat untuk anda.

RAHMAT KEMAAFAN


DALAM kehidupan kita, antara perkara yang sukar diamalkan ialah meminta maaf. Ini kerana, ia dihalangi oleh sifat ego dan sombong. Oleh kerana itulah, bagi sesetengah di kalangan kita, meminta maaf boleh menjatuhkan martabat dan merendahkan kedudukan seseorang itu di mata orang lain.
Bahkan, ada yang menganggap meminta maaf adalah merupakan satu langkah yang kurang bijak kerana ia seolah-olah menggambarkan kita bersalah.
Sebenarnya, pandangan dan tanggapan ini adalah tidak tepat. Meminta maaf adalah merupakan perlakuan yang sepatutnya dibudayakan. Tidak semestinya orang yang meminta maaf itu melakukan kesalahan.
Namun, bukankah Allah SWT meminta kita memohon ampun kepada-Nya? Perlakuan memohon keampunan Allah SWT ini bukannya di ketika kita melakukan dosa kepada-Nya sahaja, bahkan ia dituntut untuk dilakukan sebagai manifestasi kehambaan kita kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW telah menunjukkan kita contoh akhlak sebagai hamba iaitu memohon ampun walaupun Rasulullah SAW terpelihara daripada melakukan dosa.
Daripada Abu Hurairah RA katanya: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada 70 kali. (riwayat Al-Bukhari)
Demikian juga di antara manusia dengan manusia. Meminta maaf bukanlah semestinya kita telah melakukan kesalahan kepadanya. Akan tetapi, ia membawa maksud kasih-sayang, hormat-menghormati dan saling menghargai.
Lebih-lebih lagi, terdapat dosa yang kadang-kala tidak disedari atau diketahui oleh kita. Maka, sebagai langkah berhati-hati, meminta maaf adalah cara yang paling selamat.
Walau bagaimanapun, sebenarnya memberikan kemaafan adalah lebih sukar daripada meminta kemaafan. Lebih-lebih lagi sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan besar yang dilakukan terhadap kita.
Memang tidak dapat dinafikan, apabila terdapat orang yang melakukan kesalahan kepada kita, ia kadang-kala berat untuk dimaafkan. Ini adalah kerana, kesalahan tersebut mungkin telah mengguris perasaan kita dan kadang-kala ia menjejaskan hak dan kepentingan kita.
Kenapa kemaafan sukar diberikan walaupun kesalahan yang dilakukan terhadap kita sudah lama berlalu dan orang yang melakukannya telah lama bertaubat? Jawapannya ialah kerana kita terlalu mengikut perasaan dan emosi.
Orang yang sukar memaafkan kesalahan orang lain sebenarnya terpenjara dalam perasaan dendam dan marahnya. Sehingga banyak masa yang dibazirkan untuk melayan perasaan benci, marah dan dendam yang membelenggu diri.
Hatinya sentiasa resah disebabkan kebenciannya yang berlarutan sehingga kadang-kala menghalangnya daripada melakukan tugasan dan seterusnya mengganggu pemikiran.
Allah SWT adalah merupakan Tuhan yang bersifat ghafur iaitu Yang Maha Pengampun. Dengan maksud yang lain, Allah SWT sentiasa mengampuni dosa hamba-hamba-Nya yang melakukan kesalahan dan maksiat kepada-Nya.
Rasulullah SAW pernah bersabda, Allah SWT berfirman: Wahai Anak Adam! Selagi mana engkau merayu padaku dan mengharapkan daku, Aku ampunkan segala kesalahanmu dan Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai Anak Adam! Sekiranya dosa-dosamu memenuhi langit, kemudian engkau memohon maaf kepada-Ku, nescaya Aku maafkan dirimu serta Aku tidak pedulikannya lagi. Wahai Anak Adam! Sekiranya engkau datang kepada-Ku dengan kesalahan sepadat isi bumi, kemudian engkau menemui-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan Aku dengan yang lain, nescaya Aku datang kepadamu dengan keampunan sepenuh isi bumi pula." (riwayat al-Tirmidzi)
Malahan, Allah SWT meminta kita supaya tidak berputus-asa kepada keampunan dan rahmat-Nya, walaupun telah melakukan kesalahan berulang-kali.
Allah SWT berfirman: Katakanlah: Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (az-Zumar: 53).

KESAN PIL PERANCANG


Dalam istilah perubatan, keadaan ini dikenali sebagai post pill aAmenorrhea. Ia berlaku apabila seseorang wanita tidak datang haidnya setelah berhenti mengambil pil perancang kehamilan. Walaupun ia tidak selalu terjadi, namun keadaan ini berlaku secara signifikan, iaitu pada 0.2 hingga 3.0 peratus. Ini bermakna dalam 1,000 wanita yang mengamalkan pil perancang kehamilan, sebanyak 2-30 orang akan mengalami masalah ini. Janganlah puan runsing kerana masalah yang dialami ini agak biasa.
Apabila seseorang wanita mengambil pil perancang kehamilan, aras hormon estrogen dan progesteron dalam tubuh berada pada tahap agak tinggi. Secara tidak langsung akan menyebabkan kelenjar pituitari di otak tidak dapat berfungsi secara normal. Dalam kitaran haid wanita yang biasa, kelenjar pituitari akan mengeluarkan hormon Perangsang Folikel (Follicle Stimulating Hormone- FSH) dan hormon Peluteinan (Luteinizing Hormone- LH) yang akan merangsangkan ovari (kilang telur) menghasilkan folikel yang mengandungi ovum (benih wanita).

Folikel yang membesar ini akan mengeluarkan hormon estrogen. Apabila folikel ini matang dan pecah, ia mengeluarkan ovum. Pada masa inilah (biasanya pada pertengahan kitaran haid atau hari ke 14 kitaran haid) dinamakan ovulasi dan hormon progesteron dikeluarkan. Apabila seseorang wanita mengamalkan pengambilan pil perancang kehamilan yang mengandungi hormon estrogen dan progesteron, kedua-dua hormon ini akan berada dalam tubuh pada aras yang tinggi. Kenaikan hormon ini akan memberikan tindak balas negatif apabila kelenjar pituitari merasakan bahawa estrogen dan progesteron cukup dalam badan. Maka kelenjar pituitari tidak mengeluarkan hormon FSH dan LH yang secara tidak langsung, menghalang ovulasi berlaku. Ini akan mencegah daripada ovum dikeluarkan dan wanita itu tidak akan hamil.
Selalunya wanita mengamalkan pengambilan pil perancang kehamilan untuk jangka masa yang agak lama antara satu hingga dua tahun sementara menantikan bayi yang baru lahir membesar. Oleh kerana pengambilan yang terlalu lama ini, kesan tindak balas negatif pada kelenjar pituitari akan terus dirasakan walaupun wanita itu tidak memakan pil perancang kehamilan lagi. Ini akan menghalang ovulasi dan juga kedatangan haid.
Diagnosis dan rawatan Kebiasaannya, doktor akan memberikan diagnosis berdasarkan sejarah pesakit yang pernah mengambil pil perancang kehamilan. Pemeriksaan imbasan ultrabunyi (ultrasound) akan menunjukkan ovari yang tidak mempunyai folikel yang sedang berkembang. Dengan kata lain tiada folikel yang kelihatan.Pemeriksaan darah pula menunjukkan aras hormon FSH, LH dan estrogen berada pada aras yang amat rendah.
Kebiasaannya, doktor tidak memberikan apa-apa ubat untuk masalah ini. Jika keadaan terus berlaku selama enam bulan, barulah doktor akan memberikan ubat yang mengandungi hormon progesteron selama lebih kurang lima hari untuk mendatangkan haid. Tindakan ubat ini amat cepat, pada kebiasaannya pendarahan haid akan berlaku setelah beberapa hari cukup tempoh pengambilan pil progesteron.
Namun begitu, harus puan ketahui bahawa pendarahan haid tidak akan bermakna jika tiada pengeluaran ovum dari ovari. Ini kerana pil progesteron tidak menggalakkan perkembangan folikel di ovari.
Jadi, ubat subur (clomiphene citrate) dibekalkan untuk menggalakkan perkembangan folikel bagi proses ovulasi. Eloklah puan berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.