nuffnang
SAUNAHOME_DIVA STEAM 2016
LIKE ME
Monday, 6 January 2014
BIG DEAL PROMOTION 2014
Hot Belt + Chilli Slim Krim 300gm RM50 only
OR
Arm Shaper+Waist Trimmer+Chilli Slimming Krim 300gm+Waist Trimmer RM50 Only
OR
Fantastic BRA 3 pcs RM50 only +RM8 pos sjung / +RM10 sbh swk / +RM35 Brunei
Sunday, 8 December 2013
TATACARA BERSAUNA
Faktor permakanan,usia,kewangan,kesibukan bekerjaya,dan lain-lain sedikit sebanyak menyumbang kearah ketiadaan masa untuk menyempurnakan diri baik kesihatan dan juga kecantikan. Bagi golongan yang masih muda dan terpaksa menghadapi pelbagai masalah dalaman dan luaran , golongan yang sudah berkahwin dan yang kian berumur tercari-cari arah tujuan bagi menjadi diri yang sempurna di mata pasangan .
Ada yang sanggup berhabis-habisan untuk nampak cantik,sihat dan menawan,tetapi yang sebaliknya terpaksa memikirkan kos kewangan yang amat tinggi, mana nak bayar itu,bayar ini,anak-anak sekolah,harga barang yang meningkat, peningkan? tapi masih impikan tahap kecantikan dan kesihatan untuk kekal berpanjangan..
Manakan tidaknya, mencari kesempurnaan sesempurnakan yang mungkin,nak cantik dan bergaya tapi masih kusut,buntu dan memikirkan jalan penyelesaiannya, badan makin naik,harga barang makin naik, gaji pun tak seberapa banyak, tapi masih nak cantik,jelita dan bergaya.. Nah inilah jalan penyelesaiannya;
SET-SET SAUNA HOME MAMPU MILIKI DAN DIMILIKI
MM STEAM SAUNA
BELLA STEAM SAUNA
LULU STEAM SAUNA
MYRA STEAM SAUNA
DIVA STEAM SAUNA
EZY FIR SAUNA
UNTUK PERTANYAAN,TEMPAHAN DAN PEMBELIAN:
PERINGATAN SEBELUM BERSAUNA DENGAN SAUNA DIRUMAH;
- Pastikan anda dalam keadaan yang relax, sihat (tak demam), tak mengandung, dan tiada penyakit2 berbahaya sebelum gunakan slimming pakej SAUNAHOME.
PERINGATAN KETIKA BERSAUNA:
- Pastikan anda tidak menghidupkan kipas atau aircond.
PERINGATAN SELEPAS BERSAUNA;
- Selepas bersauna anda dilarang mandi,pastikan anda rehatkan diri selama 15 minit dan minum banyak air ini kerana ketika anda bersauna badan anda kehilangan banyak air disebabkan penyingkiran lemak,toksin dan air berlebihan melalui sistem PERPELUHAN..
- Lakukan selama 15-20 minit setiap kali bersauna 3 kali SEMINGGU ya..
Tips sauna;
- Boleh makan nasi tapi jangan berpinggan-pinggan ya
- Bagus jika diamalkan meminum air yang banyak dan memakan permakanan yang sihat seperti perbanyakkan sayur-sayuran,buah-buahan dan jika yang suka ulam-ulaman lagi baik..
- Kepada yang berminat untuk bersauna tapi ada masalah kesihatan ,lebih baik minta nasihat dari doktor anda..
![]() |
| JUGA POT WAP SAUNA |
![]() |
| SEDIA UNTUK DIPASANG |
![]() |
| BUKA DAN BARINGKAN IA |
![]() |
| TADAAA DAH SIAP PASANG..TAK SAMPAI SEMINIT PUN.. |
![]() |
| PASANG PAIP DARI POT WAP KE RUMAH SAUNA SEPERTI DALAM GAMBAR NI YA.. |
![]() |
| JIKA ANDA MEMILIH SET STEAM MM KAMI, ANDA BOLEH GUNAKAN KERUSI PLASTIK YA DAN LAPIKKAN KAIN DI BAWAHNYA..JANGAN LUPA , IA SANGAT PENTING |
![]() |
| AIR UNTUK PROSES PENGEWAPAN |
![]() |
| TUANG KE DALAM POT STEAM NI |
![]() |
| SELEPAS ITU LETAKKAN UNCANG KE DALAM POT SEPERTI DI DALAM GAMBAR |
![]() |
| DAN PASANG SUIS |
![]() |
| TUTUP AGAR IA BOLEH MENDIDIH |
![]() |
| PASTIKAN TOMBOL MASIH OFF SEBELUM GUNA |
![]() |
| PASTIKAN NYALAAN HIJAU DI POWER |
![]() |
| TEKAN MAX UNTUK MEMULAKANNYA |
![]() |
| SERTA PUSINGKAN |
![]() |
| DAN SETTINGKAN MASA 15-20 MINIT |
![]() |
| 20 MINIT YA |
![]() |
| BILA WAP PANAS KELUAR ANDA BOLEH MASUK DAN TUNGGU YANG KITA SET TADI BERPUSING BALIK KE 0.. |
![]() |
| SELEPAS BERSAUNA, ANDA JANGAN TERUS MANDI,BIARKAN BADAN SEJUK DALAM TEMPOH 15 MINIT. BIARKAN SET ANDA KERING . |
Fungsi:
Mendetoksifikasi badan,
*Menenangkan minda, merehatkan muscle-muscle badan anda setelah seharian penat bekerja
*Bakar kalori pada masa yang sama..Menurunkan berat badan..
*Melancarkan peredaran darah, mencegah serangan penyakit strok, dan penyakit2 berbahaya lain.
* Awet Muda anda sentiasa kelihatan muda dari usia sebenar
*Buang angin meroyan, sembuhkan luka2 dalaman untuk wanita lepas bersalin dan kembalikan bentuk badan asal...dan juga:
Kepada ibu lepas bersalin amat di galakkan bersauna untuk
-memulihkan luka2 dalaman, melancarkan peredaran darah,
- buang angin meroyan dalam badan,-atasi masalah lesu, tak bermaya, sejuk kaki (masalah urat kembang).
Untuk bersalin bedah, anda digalakkan bersauna selepas berpantang..untuk bersalin normal anda boleh bersauna selepas seminggu bersalin..sekiranya anda ada sebarang masalah kesihatan sila dapatkan nasihat doktor terlebih dulu..
Kami sediakan Herba Sauna tradisional percuma setiap pembelian mana2 set saunakandungan herba sauna termasuk Halia Bara, Limau purut, serai wangi, bonglai dan lain2 lagi..utk buang angin dalam badan..atasi masalah susah nak tidur, masalah sakit2 badan, lenguh2 pinggang..etc..
Antara kebaikan bersauna:kajian biologi mendapati bahawa sauna wap atau gelombang infrared antara 5.6um-15um boleh memberi faedah terapi yang terbaik kepada badan manusia
*Mengurangkan kesakitan sendi,urat saraf
*Mencantikkan kulit*Mengurangkan stress
*Mengurangkan selulit
*Mengurangkan masalah sinus,resdung dan migraine.
*Meningkatkan sistem imunisasi badan.
*Memulihkan selesema dan demam.
*Meningkatkan metabolisme(600 kalori baker dalam 30 minit). Bila pengaliran mikro meningkat,racun dapat dibuang dari tubuh melalui metabolisme.Hal ini juga akan mengurangi beban hati dan ginjal
*.Menyeimbangkan pH dalam tubuh
*Bertindak sebagai antioksida...
*Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
*Anti penuaan..
CARA DIET YANG SEIMBANG
![]() |
| IKAN MERAH STEAM HALIA |
Jadual harian diet yang seimbang
Sarapan pagi
Didahulukan dengan minum segelas air suam
Air milo/horlicks
Mee hoon goreng atau menu lain
Makan tengah hari
Segelas air suam
Nasi putih separuh
Ikan bakar/ikan singgang,dan lain-lain
Ulam-ulaman/sup sayur
Buah-buahan
Minum petang
Segelas air suam
Horlicks/milo
Goreng-gorengan
Buah-buahan
Makan malam(sekitar jam 6.30 - 7.30 malam)
Nasi putih separuh
Ikan stim,ikan bakar atau menu lain
Sup sayur/tomyam
Buah-buahan
@ jika tidak mahu makan nasi,gantikanlah dengan makanan berkuah seperti meehoon sup,meehoon tomyam dan lain-lain lagi...amalan ini berkesan mengikut pengalaman saya sendiri selama sebulan..
.Amalan sihat lain seperti bersenam,berjogging dan bersukan amat perlu demi memastikan anda sihat tanpa kemudaratan pada diri...
Sebelum tidur dan selepas bangun tidur wajib minum air suam..
Terdapat banyak cara untuk memastikan badan sihat dan bertenaga sepanjang hari. Anda boleh membuat perbandingan sendiri:
1. Bersauna selama 15 minit mampu membakar 400-600 kalori.
2. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori.
4. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori
5. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
Keistimewaan Sampingan:
1.Pembersihan terperinci kulit menjadikan kulit lebih menawan, segar, halus dan licin
2. Mengurangkan berat badan dengan pembakaran lemak dari luar
3. Mengeluarkan toksid dalam badan seperti aluminum, cadmium, lead dan mercury
4. Mengurangkan kesakitan anggota badan, sakit urat, sendi, sengal sengal tulang dll
5. Meningkatkan sistem kardiovascular
6. Menghilangkan tekanan dan perehatan otot
7. Melancarkan peredaran darah
8. Meningkatkan sistem immunisasi badan
9. Mengurangkan prostrate bengkak pada lelaki
10.Meningkatkan tahap metabolisma Saya yakin, ramai di antara kita yang tidak mampu membahagikan masa untuk melakukan senaman 3 kali seminggu disebabkan oleh kekangan masa bekerja dan menguruskan keluarga.
Sauna ini sememangnya direka khas untuk wanita yang berkerjaya dan ingin tampil cantik dan sihat sepanjang hari. Lupakan semua pil pelangsing yang boleh mendatangkan mudarat di kemudian hari. Hanya luangkan masa selama 15 hingga 20 minit sehari, anda mampu mengubahnya.
FAQ (Frequently Asked Question atau Soalan Lazim)
Adakah bersauna memang berkesan menurunkan berat badan?
Ya, Sauna telah terbukti diseluruh dunia ia berkesan turunkan berat badan.
Bagaimana Sauna Boleh turunkan berat badan?
Proses bersauna sebagai pemangkin bagi menggerakkan anggota dalaman badan kita untuk melancarkan peredaran darah, proses mengeluarkan peluh yang menyebabkan badan kita sedang ‘bersenam’ secara selamat dan istirehat. Semasa proses sauna, tenaga diperlukan untuk menjalankan proses pengeluaran peluh dan peredaran darah. Setiap kali badan kita menggunakan tenaga maka ia akan membakar kalori..Semasa bersauna kalori akan membakar 700-1000KJ setiap sesi. Penurunan berat badan bukan kerana wap panas atau pemanas infrared tetapi kerana proses pengeluaran peluh dan peredaran darah semasa bersauna. Oleh sebab itu selepas bersauna anda akan rasa jantung bergerak pantas dan berasa seperti baru lepas bersenam dan anda rasa lebih segar, tenang dan ringan. Malahan bersauna bukan sahaja mengeluarkan peluh tetapi ia mengeluarkan toksik-toksik, garam-garam buangan yang tidak diperlukan dan lain-lain kotoran dalaman hasil daripada makanan yang jika berada lama dalam badan boleh menyebabkan pelbagai penyakit senyap seperti kanser, darah tinggi, kencing manis, heart attack dan sebagainya.
Berapa kali saya perlu bersauna dalam seminggu? Adakah perlu hari-hari?
Tidak perlu hari-hari. 3 kali seminggu untuk proses penurunan berat badan dan 1-2 kali seminggu untuk badan yang ideal. Sila minum air segelas selepas bersauna.
Bilakah masa yang sesuai untuk bersauna?
Bila-bila masa anda FREE..Selepas bersauna, sejukkan badan dalam 15 minit sebelum mandi.
Saya baru bersalin. Bila masa paling sesuai untuk bersauna semasa dalam pantang?
Sangat baik dalam tempoh seminggu selepas bersalin atau ikut kemampuan badan anda. Sekiranya dalam seminggu badan masih lemah, jangan bersauna lagi. Pastikan anda sihat atau mampu bersauna.
Kenapa saya bersauna dah 2 bulan tapi turun sikit je?
Tolong jangan makan nasi 3 pinggan selepas sauna. Cuba kurangkan kepada 1 pinggan. Anda lihat hasilnya. Banyakkan makan buah-buahan seperti pisang dan tembikai. Ia tidak akan rasa lapar dan tiada lemak. Kurangkan makanan junk food.
Berat Badan saya dah turun, adakah saya perlu terus bersauna?
Ya, anda perlu terus bersauna untuk kekalkan berat badan ideal dan kesihatan dalaman. Anda boleh kurangkan kepada 1-2 kali seminggu sahaja.
Adakah bersauna beri kesan sampingan seperti kalau tak sauna badan naik mendadak?
Sauna adalah kaedah paling berfaedah & selamat untuk badan ..Tiada Kesan Sampingan. Tetapi kepada anda yang mengalami masalah jantung atau penyakit kronik sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Cara Menjaga sauna?
Set sauna kami Free Maintenance iaitu tak perlu dibasuh.. Untuk menjaga kebersihan sauna, sila lapik kain di bawah kerusi dan sekitar leher. Ini untuk pastikan peluh anda tidak kena pada sauna. Selepas sauna, buka sedikit zip kiri dan kanan dan letak di bawah kipas & spray sedikit Febreeze (anti bakteria) yang terdapat di Gedung Membeli-Belah. Sauna anda bukan sahaja bersih tapi wangi. Kalau terkena kotoran, tak perlu basuh semua sauna, just gosok dengan sabun kawasan kotor dan lapkan sahaja.
Ada sauna yang harga lebih rendah?
Set sauna kami tidak perlu dipasang..Tiada berbelas-belas rangka kecil macam LEGO untuk anda susun untuk jadikan sauna..kecuali anda memang suka main LEGO..Anda hanya perlu buka terus dah boleh sauna. Set sauna kami adalah yang termudah untuk bersauna. Harga kami tawarkan adalah sangat berpatutan. Tidaklah terlalu murah dan mahal. Memang berbaloi..Tapi semua keputusan atas anda untuk buat pilihan sauna mana yang terbaik dan praktikal untuk anda.
Sekiranya saya ada penyakit serius boleh kah bersauna?
Jangan! baik anda minta nasihat doktor anda terlebih dahulu..Sauna ikut kemampuan.
Sauna - 3 kali seminggu bila2 masa bila FREE..
Slimming Massager - gunakan hanya 15 minit sehari ikut pada kekuatan getaran massage sesuai dengan anda. gunakan semasa hari tak bersauna.
Slimming Cream - Sapukan slimming cream sedikit je ke perut,peha dan lengan dan urut seperti bulatan sebanyak 20 bulatan, balutkan PVC corset di perut sekemas-kemasnya dan biarkan selama 1 jam..lakukan bila2 masa semasa tidak bersauna.
Pastikan anda dalam keadaan yang relax, sihat (tak demam), tak mengandung, dan tiada penyakit2 berbahaya sebelum gunakan slimming pakej SAUNAHOME.
Blh pm,sms,whatapps,wechat,line untuk sebarang pertanyaan, tempahan dan pembelian..penghantaran percuma untuk semenanjung malaysia..
Thursday, 5 December 2013
Tuesday, 3 December 2013
Melakukan Detox Sendiri di Rumah
Apa itu detoks? Mungkin masih ada yang kurang pasti apa itu detoks. Detoksifikasi ataupun detoks adalah proses pengeluaran racun dan zat yang bersifat racun dari dalam tubuh. Antara organ yang menjadi target proses pembersihan ini adalah usus.
Sebenarnya sebagai umat Islam, kita baru sahaja menjalani proses detoksifikasi ini sewaktu bulan puasa yang lalu. Ia sebuah ibadah yang bukan sahaja wajib, namun disebaliknya ada hikmah tersirat yang baik utk diri dan tubuh badan kita. Meskipun Ramadan telah berlalu, kita masih boleh teruskan proses detoks ini dengan cara sendiri di rumah. Begini caranya.
DETOX YOURSELF
Selain olahraga atau bersenam, detoks juga merupakan cara bagus untuk mengembalikan kesegaran tubuh badan. Proses detoks ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara dan salah satu cara terbaik adalah melalui makanan bersumberkan alam semulajadi.
Air kelapa
Air kelapa mampu membersihkan saluran pencernaan juga melawan bakteria dan kuman membahaya dalam tubuh. Minum air kelapa hijau secara teratur juga dapat meningkatkan daya tubuh badan dan membantu tubuh mendapatkan air secukupnya untuk beroperasi dengan lebih sempurna.
Buah-buahan
Buah-buahan sememangnya tinggi dengan pelbagai khasiat yang dapat membantu tubuh membuang racun. Disamping mudah dicerna, buah juga mempunyai kandungan antioksidan, gizi, serat dan vitamin-vitamin penting untuk tubuh yang sihat.
Kacang hijau
Di Filipina kacang hijau yang di rebus bersama udang dan sayuran merupakan antara makanan popular dan ia sebenarnya baik untuk sistem pencernaan. Hal ini kerana kacang hijau dapat menyerap endapan atau sisa-sisa racun yang terdapat pada lapisan usus.
Bawang putih
Kalau anda nak tahu, bawang putih merupakan salah satu makanan detoks terbaik kerana ia kaya dengan antioksidan juga memiliki sifat antibakteria. Ia juga mampu merangsang usus untuk memproduksi enzim detoks yang mampu mengasingkan sisa racun dari sistem pencernaan.
Sayuran hijau
Selain dimakan mentah, sayur-sayuran juga boleh dibuat jus. Untuk mendapatkan rasa yang lebih menarik, anda boleh campurkan dengan buah-buahan yang kaya dengan serat.kombinasi makanan-makanan berkhasiat ini akan membantu usus anda untuk mengeluarkan racun-racun ini dari badan.
Tidak susah untuk kita kekal sihat. Apa yang penting sejauh mana anda mengambil berat dan peka mengenai isu kesihatan ini. Bayangkan jika segala sisa makanan yang mengandungi racun merbahaya kepada tubuh masih terperap di dalam usus ataupun tubuh badan anda. Kita umpama makanan basi terperap dalam paip sinki.
Kadangkala kesannya tidak dapat dilihat cepat, jadi persiapkan diri anda dengan cara pemakanan hidup sihat dan nyahkan toksin dari badan melalui proses detoks yang betul. Lakukannya bermula sekarang.
Senam dan Mandi, Lakukan Serentak!
Senaman walaupun sedikit adalah lebih baik daripada tiada langsung. Jika alasannya anda tidak mempunyai masa, mari bersenam ketika mandi! Rise and shine, daralians!
Aktiviti regangan merupakan salah satu cara paling efektif untuk mengekalkan bentuk tubuh. Waktu mandilah merupakan waktu paling ideal untuk melakukan aktiviti ringan regangan khas buat anda yang ‘tidak sempat’ untuk melakukannya.
Siraman air pada badan juga mampu menghasilkan rasa lega kepada otot yang penat. Namun perlu diingat, kawasan licin di dalam bilik air juga mampu mengundang bahaya. Jadi, berhati-hati agar tidak berlaku kerjadian yang tidak diingini.
Squats
Lakukan sguat ketika mencuci rambut ataupun ketika mencuci anggota badan. Pastikan anda berdiri dengan kaki yang terbuka lebih besar daripada punggung ataupun cara berkuda, kemudian, bengkokkan lutut anda dan lakukan squat secara perlahan.
Untuk membantu melegakan otot belakang badan yang kepenatan selepas seharian melakukan aktiviti yang pelbagai, gunakan cara yang sama, tetapi kali ini rehatkan tangan anda ke hadapan sehingga mencecah lantai dan rasakan terapi air yang jatuh ke badan anda. Percayalah, ia sungguh melegakan. Lakukan selama 30 saat.
Kickbacks & Calf Raises
Senaman kickbacks boleh dilakukan dengan cara bersandar pada dinding, dan bengkokkan sebelah kaki anda ke belakang sambil berdiri dengan menaikkan tumit kaki. Tahan selama 20 saat untuk permulaan. Fokuskan kepada kesan regangan yang akan anda rasa pada bahagian belakang anda.
Ketika mencuci muka ataupun memberus gigi, naikkan hujung jari kaki dan turunkan semula ke posisi asal. Senaman ini dinamakan calf raises. Lakukan dua langkah mudah ini selama dua ke lima minit. Aktiviti ini akan membantu membentuk bahagian belakang tubuh anda dan melegakan tekanan.
Pusingan tangan
Pusingkan kedua belah tangan kehadapan sebanyak lima kali dan kebelakang juga sebanyak lima kali. Lakukan juga pusingan bahagian pinggang ke kiri juga ke kanan sebanyak lima ke enam kali. Kemudian rehatkan bahu anda dengan berdiri tegak merapatkan kedua belah kaki. Angkat kedua belang tangan dan hadapkan ke dinding. Beri sedikit tekanan pada tapak tangan anda sambil menolak badan anda kehadapan. Tahan posisi tersebut sehingga 30 saat atau lebih.
Side bend
Berdiri dengan kaki luas terbuka, naikkan kedua-dua belah tangan ke atas bahagian kepala. Kemudian, pusingkan badan anda ke kiri sambil menolak badan anda. Lakukan perkara yang sama pada arah yang berlainan.
Latih tubi pada dinding / Wall Push-ups
Latihan terakhir yang boleh anda lakukan adalah dengan cara menjarakkan badan anda sedepa dari dinding. Kemudian, tolak badan anda secara perlahan-lahan ke arah dinding dan naikkan tumit kaki anda.
5 Sebab kenapa kita perlu makan mangga
Dapat mangga manis dengan isinya oren kekuningan memang buat kecur air liur. Mangga mungkin bukan kegemaran semua orang, tetapi jika anda tahu khasiatnya, anda mungkin nak makan mangga hari-hari.
Mengurangkan paras kolesterol
Tahap vitamin C, pectin dan serat yang ditemui di tahap yang tinggi dalam mangga mampu untuk mengurangkan tahap kolesterol serum di dalam badan, khususnya LDL atau (low-density lipoprotein) juga dikenali sebagai kolestrol jahat.
Mangga dapat elak kanser
Kajian telah menunjukkan sebatian antioksidan dalam buah mangga telah ditemui untuk melindungi anda daripada kanser kolon, kanser payudara, kanser prostat dan leukemia. Sebatian ini adalah isoquercitrin, quercetin, fisetin, astragalin, methylgallat serta kandungan enzim yang banyak.
Membantu penghadaman
Terdapat banyak buah-buahan serat termasuk mangga yang mempunyai kualiti serat yang dapat membantu proses penyingkiran bahan yang tidak diperlukan badan juga memperbaiki penghadaman.
Kesihatan mata
Secawan jus mangga yang dihiris membekalkan 24 peratus daripada nilai harian Vitamin A yang diperlukan oleh badan yang dapat membantu memperbaiki tahap kejelasan mata anda serta mencegah mata daripada menjadi kering.
Merangsang sistem imuniti badan
Kandungan vitamin A dan juga vitamin C dalam mangga ditambah dengan 26 jenis carotenoids penuh manfaat pada badan manusia dapat membantu memastikan sistem imuniti anda menjadi lebih kuat dan sihat.
Siapa sangka buah yang begitu enak rasanya ini mengandungi pelbagai khasiat berguna buat tubuh badan manusia. Jadikan ia sebagai amalan pemakanan anda setiap hari agar anda kekal sihat menjalani hari-hari mendatang.
Diet dengan snek pilihan anda
‘Snek adalah makanan yang kurang berkhasiat, tinggi gula, serta banyak lemak’. Ini dalah antara tanggapan ramai terhadap snek-snek ringan. Tetapi tahukah anda bahawa, kebanyakkan pakar diet bersetuju bahawa makanan ringan atau snek adalah sebahagian daripada diet seimbang dan sihat. Jika sebelum ini anda berfikir snek adalah ‘taboo’ dalam berdiet, kali ini Dara.com membenarkan anda makan snek pilihan anda ketika berdiet. Ha, bagaimana pula snek ini dapat membantu anda untuk berdiet?
Menurut pakar diet, makanan ringan adalah satu cara yang paling bermanfaat jika dilakukan dengan betul. Maksudnya di sini, , ada juga makanan ringan yang sangat berkhasiat dan sesuai untuk anda yang sedang berdiet seperti biji-bijian, buah-buahan, sayur-sayuran, dan susu rendah lemak.
Ingat, pilih makanan ringan secara bijaksana dan ini bererti memilih pilihan yang sihat untuk membakar lemak dalam tubuh badan anda. Ia juga dapat mengawal cara pemakanan anda seharian. Berikut adalah beberapa idea untuk pelbagai jenis makanan ringan. Anda perlu memilih makanan yang sesuai mengikut hari dan waktu, bukannya makan secara sembarangan.
1. Ganti sarapan anda dengan makan oat, cornfl akes dan lain-lain. Jika anda gemar makan roti, cuba bertukar kepada roti gandum.
2. Kajian telah menunjukkan individu yang makan banyak ketika sarapan akan berasa lambat lapar sehingga waktu tengah hari. Selepas sarapan,anda boleh makan makanan berasaskan protein supaya lebih kenyang seperti telur separuh masak, sosej rebus, atau daging bakar.
3. Lapar sebelum waktu makan? Rasa nak mengunyah? Jika anda suka makan biskut, makan biskut jenis serat tinggi (hi-fi bre). Buah-buahan juga snek sihat yang bagus.
4. Jika anda bancuh minuman dengan dua sudu gula, kurangkan menjadi satu. Jika satu sudu, kurangkan menjadi setengah. Banyakkan minum air kosong.
5. Jika anda makan makanan berminyak seperti kuih, roti, dan lain-lain, lapkan ia dengan tisu agar minyak-minyak dapat diserap sedikit
6. Saiz hidangan sederhana sudah memadai. Tukar minuman dari jenis bergas ke minuman biasa seperti minuman coklat, teh, atau kopi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




































