nuffnang

LIKE ME

Tuesday, 3 December 2013

Teh Hijau Untuk Cantik Sihat



Ramai yang pernah dengar mengenai teh hijau, namun tidak suka rasanya atau mungkin kurang pendedahan dengan khasiatnya. Jika anda ingin tahu, teh hijau mengandungi banyak khasiat yang sesetengahnya membantu dalam merawat penyakit.


Mencegah Alzheimer, AOS dan Parkinson
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat mencegah kerosakkan pada sel otak yang dapat menyebabkan Alzheimer, AOS dan Parkinson. Apa yang menarik, ia bukan sahaja mencegah sel otak daripada rosak, malah ia mampu memulihkan semula sel yang rosak tersebut.



Minuman Penyerap Gula
Selain boleh menurunkan lemak, teh hijau juga mampu menurunkan kadar gula dalam badan dan jika seseorang itu mengamalkannya secara berterusan. Minuman ini ternyata sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes.



Menghilangkan Stres

Stress atau tekanan merupakan masalah yang sangat bahaya. Bermula dengan stress kita berupaya mendapat penyakit lain yang tidak disangka. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk minum teh hijau ini kerana ia juga dipercayai mampu menghilangkan stress dan penat. Secawan teh hijau yang panas pastinya akan membuatkan anda kembali tenang dan lebih rileks.



Mengawal Tekanan Darah serta Kolestrol
Jutaan orang di seluruh dunia menderita masalah kandungan kolestrol tinggi dan masalah tekanan darah dalam badan. Dan menariknya, teh hijau ini juga dapat membantu mengawal tekanan darah juga menurunkan kadar kolestrol.



Mengurangkan Risiko Terkena Kanser

Mendengar penyakit kanser sahaja sudah menggerunkan kita. Apatah lagi dengan cara hidup pemakanan sekarang yang mampu mendorong dengan lebih mudah kepada penyakit itu. Dengan mengamalkan minuman teh hijau ini setiap hari, anda mampu meminimumkan risiko terkena kaser kerana kandungan antioksidan yang tinggi terdapat padanya.




Sebenarnya banyak lagi khasiat teh hijau ini dan diharap mampu membuka fikiran anda tentang kelebihan alam yang boleh kita amalkan untuk kekal cantik dan sihat.

Waktu bersenam yang ideal

Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.

Awal mentari pagi



Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :



·         Mencerdaskan minda dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian



·         Meningkatkan metabolisma  badan serta membakar kalori pada awal pagi



·         Membantu otot bergerak lebih baik kerana regangan telah dilakukan sejak awal pagi



·         Bagi sesiapa yang sudah terbiasa melakukan senaman pada awal pagi, jadual senaman mereka akan menjadi lebih konsisten kerana kurangnya gangguan pada waktu pagi.



Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.





Petang, malam



Realitinya  tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:



·         Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.



·         Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.



·         Lebih manfaat  buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.



Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan pula memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.

 

Tip pilih aroma terapi sesuai keadaan

 Apa aroma terapi anda hari ini? Kalau anda nak tahu, aromaterapi dan wanita mempunyai kaitannya tersendiri dalam mempertingkatkan kesihatan tubuh.Jadi, tidak hairanlah kini terdapat pelbagai jenis aromaterapi di pasaran. Apa yang perlu anda lakukan adalah memilih aromaterapi yang sesuai dengan keadaan anda.

1. ROSEMARY




Ia berkesan dalam mempertingkatkan konsentrasi minda. Laporan kajian di dalam International Journal of Neuroscience menyatakan, responden yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mempamerkan konsentrasi yang lebih baik berbanding yang lain.



2. EUCALYPTUS





Berkesan dalam mengubati demam selesema, kandungan eucalyptol yang ada padanya dapat membantu pesakit mengeluarkan hingus dan kahak.



3. VANILA




Percaya atau tidak, haruman vanilla bertindak mengawal nafsu makan terhadap makanan yang manis.Menurut Hospital St. george, London, England, harumannya akan merangsang fungsi hormone serotonin yang dapat menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.



4. LAVENDER


Jika anda berhadapan dengan masalah stres, haruman lavender harus dijadikan pilihan. Menurut jurnal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit sahaja sudah mampu menurunkan tahap hormon kortisol yang terhasil semasa sedang stres.



5. GERMAN CHAMOMILE




Ia berfungsi meredakan senak perut dan sindrom pra mentsruasi. Kandungan yang ada di dalam haruman ini bermanfaat sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot di sekitar rahim.

Tip Membeli Makanan Sihat




Boleh dikatakan ramai mengeluh untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Rata-ratanya mengatakan memerlukan kos yang tinggi. Tetapi cuba bayangkan sekiranya anda sakit, sudah pasti ada wang yang perlu dikeluarkan malah tidak mustahil ia menjadi lebih mahal dari kos yang  sepatutnya dibelanjakan untuk mendapatkan makanan serta gaya hidup yang baik.


Oleh itu jangan cepat mengeluh kerana terdapat banyak tip yang sesuai digunakan sekiranya anda ingin membeli makanan sihat.



Fokus

Apabila tiba di pasar raya maka tumpukan kepada tujuan dan barang yang ingin dibeli. Segera ke tempat sepatutnya untuk mendapatkan makanan yang sihat. Latih diri tidak menghampiri rak atau kawasan yang bukan dalam senarai beli anda. Cara ini boleh dikatakan sebagai benteng kepada anda agar tidak membeli perkara yang tidak diperlukan.



Bahan


Sebaiknya ambil masa seketika untuk memerhatikan kandungan bahan yang digunakan sekiranya anda berminat membeli makanan yang telah dibungkuskan. Pastikan hanya ada lima atau kurang daripada jumlah tersebut bahan yang digunakan sebagai makanan.



Cuba elakkan dari membeli bungkusan makanan yang banyak menggunakan istilah kimia kerana ia boleh mengelirukan sekali gus meninggalkan kesan tidak baik kepada tubuh badan.



Gandum

Jangan sekali-sekali terpengaruh dengan makanan yang mengandungi gandum di dalamnya. Ini kerana terdapat dua jenis gandum iaitu gandum sebenar dan gandum pelbagai. Dicadangkan agar memilih gandum pertama. Walaupun harganya mahal dari yang sepatutnya tetapi kandungan gizi yang terdapat di dalamnya lebih tinggi.



Jenis sejuk beku

Lebih elok memilih makanan yang disejuk beku dari membeli makanan yang ditinkan. Berdasarkan kajian, makanan yang berada di dalam tin mengandungi sodium yang banyak berbanding makanan sejuk beku. Jadi, buatlah pilihan yang tepat demi kesihatan anda.



Lemak
Cuba latih diri membezakan produk makanan berlemak. Sama seperti gandum tadi, jangan biarkan diri ‘terjebak’ untuk membeli makanan yang mengandungi lemak tepu. Sebaliknya carilah makanan yang mengandungi lemak tidak tepu seperti minyak zaitun, susu rendah lemak dan macam-macam lagi. Jadi, buatlah keputusan terbaik sebelum membeli sesuatu makanan yang mungkin ia tidak bermanfaat buat tubuh.

Kesan Kafein Kepada Tubuh




Kesan kafein pada tubuh sebenarnya bergantung kepada sistem saraf seseorang. Bukan setakat itu sahaja, ia juga dipengaruhi oleh berat badan, jantina serta beberapa faktor penyokong yang lain. Bagaimanapun perlu diketahui bahawa setelah mengambilnya, kafein boleh bertahan dalam tubuh badan manusia selama lapan jam.





Pengaruhi jantung dan sistem darah

Kafein boleh mempengaruhi jantung dan sistem pengaliran darah. Kafein yang mula memasuki tubuh akan terus ke pembuluh darah seterusnya menyebabkan jantung berdegup lebih laju dari sepatutnya. Darah mula di pam lebih cepat ke seluruh tubuh. Kerana itulah ia mengundang bahaya kepada penghidap darah tinggi disebabkan risiko terkena strok agak tinggi.



Cegah penuaan dan kanser

Kebanyakan produk kafein seperti kopi, minuman coklat dan teh mengandungi bahan antioksidan di mana ia berupaya mencegah masalah penuaan serta kanser. Di samping itu, produk berkafein juga kaya dengan asid lemak serta beberapa jenis vitamin yang lain. Kerana itulah ia memberi manfaat kepada tubuh.



Pencernaan perlahan

Pengambilan berlebihan boleh mengganggu proses pencernaan di mana otot-otot di bahagian berkenaan mulai menegang. Hal ini secara tidak langsung menjadikan proses pencernaan berlangsung dengan perlahan. Cara terbaik mengatasinya adalah dengan menghindarkan diri dari mengambil teh atau kopi selepas makan. Paling tidak tunggulah sehingga setengah atau satu jam sekiranya anda benar-benar ingin mengambilnya. Begitu juga dengan ubat-ubatan yang dirumuskan menggunakan kafein sebagai bahan-bahannya. Masa pengambilannya juga perlu dilewatkan seperti yang dinyatakan di atas.



Kesan terhadap sistem saraf

Pengambilan kafein secara berlebihan boleh mempengaruhi sistem saraf. Malah kesannya juga boleh dilihat dengan jelas di mana tangan terketar-ketar, pening kepala, loya atau cemas sepanjang waktu.



Bahaya kepada pesakit diabetes

Ramai individu gemar mengambil kafein bersama gula. Sebenarnya, ia bukanlah satu tabiat yang baik kerana tanpa disedari, mereka telah menyusahkan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh organ pankreas. Disebabkan pengambilan gula yang banyak, pankreas terpaksa menghasilkan lebih banyak insulin untuk mencerna gula berkenaan. Kesannya, paras insulin dalam darah akan naik sekali gus membahayakan pesakit-pesakit diabetes yang gemar mengambil minuman ini.



Impak tekanan dua kali ganda

Kafein boleh memberi tekanan kepada tubuh badan. Sekiranya anda mudah mengalaminya maka dinasihatkan agar menjauhkan diri daripada kafein sepenuhnya. Bimbang sekiranya tubuh yang mudah tertekan akan mengalami tekanan berganda apabila ‘dibebankan’ dengan kafein di dalamnya.

Kekal Segar Ketika Haid

 Perubahan hormon yang terjadi sewaktu menstruasi acap kali dijadikan alasan bagi wanita untuk bersikap sensitif. Mungkin itulah tanggapan yang mudah diberikan oleh lelaki apabila pasangan tiba-tiba dingin terhadap mereka padahal ia bukanlah disengajakan.






Bagaimanapun, terdapat banyak cara yang boleh dipraktikkan bagi mengelakkan masalah tersebut dari terus mengganggu. Antara tip yang boleh diaplikasikan :



Gunakan pakaian longgar
Menggayakan pakaian ketat adalah kegemaran  segelintir wanita untuk kelihatan bergaya dan berketerampilan. Namun, adakah anda sedar bahawa dengan berpakaian sedemikian hanya membuatkan tubuh berasa tidak selesa.



Lebih-lebih pada waktu menstruasi. Ketika itu, tubuh memerlukan ruang yang cukup untuk bernafas dengan selesa setelah kehilangan banyak darah dalam proses berkenaan. Oleh yang demikian, cubalah belajar mengenakan pakaian longgar ketika diserang ‘bendera merah’.



Tidur waktu siang



  Cubalah tidur pada siang hari ketika anda sedang menstruasi. Pada waktu berkenaan, tubuh berada dalam keadaan yang penat dan lemas lantaran kehilangan banyak zat besi dalam darah. Oleh itu tubuh memerlukan istirahat yang selesa bagi mengembalikan tenaga yang hilang sekali gus membuatkan diri semakin bersemangat untuk meneruskan aktiviti-aktiviti lain.



Mandi air panas



Segarkan tubuh yang keletihan dengan mandi menggunakan air panas. Selain memberikan rasa selesa, tubuh  juga menjadi lebih bersih. Nikmati ketenangan sepenuhnya ketika air hangat menyiram tubuh yang tidak 



Kurangkan garam





Kebanyakan orang gemar menikmati makanan masin dalam menu hidangan mereka. Walaupun menyedari akan bahayanya  namun kerana ‘sayangkan’ rasa sedap, risiko penyakit diabaikan sahaja.

Oleh sebab itulah garam perlu dikurangkan pengambilannya terutama sekali sewaktu menstruasi. Dikatakan, masalah kembung perut juga mudah berlaku pada waktu itu.



Jauhi daging merah







Daging merah disebut juga makanan yang boleh menambah rasa sakit ketika menstruasi. Malah, pada masa sama boleh mengakibatkan pengeluaran darah yang banyak.

Ia perlu dielakkan ketika anda datang bulan. Ambillah makanan yang lebih sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran bagi membuatkan diri lebih segar dan bertenaga.



Lakukan senaman



Menstruasi bukanlah halangan untuk menghentikan aktiviti bersenam. Walaupun ada yang beranggapan ia hanya menambahkan kesakitan tetapi jika dilakukan dengan betul dan konsisten, ia boleh bertukar menjadi ubat paling mujarab dan melegakan. Jadi, bukalah mata dan cuba mempraktikkan tip-tip di atas sekiranya anda tergolong sebagai individu yang bermasalah sewaktu haid.
bertenaga dan rasailah perbezaannya.

PROMO RM0 to RM50..ONLY DECEMBER 2013






✓Bamboo Body Shaper+1 kpng pemanas FIR RM50
✓Sauna Suit+3 keping Pemanas FIR RM60
✓Sauna Pants FIR+3 keping Pemanas FIR RM60
✓Push Up Bra L/XL/XXL - RM50 2 pcs
✓Fantastic Bra - 3 pcs Rm50 (promotion hujung tahun)
✓Leg Shaper Rm25
✓Arm Shaper RM20
✓Bra With Wire 34B/C - RM50 3 pcs