nuffnang
SAUNAHOME_DIVA STEAM 2016
LIKE ME
Wednesday, 9 January 2013
DIVA STEAM SAUNA
Dengan Pembelian Set Sauna Nazconsauna anda bukan saja akan bawak balik Set sauna Malahan banyak Free gift seperti barangan kecantikan dan kesihatan yang lain..Set Diva sauna wap merupakan Gabungan Kaedah Tradisional-Moden untuk memudahkan anda bersauna dengan privasi hanya dari rumah..Kelebihan Set Sauna Diva sauna wap ialah:-1) Kain yang tebal (3 lapisan) dan kain yang baru bukan terpakai..2) Warna kain yang tidak pudar..3) Periuk Sauna wap yang besar dilengkapi dengan alat kawalan jauh.4) Jaminan 3 tahun (kami menjaga servis selepas pembelian barangan anda dalam jangkamasa yang lama).5) Pelbagai hadiah2 menarik akan dibawa pulang.6) Terdapat 3 warna menarik iaitu Rose Red (MERAH), Luv Purple (UNGU), Ocean Blue(BIRU)..7) Semua set sauna kami menggunakan rangka keluli tahan karat, tidak patah dan mudah di lentur, BUKAN RANGKA PLASTIK..8) Kami telah bekerjasama dengan Pembekal Sauna untuk memastikan suhu periuk sauna kami adalah bersesuaian digunakan oleh golongan lelaki dan wanita..Terdapat 6 tahap suhu berbeza dan tidak sama dengan mana2 sauna pengeluar lain..Suhu dari tahap 1(perlahan) hingga tahap 6(suhu panas)..Pelanggan boleh pilih suhu kesukaan anda dan masa kesukaan anda..Kebaikan Set sauna nazconsauna:-1. Memulihkan luka-luka dalaman selepas bersalin, membuang angin meroyan, menyegarkan badan, banyak susu badan.2. Anda akan berpeluh-peluh dan terasa segar.3. Memudahkan tidur.4. Melancarkan peredaran darah.5. Mencantikkan kulit, membuang sel-sel kulit mati dan degil.6. Awet Muda. Dengan bersauna selalu anda akan kembali muda remaja.7. Menurunkan berat badan. Terutama nyer wanita lepas bersalin.
... tempahan hubungi saya di talian 0196259604 @pm inbox mya qareena amir @laman blog qareenaamirsaunahome
Monday, 7 January 2013
Pemakanan cegah kanser
Dalam mencegah penyakit kanser, ada tiga faktor yang kita perlu fokus iaitu gaya hidup sihat, diet seimbang dan stres minimum.Tidak dinafikan, antara punca utama kanser adalah gaya hidup tidak sihat seperti merokok, mengambil minuman keras, tekanan emosi atau stres berterusan manakala faktor utama adalah pemakanan tidak teratur dan seimbang. Ini pendorong kuat kepada kanser membarah di dalam tubuh.Justeru, dengan mengambil berat kepada tiga faktor ini, insya-Allah kanser dapat dielakkan.Makanan mengandungi pH alkali tinggi dapat mengelakkan serangan kanser, malah mampu membantu menyembuhkan seseorang yang menghidap kanser. Malangnya, kebanyakan rakyat Malaysia, gemar memilih diet dengan pH berasid.Apa itu diet beralkali? Diet berakali melibatkan pengambilan minimum makanan seperti daging merah (lembu dan kambing), daging ayam, ikan, makanan laut, makanan berasaskan susu seperti mentega, keju, ais krim; tepung, teh, kopi, makanan segera, minuman soda dan gula.Kebanyakannya adalah makanan asasi dan kesukaan rakyat Malaysia. Makanan ini meningkatkan kandungan asid dalam badan seseorang.Diet berakali tinggi adalah makanan berunsur sayur-sayuran dan buah-buahan, biji-bijian, kurma, habatus-sauda, madu, jus buah-buahan, teh hijau dan makanan berunsur soya seperti tempe dan tau fu faa.Makanan ini meninggalkan alkaline ash atau persekitaran tubuh berakali.Bagaimana diet beralkali pengaruhi sel kanser?Kajian makmal membuktikan, sel kanser dalam tabung uji lebih cepat membiak dalam persekitaran berasid.Apabila tahap asid dikurangkan maka didapati ketumbuhan kanser lebih lambat.Dengan memilih diet yang menjadikan pH di dalam tubuh seseorang lebih berakali, maka potensi untuk kanser tumbuh dan membiak adalah berkurang.Makanan berakali tinggi menghasilkan persekitaran sukar untuk kanser membiak dan merebak.Sel kanser tidak boleh membiak dalam persekitaran yang tinggi kandungan oksigen. Apabila kandungan oksigen rendah, ia menggalakkan pembiakan kanser.Apabila sel tisu dalam badan mempunyai kandungan alkali tinggi, ia berupaya menampung kandungan oksigen tinggi berbanding sel tisu berasid tinggi.Dengan memastikan kandungan pH alkali di dalam badan tinggi, ia dapat melindungi sel di dalam badan daripada diserang kanser.Kesimpulannya, semakin tinggi tahap alkali dalam badan, semakin banyak kandungan oksigen dapat ditampung dalam badan, maka semakin nipis peluang sel kanser membiak.Adalah digalakkan memakan banyak makanan berasaskan buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan mengandungi kandungan serat tinggi, jus buah-buahan terutama sekali jus lobak merah.Ini bukan bermakna pesakit kanser tidak boleh mengambil diet berasid tinggi, tetapi dinasihatkan mengurangkan pengambilannya.Makanan yang perlu dikurang atau dielakkan 1. Daging merahSel kanser tumbuh dengan cepat pada persekitaran berasid, diet daging bersifat asid sangat tinggi.Daging mengandungi antibiotik ternak yang menumbuhkan hormon dan parasit berbahaya, terutama kepada pesakit kanser.Diet lebih baik adalah memakan ikan dan ayam kerana walaupun bersifat asidik tetapi tahap kandungan asid tidak setinggi daging merah.2. GulaGula adalah 'hayat kanser'. Dengan mengurangkan pengambilan gula, bererti kita mengurangkan hayat atau potensi sel kanser.Gula terbaik adalah gula semulajadi seperti madu. Madu tergolong di dalam makanan bersifat alkali.Hari ini kita melihat banyak produk pengganti gula di pasaran, namun kita harus menyiasat terlebih dahulu adakah produk itu berkesan atau lebih buruk daripada gula.3. GaramGaram yang digunakan dalam masakan mempunyai tambahan kimia untuk membuat warna putih dan tahan lama, garam yang lebih baik adalah garam laut.4. Makanan laut cengkerangKebanyakan makanan laut cengkerang seperti kerang, ketam dan kepah mengandungi banyak kimia dan toksik yang boleh menggalakkan pembiakan kanser.5. Kopi, teh, coklatKetiga-tiga diet ini mempunyai kandungan kafein tinggi. Kafein mengandungi kandungan asid tinggi.Teh hijau adalah alternatif terbaik melawan kanser. Amalan meminum air bersih ditapis adalah baik bagi menghindari racun atau bahan kimia di dalam air memasuki tubuh.6. Makanan cuka tinggiElakkan memakan makanan dijeruk seperti jeruk buah-buahan.7. Makanan berminyakElakkan memakan makanan berminyak seperti makanan goreng. Utamakan makanan kukus atau disediakan menggunakan ketuhar.8. Hindari alkoholMinuman mengandungi kandungan alkohol tinggi, menyumbang kepada tahap asid tinggi. Kerana itu, Islam melarang umatnya meminum minuman yang mengandungi alkohol dan memabukkan.9. Makanan kandungan lemak tinggiKanser melemahkan sistem imunisasi seseorang. Pemakanan seimbang boleh menguatkan sistem pertahanan tubuh dan melawan semula jangkitan penyakit.Diet sihat mempercepatkan penyembuhan tisu rosak akibat kanser atau kemoterapi. Rawatan kemoterapi boleh membuatkan seseorang kurang selera makan.Kadangkala pesakit dijangkiti penyakit ulser di dalam mulut dan lidah menyebabkan rasa sakit menelan atau mengunyah.Kadangkala ubat kemoterapi boleh menghilangkan selera makan. Semasa menjalani kemoterapi, pesakit berasa penat dan emosi mereka lebih tertekan.Hilang selera makan boleh berlarutan sehingga berminggu atau berbulan. Adalah mustahak pesakit kanser memaksa diri untuk makan meskipun tidak ada selera.Apabila makan, badan menjadi kuat untuk melawan jangkitan kuman dan membaiki tisu tubuh yang rosak akibat rawatan kemoterapi.Kesimpulannya pesakit kanser perlu menyedari kepentingan diet seimbang. Ini untuk mengawal pembiakan sel kanser di dalam badan pesakit.Jika pesakit mengamalkan diet yang sama seperti sebelumnya, ini akan membahayakan.Ini kerana bila seseorang menghidap kanser, mereka perlu menukar cara pemakanan dengan mengambil diet lebih bersifat alkali seperti sayur-sayuran dan buah-buahan bagi mengurangkan diet berasid.Selain pemakanan seimbang, pesakit kanser mesti mengamalkan cara hidup sihat iaitu memastikan waktu tidur dan rehat mencukupi, serta mengawal tekanan emosi dan stres, perbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan melakukan solat sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.Bila hati dan jiwa kita dekat dengan Allah, hati lebih tenteram dan datang rasa reda kepada Allah atas penyakit yang dihadapi.Nabi Muhammad bersabda "Berubatlah kamu dengan dua perkara - madu dan al-Quran" (Hadis Riwayat Ibnu Majah).Madu adalah ubat segala penyakit tetapi dengan syarat tidak menjadikan madu atau ubat sebagai pegangan menyebabkan kita sembuh, itu adalah dengan keizinan Allah semata-mata untuk menyembuhkan kita.Jadi di sini wajar pesakit kanser mengamalkan sunah Nabi iaitu dengan menggantikan pengambilan gula dengan madu kerana sifat alkalinya yang tinggi.Kajian saintis barat menunjukkan madu sebagai satu alternatif sihat mengganti gula.Disebutkan dalam hadis Abu Dzar bahawa Nabi bersabda tentang air zamzam "Sesungguhnya air zamzam itu penuh berkat, sesungguhnya ia makanan yang mengenyangkan".Abu Daud Ath-Thayalisi menambah dalam musnadnya "Dan penyembuh penyakit". (Hadis Riwayat Muslim).Di dalam proses penyembuhan penyakit kanser digalakkan agar pesakit meminum air zamzam sebanyak mungkin.Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah ada menganjurkan pakej umrah untuk pesakit dan orang ramai.Selalunya pesakit yang menyertai pakei umrah ini, selain melakukan perubatan di Tanah Suci, disyorkan meminum air zamzam sebanyak mungkin bagi membantu proses rawatan di samping mengamalkan bacaan ayat al-Quran yang telah diberikan.Nabi Muhammad SAW bersabda "perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit" (Hadis Riwayat Muslim).Jadi di sini memang wajar umat Islam mengambil berat tentang jenis makanan dan diet yang diambil setiap hari agar tubuh kita sihat dan dapat menikmati kualiti hidup.Nabi SAW bersabda "Seorang mukmin yang sihat itu lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada seorang mukmin yang lemah...." (Hadis Riwayat Muslim).Kita sebagai seorang mukmin wajib menjaga kesihatan agar menjadi seorang yang sihat dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat.Untuk makluman pembaca, rencana ini adalah sebahagian daripada coretan dalam buku saya berjudul "Quranic Medicine in Healing Cancer" atau "Perubatan Al-Quran dalam Rawatan Kanser" yang akan diedarkan di pasaran insya-Allah pada Februari 2013.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130106/kn_05/Pemakanan-cegah-kanser#ixzz2HItDyIfj © Utusan Melayu (M) Bhd
Bersenam untuk sihat
DENGAN proses urbanisasi, perkembangan teknologi yang pesat dan gaya hidup semakin sedentari, aktiviti fizikal atau senaman di luar menjadi semakin berkurangan dalam kehidupan kita. Kita mesti sedar bahawa aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam kesihatan dan kesejahteraan kita termasuk anak-anak.Secara keseluruhannya, bersenam memberi manfaat besar dari segi fizikal, psikologi, sosial dan kesihatan kepada semua orang. Justeru, melakukan aktiviti fizikal secara kerap sangat penting untuk gaya hidup sihat.“Jika anda tidak pasti bagaimana untuk menjadi aktif, mula dengan perlahan. Meningkatkan tahap aktiviti secara beransur-ansur penting supaya anda tidak terdedah kepada risiko kecederaan pada otot, ligamen dan sendi ataupun serangan jantung, apabila anda menjadi lebih aktif daripada biasa secara tiba-tiba”, nasihat Dr. Mahenderan Appukutty, Ahli Majlis Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).“Jika anda atau ahli keluarga mengalami masalah kesihatan kronik seperti artritis, diabetes, penyakit jantung, asma, atau gout, dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui sama ada keadaan anda akan mengehadkan keupayaan anda untuk aktif. Kemudian, bincang dengan doktor atau pelatih fizikal yang diiktiraf tentang rancangan aktiviti fizikal yang sesuai. Apa yang penting jangan menjadi tidak aktif langsung. Melakukan senaman aerobik berintensiti sederhana baik untuk kesihatan, walaupun hanya 30 minit seminggu”, tambah Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).Manfaat Aktiviti Fizikal“Dr Tee berkongsi beberapa lagi manfaat aktiviti fizikal. Bersenam dan aktiviti fizikal membantu pencegahan osteoporosis dan penyakit kronik seperti diabetes, penyakit kardiovaskular, sindrom metabolik dan kanser-kanser tertentu.- Bersenam dan aktiviti fizikal juga memainkan peranan penting dalam memperbaiki status kesihatan, meningkatkan kecergasan serta membantu mengawal dan melawan penyakit.- Mereka yang dilaporkan mempunyai tahap aktiviti fizikal dan kecergasan tinggi mengalami pengurangan risiko kematian sebanyak 20 hingga 35 peratus.*Peningkatan dalam kecergasan fizikal mengurangkan risiko kematian pramatang dan sebaliknya, kurang kecergasan akan meningkatkannya." Mereka yang aktif menunjukkan 30 hingga 40 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser kolon, manakala wanita aktif mengalami 20 hingga 30 peratus pengurangan risiko menghidapi kanser payu dara berbanding wanita yang tidak aktif.Berikut merupakan panduan untuk membantu anda dan keluarga mengamalkan gaya hidup yang aktif.- Pilih menaiki tangga berbanding lif atau eskalator di pejabat, pusat membeli-belah dan sebagainya.- Pilih berjalan ke kedai, surau atau tempat sembahyang yang berdekatan, daripada memandu kereta.- Lakukan kerja-kerja rumah, seperti menyapu dan mengelap lantai.- Jika boleh, berjalan kaki ke tempat destinasi anda.- Melakukan aktiviti berkebun, seperti menyusun pasu bunga atau menjaga dan menyiram tanaman anda.Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0408&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm#ixzz2HIrq30m5 © Utusan Melayu (M) Bhd
Saturday, 5 January 2013
RAHSIA SIHAT SEMULAJADI
Jom mulakan aktiviti yang membahagiakan..
9.00 pagi: Minum Teh Hijau
Mulakan hari anda dengan minum teh hijau.Kebiasaan dengan minum teh hijau sekurang-kurangnya empat gelas setiap hari dapat mengurangkan depresi sehingga 4% .Ini kerana kandungan theanine dalam teh hijau mampu mengeluarkan serotonin dan membuatkan anda lebih tenang.
12.00 Tengahari: Lakukan Detoksifikasi
Berbanding dengan membeli hidangan tengahari yang pelbagai,lebih baik anda membawa bekal dari rumah yang boleh membantu mengeluarkan racun dalam badan. Antara hidangan pilihan dari rumah ialah buah,sayuran segar,ikan,roti penuh mill dan sebagainya.
4.00 Petang: Mengambil angin
Daripada anda menghabiskan masa dengan mengunyah snek sambil bergosip ria,apa kata luangkan masa selama 20 minit untuk berjalan-jalan santai setiap hari.Seseorang yang aktif bergerak mempunyai hormon endorphin yang boleh meningkatkan mood yang lebih banyak.
7.00 Malam: Zat Besi Dalam Hidangan Makan Malam
Kekurangan zat besi boleh membuatkan anda sukar tidur dan berfikiran dengan baik,seterusnya mempengaruhi mood sehari-hari.Penuhi pengambilan zat besi melalui permakanan(daging tanpa lemak atau kacang hitam) atau supplement.Untuk pengambilan maksimum,ambillah supplement zat besi pada makan malam atau supplement yang mengandungi 18mg zat besi.(untuk anda yang mengalami par monopaus)
10.00 Malam: Masa Untuk Berehat
Masa untuk berehat tetapi sebelum anda tidur,luangkan masa dengan membiasakan menulis 3 perkara yang menggembirakan untuk anda hari ini di dalam diari atau blog pribadi.
CIPTA KEBAHAGIAAN
50% faktor kebahagiaan dipengaruhi oleh konsep apa yang anda miliki
10% faktor kebahagiaan dipengaruhi oleh keadaan
40% bergantung kepada diri sendiri dalam menghadapi tekanan,rutin harian atau menghargai masa.
TIP BERFESYEN DENGAN GAYA 'PEPLUM'
Disini terdapat beberapa tips sebelum anda membeli :
- Gaya peplum lebih kepada smart kasual tetapi jika anda seorang yang kreatif dan bijak menyesuai padankan pakaian,anda juga boleh melakukannya mengikut situasi dan keadaan yang bakal tempuhi.Contohnya,ia boleh dipakai bersama legging,skirt atau skinny jeans.
- Kenalpasti bentuk tubuh anda berada di dalam kategori apa supaya anda tidak kelihatan pelik
- Seperti yang anda sedia maklum,peplum boleh dikategorikan sebagai pakaian yang mempunyai bentuk kembang atau seperti kelopak bunga di pinggang bertujuan untuk memberikan ilusi ramping dan bentuk tubuh lebih terbentuk..
Adakah anda bosan dengan gaya baju kurung moden,kebaya atau baju kurung pesak?
JAWAPAN
Kini kurung Peplum sedang hangat diperkatakan.Ia sesuai digayakan ke majlis-majlis rasmi dan keramaian.Namun ramai yang beranggapan,ia hanya sesuai digayakan oleh mereka yang mempunyai perut yang leper dan langsing sahaja. Tetapi tidak sebenarnya,jika anda pandai dengan memberi sedikit perhatian pada bahagian ropol supaya tidak terlalu kembang dan warna material yang digunakan tidak terlalu terang.
Kebiasaannya material untuk baju kurung peplum menggunakan kain licin seperti kain crepe yang lembut,sejuk dan tidak jarang.Di bahagian kolar baju akan disediakan zip dan cangkuk baju pada bahagian belakang.Kainnya pula sudah tentu direka dengan potongan duyung dan beralun.Si pemakai pasti akan kelihatan lebih tinggi dan langsing.
Turut menjadi pilihan di majlis pertunangan dan perkahwinan..
TIP MEMILIH
Friday, 4 January 2013
20 TIP KURUS SEBENAR
Permakanan diet rutin anda sering menjadi rungutan para wanita khususnya wanita yang mementingkan kecantikkan dalaman dan luaran terutama dalam soal berat badan. Di sini terdapat beberapa tips kurus yang amat mudah dan berkesan..
- Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi.Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari
- Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandngi sayuran dan buah-buahan
- Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam.Ambillah telur rebus,epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut.Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis tersebut.
- Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayur-sayuran pada menu anda.Jika anda sudah lakukan,anda boleh tambahkan hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.
- Untuk setiap hidangan jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar.Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam.
- Ambillah hidangan sup yang lebih banyak.sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang
- Bawalah bekal ke pejabat.Ini untuk membantu menggelakkan anda makan tengahhari secara berlebihan
- Cubalah untuk tidak mengambil gula selama 2 minggu.Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda.Namun,jika anda bertahan,pasti akan menjadi kebiasaan.
- Jangan 'jadikan' diri anda gemuk dengan 'memenuhi' permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.
- Jika anda suka mengunyah ketika stress,inilah masanya untuk berubah.Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat.carilah jalan untuk mengatasi stress tanpa melibatkan makanan.
- Berusahalah untuk mengambil menu rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain.Mulakan dengan salad,sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama,sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori.
- Ambillah sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam.Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam.ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang
- Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ' hidup sihat'. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan kita.
- Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah,cubalah kurangkan sedikit demi sedikit.Lama-kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran anda lupa pada snek malam.
- Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan.Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.
- Tulis di atas sekeping kertas 'tutup selepas makan malam'.Tampalkan di pintu peti ais.
- Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini mengingatkan anda bahawa waktu makan malam sudah habis.
- Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.
- Makanlah ketika tiba waktu makan.Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca,menonton televisyen atau melayari internet.
- Sebelum anda membeli belah,berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli-belah tersebut.
Tuesday, 1 January 2013
Hijau-hijau si Epal hijau
Antioksidan
* Zat fitokimia di dalam epal berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan kolesterol yang berpotensi menyumbat pembuluh darah.
* Pada masa yang sama,antioksidan berfungsi meningkatkan kadar kolesterol yang boleh memberi manfaat kepada badan
* Pada tahun 1996,kajian menunjukkan zat fitokimia pada kulit epal dapat mengelakkan pertumbuhan sel kanser usus sebanyak 43%. Mencegah Tulang Rapuh dan penyakit
*Epal hijau dikatakan mampu mempertahankan kadar estrogen ketika menopaus.
* Rembesan hormon estrogen yang berkurangan boleh menyebabkan tulang rapuh dan penyakit jantung. Ia boleh dicegah dengan zat yang terdapat di dalam sebiji epal hijau. Masalah Pencernaan
* Serat di dalam epal membantu mengurangkan masalah pencernaan.
* Membantu mengurangkan berat badan
* Masalah sembelit dan cirit-birit juga dikatakan boleh diatasi dengan diet epal dalam kehidupan seharian anda. Baik Untuk Gigi
* Sebiji epal sehari mengandungi satu pertiga keperluan vitamin C yang baik untuk gigi
* Mengunyah epal dikatakan cara terbaik untuk membersih dan menyihatkan gigi kerana ia merangsang pengeluaran amylase(air liur) walaupun ia mengandungi gula buah asli seterusnya membantu mengelakkan kerosakkan gigi. Menurunkan Kadar Kolesterol
*Epal juga mengandungi pectin iaitu sejenis serat larut yang mampu menurunkan kadar kolesterol di dalam darah.
*Kajian menunjukkan,didalam epal terdapat D-glucaric yang mampu mengurangkan kolesterol sehingga 35% Mengimbangkan Zat
*Kanak-kanak yang memakan makanan ringan dan kemudiannya memakan epal dikatakan mampu mengimbangkan kandungan zat dalam tubuh badan mereka.
*Membantu mencegah pembentukan lemak dalam badan Melambatkan Penuaan
*Ia mempunyai kandungan agen antioksida yang boleh menentang radikal bebas serta membantu melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.
*Membaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera.Purata air lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga dapat melembapkan kulit yang kering.
Info~info
Antioksidan ialah bahan yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas terhadap sel normal,protein dan lemak. Beberapa jenis antioksidan seperti vitamin,mineral dan fitokimia. Untuk yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman,kisarkan epal hijau dengan seleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan.Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem percernaan. Zat masam epal hijau sememangnya pembersih tubuh yang sangat baik...





