nuffnang

LIKE ME

Tuesday 28 August 2012

INFO CANTIK


Jangan Teruskan Amalan Yang Salah
Amalan penjagaan wajah yang salah pastinya akan menghalang anda memiliki kulit yang cantik dan sihat. Ramai yang mengamalkan penjagaan kulit yang salah namun tidak menyedarinya gara-gara kurang pengetahuan. Berikut adalah antaranya.
1. Memakai Sabun Sabun hanya akan membuat kulit dehidrasi, sebaiknya gunakan pembersih muka yang lembut. Sabun akan menghilangkan minyak semula jadi pada kulit yang diperlukan. Sabun itu adalah bahan pencuci seeloknya jangan menggunakan sabun untuk membersihkan muka.
2. Tidak Membersihkan Wajah Sepatutnya Jangan tunggu sampai waktunya tidur untuk membersihkan wajah. Selepas keluar dari rumah, bersihkan wajah dan sapukan produk perawatan kulit. Selain itu, tetap cuci muka meski anda tidak mengenakan mekap. Anda perlu membersihkan wajah dari pencemaran dan debu. Ramai yang membersihkan wajah di pagi hari tapi lupa untuk melakukannya sekali lagi di malam hari. Malam lebih penting, kerana kulit perlu berehat dalam keadaan bersih.
3. Tak Memakai Krim Mata Jangan teragak-agak membeli krim mata mahal, gunakan pagi dan malam. Mata merupakan bahagian pertama di wajah yang menunjukkan penuaan. Produk yang diformulasi untuk bahagian mata mengandungi banyak nutrien yang diperlukan oleh mata berbanding pelembap biasa. Jangan abaikan bahagian mata, jika tidak anda mungkin mengalami masalah kantung mata yang membuat penampilan tidak segar.
4. Kurang Minum Air Putih Air putih adalah pelarut semula jadi. Air putih membantu memecahkan masalah kulit dari dalam. Air mengenyalkan kulit dan membantu perjalanan darah. Sebaiknya anda minum air sebelum benar-benar merasa haus.
5. Tidak Memakai Krim Pelindung Gunakan krim pelindung UV yang mengandungi SPF setiap hari. Tiada istilah terlambat untuk melindungi kulit anda dari sinar matahari. Biarpun lambat mengenakan krim tersebut di waktu matahari sudah meninggi, ia tetap ada perbezaan. Menggunakan krim ini setiap hari akan melindungi kulit daripada kedutan yang datang lebih awal serta jeragat yang mencacatkan penampilan wajah.
Jerawat Di Wajah Paling Merisaukan
Terdapat pelbagai jenis masalah kulit, tapi jerawat merupakan yang paling popular. Jerawat bukan saja boleh muncul di muka tapi juga punggung dan dada namun kemunculan di wajah adalah paling merisaukan.
Mereka yang kerap mengalami masalah jerawat selalunya adalah mereka yang memiliki jenis kulit berminyak. Namun begitu mereka yang memiliki kulit kering dan normal juga boleh mengalami masalah ini.
Minyak semula jadi pada kulit wajah dihasilkan oleh kelenjar minyak. Fungsi utama kelenjar minyak sebenarnya adalah untuk menjaga kelembapan kulit. Namun bila penghasilannya berlebihan ia akan menutup pori- pori sehingga menimbulkan masalah kulit, seperti jerawat. Jerawat wajah selalunya timbul di sekitar bahagian T – iaitu kening, hidung dan dagu kerana minyak lebih banyak dihasilkan di bahagian tersebut.
Bahana Jerawat Jerawat yang muncul bukan sekadar benjolan merah, kerana ia boleh menyebabkan kesan lain. Jerawat yang sukar diubati, sakit, gatal, panas, menampakkan pembuluh darah dan membengkak perlu ditangani melalui rawatan doktor. Ada sesetengah kes jerawat sebegini menyebabkan masalah kesihatan seperti demam. Sebelum jerawat menyerang, ada baiknya anda melakukan rawatan rutin seperti :
• Komedo atau ‘blackheads’ termasuk jenis jerawat ringan dan tidak meradang. Ia boleh ditangani oleh produk perawatan khusus, misalnya pengecil pori. Namun ia perlu digunakan secara rutin, karena bila anda berhenti memakainya, komedo akan muncul kembali.
• Bersihkan wajah secara teratur agar jerawat tidak menghampiri kulit. Gunakan produk yang sesuai dengan jenis kulit anda.
• Hindari memicit jerawat yang sudah timbul kerana kotoran di tangan anda boleh menyebabkan peradangan serta memburukkan lagi keadaan jerawat.

Friday 17 August 2012

Fesyen oh Fesyen Muslimah Raya 2012

Pilihan Hati untuk Lebaran
Lebih manis dan menawan apabila kurung moden diberi nafas baru. Mewah dengan manik pada bahagian bahu, dada dan hujung baju daripada fabrik plain silk Chiffon Patch dengan french lace. Tidak kurang juga dengan hujung kain yang diberi potongan berbeza untuk kelihatan lebih unik. Kurung hijau lembut diserikan lagi dengan manik merah jambu, dengan warna sedondon pada hiasan di selendang. Tidak ketinggalan selendang shaded chiffon dengan manik yang menarik.
Tampil Istimewa di Aidilfitri
Bawal Aidijuma

Cuaca panas di Malaysiamenyebabkan anda mencari fabrik yang sesuai supaya tidak berpeluh. Bagi yang berhijab, tudung bawal ialah pilihan tepat untuk anda gayakan tidak kira di mana sahaja anda berada. Selain ringan, bawal juga amat mudah untuk digayakan
Tampil Lebih Variasi
Hajra sentiasa mencari kelainan dan mempelbagaikan gaya ikatanselendang demi memberikan kepuasan kepada pelanggannya yang setia.Tidak mahu ketinggalan dengan arus fesyen hijab yang kini semakin rancak berkembang, namun Hajra tetap memiliki gayanya yang tersendiri di sampingmengekalkan kualiti fabrik. Ada gaya sederhana, mewah dan eksklusif!




Menu Ringkas & Sihat di Majlis Rumah Terbuka

Diri Bertambah Yakin
Menu Ringkas & Sihat di Majlis Rumah Terbuka

Suasana Hari Raya pasti sinonim dengan pelbagai juadah makanan. Sepanjang bulan Syawal, sudah tentulah kita banyak menerima undangan ke majlis rumah terbuka. Bagi kita yang ingin membuat rumah terbuka, sudah tentulah merancang menu apakah yang ingin disediakan pada hari tersebut.
Jika tidak mampu menyediakan atau mahu menjimatkan masa, anda boleh juga menggunakan khidmat katering. Selain lebih mudah, anda juga tidak perlu terburu-buru atau mengejar masa menyiapkan segala
 persiapan sebelum tiba waktunya. Antara hidangan yang
menjadi menu istimewa adalah aneka jenis kek comel serta
 biskut yang sudah tentunya menjadi tumpuan utama para tetamu
yang hadir.
Selain saiznya yang kecil, sesuai juga dijadikan sebagai pencuci
mulut. Bukan itu sahaja, bagi yang ingin mengawalpemakanan
atau diet, boleh juga mencuba hidangan seperti salad sayuran
dan buah-buahan yang berserat.
Selain terhindar dengan hidangan berminyak, berlemak dan
  berkolesterol tinggi, ia juga boleh memelihara kesihatan. Jadi
, sebelum anda mengatur acara rumah terbuka, terlebih dahulu
rancang dan pastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Tip Penyediaan Juadah:

1)
Untuk makan malam, menu tersebut biarlah ringkas seperti
 bihun sup, nasi himpit, ayam goreng, sate atau barbeku.

2) Menu yang sesuai dihidangkan waktu petang pula seperti roti
 jala, sandwic, ketupat, rendang, mi kari, popia goreng, tauhu sumbat
dan lain-lain mengikut cita rasa anda. Paling mustahak buat
perancangan yang betul, berapa orang tetamu yang ingin anda
jemput dan kemudian rancang menu sesuai. Pastikan anda
mempunyai ruang dapur yang cukup untuk anda bergerak
menyediakan persiapan memasak.

3)
Adalah lebih baik sekiranya anda dapat menjemput orang-orang
yang kurang berkemampuan seperti keluarga ibu tunggal, anak-anak
 yatim dan orang tua kerana mereka ini akan berdoa untuk kejayaan
  anda.
4) Pastikan niat yang baik-baik dan berdoa semoga tetamu anda
mendapat keberkatan pada setiap hidangan yang anda masak.
5) Memasak biarlah mengikut amalan nabi. Antaranya seperti
 mengacau masakan dengan mengikut arah lawan jam. Jangan
 campur aduk makanan laut dengan daging atau ayam.
6) Setiap bahan-bahan segar mesti dibasuh dengan air yang mengalir.

Sajian Untuk Menyambut Tetamu

Ketupat Kuning Saga
BAHAN-BAHAN :
8 cawan beras pulut (dibasuh dan direndam
bersama air selama dua ke tiga jam)
8 cawan santan
1 helai daun pandan
18 biji kelongsong ketupat
CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan beras yang telah siap dibasuh dan ditapis ke dalam kelongsong ketupat
2. Pastikan sukatan tidak terlalu penuh.
3. Setelah itu, masak bersama santan yang telah dicampur garam dan sehelai daun pandan
4. Angkat apabila ia betul-betul masak.
• Untuk 18 biji ketupat
Rendang Daging Tok Wan
BAHAN-BAHAN :
1 kilogram daging (dipotong kecil)
2 paket kecil rempah kurma
1/2 cawan kerisik
1 biji kelapa (diambil santannya)
1/2 inci gula Melaka
sedikit air asam jawa
3 helai daun limau purut (dimayang)
1 helai daun kunyit (dimayang)
sedikit garam dan gula
BAHAN DIKISAR :
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
20 tangkai cili kering
CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar ke dalam kuali bersama daging yang telah dipotong kecil.
2. Hidupkan api dan kacau perlahan.
3. Selepas lima minit, masukkan rempah kurma ke dalamnya dan kacau lagi.
4. Apabila air daging sedikit kering, barulah masukkan santan bersama kerisik dan gula Melaka. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
6. Kemudian tuangkan sedikit perahan air asam jawa. Kacau. Apabila daging sedikit empuk barulah perasakan rendang dengan garam secukupnya
8. Angkat apabila daging betul-betul empuk serta sedikit berkuah.
9. Hiaskan dengan taburan daun kunyit dan limau purut yang telah dimayang ke atasnya untuk rasa yang lebih sedap
• Bahan untuk 5-6 orang
Ayam Panggang Berempah Bersama Kuah Kacang
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam (dipotong kepada empat bahagian)
Bahan kisar dan perap:
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
30 gram halia muda
30 gram lengkuas
2 batang serai
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar seruk ketumbar
CARA MEMBUATNYA :
1. Perap ayam bersama kesemua bahan di atas dan biarkan selama satu jam.
2. Setelah itu, panggang ayam ke dalam ketuhar selama 45 minit.
3. Hidangkan ayam yang telah dimasak bersama kuah kacang mahupun nasi impit.
Burung Puyuh Masak Kelapa
BAHAN-BAHAN :
3 ekor burung puyuh
(dipotong kepada empat
bahagian)
1 cawan kelapa parut
1 sudu besar kerisik
1 helai daun kunyit
(dimayang)
BAHAN KISAR :
10 tangkai cili padi
5 ulas bawang merah
1 batang serai
5 tangkai cili merah
CARA MEMBUATNYA :
1. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
2. Setelah itu masukkan burung puyuh yang telah dibersihkan bersama sedikit air.
3. Kacau lagi. Masukkan kerisik bersama kelapa parut.
4. Gaul kesemuanya sampai rata. Setelah itu, perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
5. Pastikan kelapa garing dan burung puyuh benar-benar masak sebelum api ditutup.
6. Akhir sekali, taburkan daun kunyit yang telah dimayang ke atasnya sebelum dihidangkan bersama lemang mahupun ketupat.
Kerabu Pucuk Paku
BAHAN-BAHAN :
2 ikat pucuk paku-dipotong kemudian dicelur
4 biji bawang merah-dimayang halus
20gm kerisik
1 sudu teh lada hitam
2 biji limau nipis-diambil jusnya
20ml santan pekat
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan pucuk paku bersama bawang merah, kerisik dan air perahan limau nipis.
2. Masukkan santan dan sedikit lada hitam. Gaulkan rata.
3. Perasakan dengan garam secukup rasa dan hidangkan.
Acar Rampai
BAHAN-BAHAN :
2 biji lobak merah
2 biji timun
100 gram kacang panjang
1 sudu biji sawi
2 sudu rempah daging
2 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 inci halia
3 sudu tomato sos
1 sudu cuka
CARA MEMASAK :
1. Tumis bahan yang dikisar dan masukkan biji sawi, rempah daging,
2. Masukkan timun, lobak merah dan kacang panjang. Gaul rata dan hidangkan.
Pulut Panggang
BAHAN-BAHAN :
3 cawan beras pulut-dibasuh dan ditos
3 cawan santan pekat
50 gram serunding daging
Daun pisang-dipotong kecil dan dilayur atas api.
Sedikit marjerin
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Masukkan beras pulut, diikuti dengan santan dan garam.
2. Gaul supaya bahan sebati.
3. Kemudian, masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan masak sekitar 15 minit.
4. Kacau setiap lima minit agar pulut masak rata.
5. Selepas itu, sapukan marjerin di atas daun pisang.
6. Kemudian, letakkan sedikit pulut ke atas daun pisang dan ratakan.
7. Masukkan satu sudu serunding daging di tengah-tengah pulut ini.
8. Tutup inti daging ini dengan pulut.
9. Gulung daun pisang dan kemaskan dengan lidi di bahagian hujung.
10. Bakar seketika dan balik-balikkan agar pulut benar-benar masak.
11. Sedia untuk dihidangkan.
Puding Karamel
BAHAN-BAHANNYA :
300 gram gula
1 cawan air
1 liter susu segar
250 gram gula
8 biji telur
1 sudu teh esen vanila
CARA MEMBUATNYA :
1. Masak gula bersama air sehingga warna bertukar perang.
2. Setelah itu tuang ke dalam acuan dan ketepikan.
3. Campurkan susu segar bersama gula, telur dan esen vanila dan putar seketika.
4. Masak ia sehingga sedikit mendidih.
5. Kemudian tuang ke dalam acuan yang sama dan bakar selama 45 minit ke satu jam pada suhu160 darjah Celsius.
Tat Keju
BAHAN UNTUK DOH :
155 gram mentega
95 gram gula aising
1 biji telur
315 gram tepung
1 sudu teh esen vanila
BAHAN UNTUK KRIM KEJU :
250 gram krim keju
65 gram gula
25 gram mentega
2 biji telur
1 susu besar tepung jagung
40 gram krim
Sedikit perahan jus lemon
CARA MEMBUAT DOH :
1. Putar mentega bersama gula hingga sebati.
2. Selepas itu, masukkan telur, esen vanila serta tepung dan putar lagi.
3. Apabila sebati ambil doh dan terapkan dalam acuan tart.
4. Selepas itu bakar pada suhu 180 darjah Celsius selama 20 minit.
CARA MENYEDIAKAN TAT KEJU :
1. Putar keju bersama gula dan mentega sehingga gebu
2. Setelah itu, masukkan telur bersama tepung jagung dan krim
3. Apabila semuanya sebati, masukkan ke dalam acuan tat yang siap dibakar dan letakkan sedikit perasa mengikut cita rasa
4. Hidangkan ketika sejuk.

Wanita : Cantik & Sihat 2

Segar Berseri Di Pagi Syawal
Tinggal beberapa hari lagi Syawal bakal menjengah. Pastikan persiapan untuk tampil menarik di hari bahagia nanti sudah siap anda lakukan. Selain pakaian yang cantik, tentunya anda sudah memikirkan solekan yang sesuai untuk dikenakan di hari raya nanti.
Solekan ringkas dan natural paling sesuai ketika ini. Selain memberi keselesaan ia juga sesuai dengan mood raya yang santai. Berikut beberapa kelengkapan dan tip solekan yang perlu anda ikuti dalam merias diri ketika hari raya nanti agar tampil segar dan berseri.
Bedak Asas Dan Concealer

Gunanya adalah untuk menutupi kekurangan pada wajah seperti parut jerawat dan juga jeragat. Sebelum menggunakannya, terlebih dahulu sapukan pelembap ke seluruh bahagian wajah dan leher. Selepas itu sapukan bedak asas dengan tipis menggunakan berus atau jari anda.
Elak menyapu secara tebal kerana ia hanya akan menyebabkan wajah tampak lebih tua. Lebihkan di bahagian kulit yang bermasalah terutama jika mahu menutupi masalah lingkaran mata gelap dan bintik hitam.
Bagi yang tidak mempunyai sebarang masalah kulit, memadai dengan menyapu pelembap sahaja. Jika anda menggunakan bedak asas jenis cecair sebaiknya menggunakan span basah lalu sapukannya pada kulit.
Pembayang Mata Dan Eyeliner
Pemilihan pembayang mata juga penting dan sempena raya ini pilih warna yang lembut dan natural. Hindari memilih rona yang boleh memberikan kesan kusam atau gelap pada bahagian mata kerana ini ia menyebabkan masalah kulit seperti garis-garis halus yang timbul kian menonjol.
Bagi mereka yang memiliki mata yang kecil atau sepet pastikan juga anda memilih rona yang lebih ringan. Antara yang boleh dijadikan pilihan adalah plum dan kelabu tua. Selain itu, anda juga boleh menambah pembayang mata jenis glimmer. Sapukan di sudut bahagian dalam mata dan di bahagian tulang kening untuk membuka mata lebih besar.
Gunakan penyepit bulu mata sebelum menyapu maskara kerana ia akan membantu untuk membuka mata anda. Selain itu, pilih maskara jenis memanjang dan bervolume. Hindari menggunakan eyeliner untuk tutup atas dan bawah seluruh mata. Ini akan membuatkan mata tertutup dan nampak lebih kecil.
Untuk meningkatkan bentuk mata, sapukan eyeliner jenis pensel dua pertiga dari sudut luar mata untuk kelopak mata atas dan sepenuhnya pada kelopak mata bawah mulai dari dalam ke sudut luar.
Pemerah Pipi Dan Lipstik
Sesetengah wanita suka menggabungkan dua atau lebih pemerah pipi. Tapi jika mahu wajah tampak lebih natural dan tanpa kesan solekan yang ketara memadai dengan memilih hanya satu pemerah pipi yang sesuai.
Pastikan anda memilih warna merah kehitaman untuk menonjolkan tulang pipi anda. Bagi anda yang jarang atau pertama kali mencuba solekan terutama pemakaian pemerah pipi, sebaiknya cuba kaedah ini. Tundukkan sedikit kepala anda ke bawah sebentar dan kemudian lihat cermin. Bahagian pipi yang kelihatan merah itu adalah tempat di mana anda perlu menyapu pemerah pipi.
Bibir yang kehilangan kolagen akan mula menipis, bagi mendapatkan bibir yang penuh caranya adalah dengan menyapu terlebih dahulu lip balm sebelum menggunakan lipstik. Lip balm yang baik tidak hanya akan membantu untuk mengatasi masalah bibir kering tetapi juga akan membuatkan bibir tampak lebih menarik.
Tip lain untuk menampakkan bibir lebih muda adalah untuk menghindari penggunaan lipstik gelap dan lipstik matte. Sebaiknya pilih rona lipstik yang natural untuk kesan awet muda. Untuk kesan lebih menarik, sapukan sedikit pengilat bibir pada bahagian tengah bibir.

Info Sihat

6 Tip Makan Di Hari Raya
Setelah sebulan menahan diri daripada makan dan minum, bukan bermakna anda boleh makan sesuka hati menjelang hari lebaran. Meski benar, hari raya adalah hari kemenangan, tetapi kemenangan itu adalah bagi umat Islam yang berjaya menahan diri dari melakukan pelbagai perkara yang membatalkan puasa, malah dapat menambahkan pahala puasanya.
Bagi mengekalkan pola pemakanan sihat yang diamalkan sepanjang Ramadan, ikuti beberapa tip yang boleh anda amalkan di hari raya.
1. Jangan makan berlebihan di hari raya. Tubuh anda baru sahaja melalui proses detoksifikasi yang baik selama sebulan penuh. Jadi, sebaiknya jauhilah daripada terus meracuni tubuh anda dengan makanan-makanan berlemak tinggi, berkuah dan bersantan, apatah lagi tabiat lama anda seperti merokok.
2. Memang tidak dapat dielakkan makanan yang mengandungi santan seperti rendang, masak lodeh, ketupat palas dan sebagainya. Justeru, kurangi pengambilan makanan sebegini serta pilih hidangan yang mengandungi kuah santan yang cair. Sebolehnya, pilih ayam tanpa kulit atau daging tanpa lemak. Tambahan, tubuh masih memerlukan masa untuk beradaptasi kembali dengan pola waktu makan anda yang kembali normal. Sebab itu,anda digalakkan makan sedikit sahaja.
3. Pilih makanan yang tidak mengandungi banyak gula. Rata-rata hidangan di hari raya banyak yang mengandungi gula dan lemak yang tinggi. Makanan tersebut boleh meningkatkan respons tubuh untuk menghasilkan insulin berlebihan sehingga lemak akan kembali terkumpul di tubuh anda secara berlebihan.
4. Hindari makanan bersantan dan berminyak. Ini kerana makanan yang mengandungi minyak dan santan tentunya mengandungi kolesterol yang begitu tinggi. Kadar LDL (kolesterol jahat) di dalam darah akan melonjak melebihi kadar HDL (kolesterol baik).
5. Hidangkan buah potong dan sayuran segar untuk memenuhi vitamin dan zat lain bagi tubuh anda. Lebih baik makan buah potong daripada makan ais buah-buahan seperti smoothies atau jus buah yang sememangnya banyak memerlukan gula. Makanan berserat akan membantu mengurangi penyerapan kolesterol dan racun untuk tubuh anda.
6. Minum air putih. Hindari minuman ringan atau sirap. Banyakkan minum air putih terutama selepas makan pelbagai jenis makanan. Pastikan juga air putih bersih dan bebas kuman dan jumlahnya perlu memenuhi keperluan tubuh sekitar 1.5 liter sehingga 2.5 liter sehari.
Kekal Segar Sepanjang Perjalanan Balik Kampung
Sempena lebaran ini pasti ramai yang sedang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Selain bersiap sedia menyambut hari raya, ramai juga yang bersiap sedia untuk pulang ke kampung halaman. Bagi anda yang memilih melakukan perjalanan dengan kenderaan sendiri, sebaiknya membuat persiapan berikut agar anda kekal segar dan cergas sepanjang perjalanan. Ikuti panduan mudah di bawah :
Jaga Pandangan
Rasa mual boleh berlaku ketika otak dan tubuh tidak seiring memutuskan bergerak atau tidak. Misalnya, jika anda sedang duduk diam di kerusi dan dalam masa yang sama anda bergerak maju ke depan apabila berada di dalam kenderaan. Situasi ini boleh menyebabkan anda rasa mual. Jadi, fokuskan sahaja pandangan anda pada titik stabil di kejauhan bagi memberi signal kepada otak bahawa anda memang akan bergerak maju ke depan meski duduk diam di dalam kenderaan. Objek seperti bangunan, pohon besar, atau papan tanda jalan boleh menjadi titik fokus anda.
Ubat-ubatan
Anda tentu tahu kebiasaan tubuh anda ketika berjalan jauh. Sekiranya anda mudah berasa tidak selesa seperti mual dan muntah-muntah, bersedia lebih awal. Ambil ubat penahan muntah beberapa jam sebelum memulakan perjalanan. Selebihnya, anda boleh membawa bahan makanan lain yang boleh membantu anda mengurangkan masalah mual dan muntah-muntah seperti asam, gula-gula dan sebagainya.
Pilih Bangku Terbaik
Jika anda mudah sakit badan ketika duduk lama di dalam kenderaan, sebaiknya pilih tempat duduk yang boleh memberi anda pandangan yang jelas, luas dan selesa. Tempat duduk di belakang mungkin mempunyai pandangan terhalang, jadi tempat duduk di hadapan adalah yang terbaik untuk anda.
Anda boleh menikmati suasana di luar kenderaan melalui cermin hadapan tanpa halangan. Pandangan tumbuhan hijau seperti kelapa sawit, getah, sawah padi ataupun mungkin suasana kampung atau pesisiran pantai yang membiru lebih menyegarkan anda.
Buka Tingkap
Udara segar mungkin membantu anda bagi yang sering berasa mual, pening dan mudah muntah-muntah ketika berjalan jauh. Jika berada di jalan raya, biarkan tingkap dibuka sedikit agar udara segar boleh masuk ke dalam kenderaan sehingga menenangkan anda.
Hindari Makanan Berlemak Dan Pedas
Makanan sebegini boleh membuat perut berasa tidak selesa. Membiarkan perut kosong juga tidak bagus kerana anda lebih mudah berasa mual dan pening. Anda boleh makan makanan berkarbohidrat sederhana dan minumlah banyak air jika anda memulakan perjalanan selepas berbuka atau bersahur.

Ilusi Pakaian Mana Sesuai Untuk Kamu?

ilusi pakaian

Polka dot, belang, berpetak atau kosong, mana satu ilusi yang sesuai untuk kamu gayakan? Ingin tahu jawapannya? Jom cuba kuiz berikut.

1.Antara aktiviti berikut, mana satu menjadi pilihan kamu?
a. Membeli-belah.
b. Menonton wayang.
c. Menghadiri konsert.
d. Bercuti bersama teman-teman.

2.Rona yang menjadi pilihan kamu ketika berpakaian?
a. Warna-warni.
b. Warna-warna sejuk.
c. Warna tanah.
d. Warna biru, kuning, hitam dan putih.

3.Kamu dijemput ke satu majlis sosial, apakah persediaan kamu untuk ke sana?
a. Tidak sabar untuk ke majlis tersebut dan akan memastikan pakaian yang akan dipakai adalah yang paling terkini.
b. Akan pastikan selain kamu ada teman yang akan pergi bersama kerana tidak mahu timbul rasa tidak selesa di majlis tersebut.
c. Tiada sebarang persediaan kerana kamu lebih suka dengan konsep santai dan bersahaja.
d. Kamu akan membuat persediaan dari hujung rambut ke hujung kaki kerana kamu mahu dilihat sempurna pada malam itu.

4.Teman kamu memakai pakaian polka dot, apakah komen kamu?
a. “Cantiknya dan sangat ceria.”
b. “Boleh tahan dan cute.”
c. “Biasa sahaja.”
d. “No komen.”

5.Antara berikut yang mana satu menunjukkan keperibadian kamu?
a. Seorang yang peramah, happy go lucky dan boleh berkawan dengansesiapa sahaja.
b. Kamu hanya berkawan dengan orang tertentu sahaja dan lebih suka diam daripada banyak bercakap sehingga perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang lain.
c. Suka bergurau dengan semua orang tetapi apabila berkawan dengan seseorang, kamu menjadi pasangan yang paling serius.
d. Sangat profesional, terurus dan apabila membuat sesuatu perlu ada perancangan.

6.Adakah kamu seorang yang suka bersukan?
a. Ya sudah pasti.
b. Kadang-kadang.
c. Bergantung pada keadaan, andai ia menyeronokkan kenapa tidak.
d. Tidak ada masa untuk bersukan.

7.Berat badan kamu yang paling hampir antara berikut adalah:
a. 45
b. 70
c. 50
d. 55

8.Sekiranya kamu menonton televisyen, aktiviti yang akan kamu lakukan sambil menonton adalah?
a. Berbual dan mengulas tentang cerita yang ditonton.
b. Makan makanan ringan.
c. Membuat aktiviti lain seperti bermain gitar, membaca majalah dan sebagainya.
d. F okus pada cerita yang sedang ditonton.

9.Kamu ditimpa satu masalah iaitu dompet kamu hilang dan tidak dapat dikesan? Kamu:
a. Bertanyakan pada semua orang tentang dompet kamu itu.
b. Marah kerana terasa seperti ada orang yang mengambilnya.
c. Mencarinya dengan tenang tanpa memberitahu orang lain.
d. Membuat laporan segera!

Semak Jawapan:

Jika jawapan kamu banyak A

Ilusi paling sesuai untuk orang seperti kamu ialah polka dot kerana kamu seorang yang ceria dan gemarkan aktiviti bersosial. Orang seperti kamu juga memang sangat sesuai untuk gaya polka dot kerana keperibadian kamu itu melambangkan apa yang kamu pakai. Bukan itu sahaja, ilusi polka dot juga melambang seseorang itu sangat warna warni kehidupannya dan berani untuk berfesyen seperti kamu.

Jika jawapan kamu banyak B

Kamu sesuai dengan ilusi pakaian berbelang, selain mampu menutup kekurangan yang kamu ada ia juga mampu membuatkan kamu tampil lebih yakin. Sikap kamu yang kurang bergaul dan lebih suka menyendiri menampakkan kamu seperti seorang yang kurang yakin. Oleh itu, apabila kamu memakai ilusi belang ditambah pula dengan rona yang ceria, kamu akan tampak lebih mempesona dan yakin bergaya.

Jika jawapan kamu banyak C

Seorang yang gila-gila dan suka bergurau seperti kamu ini memang sesuai dengan ilusi pakaian berpetak atau bermotif bunga. Kamu seorang yang berjiwa seni dan pandai menilai sesuatu seni itu tetapi tidak pandai untuk memilih apa yang sesuai untuk diri kamu. Jadi untuk tidak tersalah memilih, dua ilusi ini sangat sesuai untuk kamu kerana ia akan melambangkan diri kamu yang sebenarnya.

Jika jawapan kamu banyak D

Kamu seorang yang suka pada kekemasan dan lebih selesa dengan gaya formal. Oleh itu, yang paling sesuai untuk kamu ialah pakaian yang tidak ada sebarang motif atau lebih tepat kosong. Itu akan membuatkan kamu tampak lebih yakin, menonjol dan lebih bijak.

Aura Warna Merdeka

aura warna bendera

Musim kemerdekaan menyalurkan hembusan semangat. Ikhtiar pejuang nan lalu kekal diingati, biarpun jasad menyambung amanat. Bukan salah menyanjung sejarah, walau hanya melabuh helaian indah di inci tubuh. Sempena memotret detik 55 tahun penuh debaran, raikan kemerdekaan kali ini dengan ilham gaya berinspirasi merdeka.

Bersama megahnya kibaran jalur gemilang, palet merah, putih,biru dan kuning meminjam gaya buat pemakaian. Dan setiapsatunya punya aura tersendiri. Ingin ketahui, jom baca fakta-fakta ini dan ketahui waktu yang sesuai untuk menggayakan pakaian warna-warna ini.

Biru : Rabu
Andai kamu ada sesuatu yang mustahak untuk dibentangkan berkaitan kerja atau tugasan, pemakaian warna biru mungkin boleh membantu. Warna ini melambangkan penyembuhan. Ia memberi kesan terhadap komunikasi yang boleh meningkatkan keyakinan dalam bercakap, berucap, berhujah dan segalanya berkaitan soft skill. Perhubungan kamu juga akan menjadi lancar.

Putih : Isnin
Mulus dan bersih, warna ini melambangkan kesucian. Mulakan rutin harian kamu dengan mengenakan pakaian bertona begini untuk mencetuskan idea dan merangsang semangat baru
dalam diri kamu. Pastikan putih menjadi warna dominan kamu bagi menyerap aura positif untuk permulaan hari.

Kuning: Khamis
Tona ini istimewa untuk si gadis yang spontan dan penuh sifat keceriaan. Untuk keluar berpacaran dengan si dia, warna terang ini membantu penampilan kamu menjadi lebih menggoda, berani dan juga penuh sensual. Dalam erti kata lain, dengan memakai warna kuning, pemikiran kamu menjadi lebih aktif dengan tenaga yang diserap lebih maksimum.

Merah : Sabtu
Rona membara ini memberi maksud keberanian dan kemewahan. Kala kamu mempunyai temu janji untuk berjumpa rakan-rakan, saudara mara atau individu yang baru pertama kali berjumpa, pakailah warna ini untuk serlahkan pesona luar biasa. Warna ini juga sesuai untuk dipakai ketika bersukan dan bersiar-siar.

Monday 6 August 2012

WANITA : CANTIK & SIHAT


Bau Mulut Hilangkan Seri Kecantikan
Nafas berbau sebenarnya menjadi hal yang biasa setiap kali seseorang menjalani ibadah berpuasa. Pun begitu, hal ini boleh menyebabkan seseorang itu berasa rendah diri dan kurang yakin untuk berkomunikasi dengan orang lain. Berikut adalah beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk mencegah bau mulut yang kurang enak :
Bersihkan Mulut
Rajinlah menjaga kebersihan mulut dengan sentiasa memberus gigi, gusi, dan lidah setiap pagi dan malam hari, termasuk setiap selesai makan sahur dan berbuka puasa. Jika tidak menjaga kebersihan mulut, sisa-sisa makanan akan menyebabkan bakteria melekat dan mudah menimbulkan nafas yang kurang enak sekali gus boleh menyebabkan kerosakan pada gigi anda. Justeru, jangan lupa untuk membersihkan bahagian belakang lidah dengan menggunakan berus gigi yang di perbuat daripada bahan nilon yang lembut. Ini kerana, bahagian tersebut antara tempat berkumpulnya bakteria.
Dental Floss
Gunakan benang gigi (dental floss) untuk membersihkan sisa-sisa makanan dari celah-celah gigi secara sempurna. Ini kerana, ada sesetengah berus gigi biasa tidak mampu menjangkau pada bahagian atau celah-celah yang sempit di antara gigi. Jika perlu, berkumur dengan larutan penyegar mulut (mouthwash) untuk mencegah nafas kurang enak. Sebaiknya, hindari larutan penyegar mulut yang mengandungi alkohol.
Hindari Makanan Berbau Menyengat
Hindari mengambil makanan yang mengandungi aroma khas seperti bawang putih, bawang merah, petai, atau durian. Ini kerana, makanan jenis ini masih kuat baunya terutama pada nafas mahupun ketika bersendawa. Justeru, hindari makanan dari jenis ini untuk sementara waktu supaya anda tidak mengalami masalah bau mulut.
Minum Banyak Air Putih
Perbanyakan pengambilan air putih terutama ketika anda bangun bersahur dan ketika waktu berbuka puasa untuk memastikan mulut terjaga kelembapannya. Mulut yang kering akan mudah menyebabkan timbulnya bau nafas yang kurang enak. Selain itu, ia juga membantu membersihkan mulut dan menghilangkan sisa-sisa makanan yang menjadi penyebab bau mulut.
Meniup Hidung
Selalulah menghembus udara keluar melalui hidung, terutama ketika anda mengalami masalah selesema atau alergi. Kaedah ini dapat mengelakkan daripada bau mulut yang kurang enak.
Cantik Di Hati
Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam di dalamnya... andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini. Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Kesihatan


Ketahui Penyebab Utama Sembelit
Kebelakangan ini anda rasa agak sukar untuk membuang air besar. Akibatnya perut mengembung dan rasa tidak selesa. Jika anda mengalami keadaan sebegini, jangan pula rasa susah hati. Ini kerana wanita memang kerap mengalami masalah sembelit. Jika anda mengalami sembelit dan ia amat kerap berlaku, petandanya tidak terdapat air secukupnya dalam najis. Ini satu masalah yang berlaku apabila terlalu banyak cecair diserap ke dalam usus. Najis yang terlalu keras dan kering amat sukar untuk melalui usus.
Definisi sembelit berbeza antara individu. Ada sesetengah wanita yang biasa mengalami pergerakan usus beberapa kali sehari, sementara yang lain mungkin beberapa kali seminggu. Anda tidak memerlukan rawatan sembelit kecuali anda kurang membuang air besar daripada kebiasaannya.
Jika anda mengalami sembelit dan ia amat kerap berlaku, petandanya tidak terdapat air secukupnya dalam najis. Ini satu masalah yang berlaku apabila terlalu banyak cecair diserap ke dalam usus. Najis yang terlalu keras dan kering amat sukar untuk melalui usus.
Definisi sembelit berbeza antara individu. Ada sesetengah wanita yang biasa mengalami pergerakan usus beberapa kali sehari, sementara yang lain mungkin beberapa kali seminggu. Anda tidak memerlukan rawatan sembelit kecuali anda kurang membuang air besar daripada kebiasaannya.
Penyebab Sembelit Terhadap Orang Dewasa
Sembelit boleh disebabkan pemakanan yang kurang baik, tabiat usus yang tidak baik atau masalah dalam pembuangan najis, sama ada secara fizikal, berfungsi, atau sukarela.
Berikut adalah penyebab-penyebab biasa sembelit :
1. Pemakanan yang kurang baik
Memakan makanan kaya dengan lemak haiwan (produk tenusu, daging, dan telur) atau gula halus tetapi rendah dalam serat (bijirin sepenuhnya, buah-buahan dan sayuran).
2. Pengambilan cecair tidak mencukupi 
Tidak meminum air secukupnya boleh membawa kepada najis yang keras dan kering. Cecair diserap dalam usus dan mereka yang tidak minum air secukupnya tidak melepaskan air secukupnya pula ke dalam usus besar bagi memastikan najis lembut.
3. Kopi Dan Alkohol
Pengambilan kedua-dua bahan ini mencetuskan peningkatan untuk kencing. Keadaan ini membawa kepada dehidrasi yang meningkatkan penyerapan air daripada usus. Keadaan ini boleh membawa kepada sembelit apabila tidak terdapat cecair disimpan dengan secukupnya dalam najis.
4. Tabiat Usus Yang Tidak Baik
Tidak menghiraukan keinginan untuk mengalami pergerakan usus boleh memulakan kitaran untuk sembelit. Selepas satu jangka tertentu, anda mungkin tidak mempunyai perasaan untuk menggerakkan usus. Keadaan ini boleh membawa kepada sembelit yang semakin teruk. Sebagai contoh, anda mungkin mengelak untuk ke tandas kerana terlalu sibuk.
5. Ubatan
Banyak ubat-ubatan boleh menyebab kan sembelit. Ini termasuklah antasid yang mengandungi aluminium hydroxide, ubat antispasma, ubat anti kemuru ngan, tablet besi, ubat antikonvulsi, diuretik dan ubat penahan sakit.
6. Menggembara
Perubahan dalam gaya hidup, pengambilan cecair yang rendah, dan memakan makanan segera boleh menyebabkan sembelit.
7. Sindrom Usus Rengsa (IBS)
Disebabkan perubahan dalam fungsi usus, jika seseorang mengalami masalah ini, mereka boleh mengalami sakit perut, angin berlebihan, kembung dan sembelit. Kadangkala cirit-birit juga boleh berlaku.
8. Penyalahgunaan Laksatif Atau Julap
Tabiat menggunakan laksatif secara perlahan-lahan akan menghasilkan kecenderungan kepadanya.
9. Kehamilan
Sembelit semasa kehamilan boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Setiap satu daripada keadaan yang disebut ini menghasilkan kesakitan teruk semasa pembuangan air besar. Keadaan ini mencetuskan pengecutan pada otot sfinkter anal (dubur). Pengecutan ini boleh menangguhkan pergerakan usus dan mengurangkan keinginan usus untuk terbuka bagi mengelakkan kesakitan dubur.
• Tekanan mekanikal pada usus oleh rahim yang berat.
• Perubahan hormon semasa hamil.
• Perubahan dalam pengambilan makanan dan cecair.
• Fisur dubur (kerekahan dalam dubur)
• Buasir menyakitkan.
• Penyempitan dubur.
10. Usus Terhalang
Pemampatan mekanikal dan gangguan terhadap fungsi usus yang normal boleh berlaku dalam beberapa cara berikut :
• Perparutan pada usus daripada keradangan berikutan dengan penyakit seperti diverticulitis atau penyakit Crohn.
• Keradangan pelekatan dan penyambungan tisu-tisu.
• Kanser usus.
• Hernia abdomen, usus berbilang menjadi tersekat.
• Batu empedu yang tersepit dan tidak dapat digerakkan dalam usus.
• Pemusingan usus sesama sendiri (volvulus).
• Kemasukan ke dalam usus melalui anus.
• Pelekatan selepas pembedahan boleh menghalang usus kecil dan menyebabkan ketidakbolehan untuk membuang angin atau menggerakkan usus, tetapi ia jarang menghalang usus besar.
11. Masalah-masalah mekanikal pada dubur dan rektum yang melibatkan rektum terkeluar dari anus atau masuk ke dalam vagina.
12. Kerosakan saraf di antara usus
13. Penyakit tisu penghubung seperti scleroderma dan lupus.
14. Kelenjar tiroid yang tidak berfungsi dengan baik.
15. Keracunan plumbum dan penyakit metabolik.
16. Usia iaitu orang dewasa yang tua lebih mudah untuk mendapat sembelit.
Rawatan SembelitPengambilan serat dalam pemakanan adalah amat penting kerana ia memastikan najis lebih besar dan lembut yang sekaligus memudahkan ia bergerak. Tambah pengambilan jumlah serat dalam pemakanan sehingga anda mendapat sekurang-kurangnya
20 hingga 35 gram serat setiap hari.
Sumber Serat Yang Baik Termasuklah :• Bran dan bijirin penuh yang terdapat dalam bijirin, roti dan beras perang.
• Sayuran seperti kubis brussel, lobak merah dan asparagus.
• Buah-buahan segar atau buah-buahan kering seperti kismis, apricot dan prun.
• Kekacang.
Apabila anda mengalami sembelit, hadkan pengambilan makanan yang tinggi lemak dan rendah serat seperti keju dan produk tenusu lain, makanan diproses dan daging. Makanan-makanan ini boleh memburukkan lagi sembelit anda. Pastikan anda meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana air adalah amat penting untuk mencegah sembelit. Selain itu, pastikan anda bersenam dengan kerap. Menggerakkan tubuh akan memastikan usus anda bergerak juga.
Laksatif Atau PenjulapLaksatif bukanlah perkara pertama yang anda ambil untuk melegakan sembelit. Berjumpalah dengan doktor jika anda mengalami sembelit dalam jangka panjang kerana ubat yang anda ambil atau keadaan perubatan anda boleh menjadi puncanya. Di dalam kes sebegini, menghentikan ubat atau merawat masalah seharusnya melegakan sembelit.
Jika anda mencadangkan laksatif, tanya kepadanya apa jenis yang terbaik buat anda dan berapa lama anda perlu mengambilnya

Fesyen Oh Fesyen Muslimah Raya 2

Koleksi Busana dan Kerudung Hajaba : Kurung moden rona biru laut ini tetap mencuri pandangan apatahlagi diperincikan dengan sulaman serta taburan manik dan labuci di dada dan hujung lengan baju. Padankan bersama selendang polos daripada fabrik sifon serta anak tudung corak abstrak. Manakala jubah biru bertingkat ini dengan taburan manik dan labuci di dada manis digayakan dengan selendang panjang senada warna yang boleh dilekat atau ditanggal dari baju fabrik sifon dengan juraian manik dan labuci.
 



  







   



 


 


 


 





 

  









Sunday 5 August 2012

SIHATKAH MAKANAN KEGEMARAN ANDA

Setiap hari kebanyakkan orang akan makan atau minum apa saja yang terlintas difikiran dan selera mereka pada ketika itu.namun,haruslah kita ingat bahawa kesihatan kita bergantung pada apa yang kita makan atau minum setiap hari.Bagi mereka yang ingin berdiet,jadikan INFO DIBAWAH ini sebagai panduan yang mungkin mampu mematahkan selera anda untuk menikmatinya bagi memastikan misi anda tercapai...:}
SATAY AYAM
Saiz Hidangan 150gram(10 cucuk)
Kalori(kcals) 365
karbohidrat(g) 19.1
Protien(g)28.4
Lemak(g)19.4
KOPI HITAM
Saiz hidangan 1 cawan
Kalori(kcals) 3.5
Karbohidrat(g) 0.7
Protien(g) 0.2
Lemak(g)0
ROTI CANAI
Saiz hidangan 95g(sekeping)
Kalori(kcals)301
Karbohidrat(g)45.5
Protien(g)6.7
Lemak(g)10.3








Awasi Permakanan anda
Permakanan yang mempunyai perlbagai nutrien sangat penting untuk kesihatan yang berkualiti.Tetapi ,tiada sejenis pun makanan mempunyai semua nutrien yang kita perlukan.Terdapat tiga jenis nutrien paling penting daripada 40 nutrien yang dikumpulkan dalam 6 jenis nutrien utama,iaitu karbohidrat,lemak,protien,vitamin,garam galian dan air }

Karbohidrat
Merupakan polimer semulajadi iaitu sejenis kelas makanan yang sangat penting kepada manusia.Ia adalah sumber tenaga yang utama dan dikelaskan kepada 3 bahagian iaitu monosakarida,oligosakarida dan polisakarida  }

Protien
Merupakan nutrien penting untuk pertumbuhan pembaikan dan mengawal sel.Hampir separuh protien yang diambil akan ditukar menjaddi enzim yang bertindak mengawal kelajuan tindak balas biologi dalam badan,melaancarkan fungsi pencerna makanan,mengumpul dan membahagikan molekul untuk membuat sel baru dan bahan kimia.Bagi fungsi-fungsi ini,enzim memerlukan vitamin dan sumber tertentu.

Lemak
Sangat penting untuk tubuh kerana ia membantu membekalkan tenaga,pembinaan sel,pengangkutan oksigen,pembekuan darah dan penghasilan hormon yang dikenali sebagai prostaglandin.Lemak boleh jadi tepu,politaktepu,monotaktepu dan lemak tepu.Lemak politaktepu atau asid lemak yang penting tidak boleh dihasilkan oleh badan dengan sendirinya dan puncanya hanyalah daripada diet anda.

Keperluan kalori
Kalori merupakan sejenis unit tenaga.Seorang lelaki dewasa yang berusia antara 20 hingga 39 tahun dengan berat minimum 55kg,memerlukan jumlah kalori sebanyak 2530 kcals sehari.Bagi yang berumur 40 hingga 49 tahun dengan kadar berat yang sama pula memerlukan 2400 kcals sehari.Usia 50 hingga 59 tahun,sebanyak 2280 kcals diperlukan manakala bagi yang berusia 60 tahun ke atas,jumlah kalori yang diperlukan sehari ialah 2020 kcals.Jadi amat penting untuk anda mengetahui apa yang anda makan setiap hari dan ketahuilah berapakah jumlah kalori yang layak untuk anda.


INFO KACANG SOYA

Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:
Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang
menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia
ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual
/ sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).
FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah
cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia yang
mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical
bernama isoflavone(sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan
symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar
osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)
Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang
dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses
penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat
menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna
dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang
soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai
kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.
Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang
penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk
proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak
mendeaktifkan perencat enzim ini.
Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.
Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia
bernama phytic acid yang merupakan satu bahan anti-nutrien.
Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam
kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.
Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan
perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di
peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan
proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .
Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu,
sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.
Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang
mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan
susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.
Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh
University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu
lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.
Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan
isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang
soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.
Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti
estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa.
Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.
FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya
menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi
tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!
FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan
soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan,
boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.
Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.
MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

Friday 3 August 2012

INFO SIHAT

DIET TERBAIK UNTUK PENGHIDAP KANSER HATI

Bagi mereka yang mengalami barah hati(kanser),faktor diet permakanan merupakan faktor terpenting dalam kesihatan mereka sehari-harian.Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu diambil dan WAJIB dielakkan.Jika mereka tidak menghiraukan dari segi permakanan,penyakit ini boleh menjadi semakin serius bahkan boleh mengakibatkan kematian


MAKANAN DAN MINUMAN YANG PERLU DIAMBIL


Susu dan yogurt
**susu dan yogurt dapat mengurangkan perkembangan barah hati.Anda harus memastikan bahawa susu dan yogurt yang diambil adalah bebas gula.

Buah-buahan segar dan sayur-sayuran
**makan 7 hingga 9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran (organik dan bebas racun perosak). Anda harus mengambil sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C dan vitamin B yang tinggi.Pastikan sayur-sayuran dan buah-buahan itu adalah organik dan tidak menggunakan racun perosak.Menurut penelitian,mereka yang mengamalkan permakanan sayur-sayuran kuning dan oren(labu,ubi jalar,ubi),dan sayu-sayuran seperti brokoli mempunyai peluang yang lebih rendah untuk mendapat barah hati berbanding mereka yang tidak memakan sayur-sayuran ini secara teratur.

Teh
**Teh hijau adalah salah satu minuman popular yang biasa digunakan sebagai minuman berkhasiat.

Makanan Berserat Tinggi
**Saalah satu cara untuk melawan penyakit barah hati ialah pesakit haruslah mengambil makanan yang berserat tinggi seperti oat dan kekacang.
Ada dua kategori makanan berserat tinggi yang memberikan kesan yang berbeza pada tubuh kita.Pertama adalah serat larut dan yang kedua serat tidak larut.
Serat larut seperti kacang kering,kacang peas,oat dan biji rami.ia juga terdapat pada jeruk epal dan lobak merah.Serat larut ini membantu mengatur gula dalam darah kerana ia terikat dengan asid lemak dalam perut dan memanjangkan proses pencernaan.Selain itu ia turut menurunkan tahap LDL(Low Density Lipoprotien) atau dikenali sebagai ''kolesterol buruk'' dan membantu mengurangkan jumlah kolesterol secara keseluruhan.
Untuk serat tidak laarut,kita boleh menemuinya dalam roti gandum,bunga kobis,kacaang hijau,pada kulit buah-buahan dan sayur-sayuran berakar.Ini baik untuk proses pencernaan dan membantu pengeluaran toksin dalam badan serta mengimbangi keasidan dalam badan.

Jus Delima
**pesakit barah hati juga dinasihatkan untuk mengambil minuman jus delima kerana ia membantu sebagai agen mencegah.Untuk lelaki,satu lagi manfaat jus delima adalah ia juga merupakan pilihan yang berkesan bagi rawatan kanser prostat.

Minyak Zaitun
**minyak zaitun dapat membersihkan hati dan memberikan fungsi tubuh anda kembali ke tahap optimum.Bahkan ia meningkatkan tumpuan dan tenaga anda.

Ikan Stim dan rebus(ikan laut dalam)
**Ikan memberikan khasiat lemak sihat dan tidak memburukkan barah hati.Bagi mereka yang sangat peka mengenai barah,ikan laut dalam adalah pilihan yang terbaik.Ianya merupakan sumber protein yang bagus.

Diet Bebas Gula
**Perkara yang paling mustahak dalam mencegah barah hati adalah permakanan yang bebas gula.Ini kerana pesakit diabetes mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk mendapat kanser hati.

Lemak haiwan/lemak trans
**Pesakit barah hati harus menggelakkan daripada mengambil kedua-dua jenis lemak tersebut kerana ianya berbahaya bagi melawan penyakit kanser.

Daging Merah
**Anda tidak boleh mengambil daging merah secara berlebihan atau elakkan dari mengambil daging merah.

Keju
**Pesakit barah juga perlu menghindari memakan bijan.lada dan keju.Ini kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan barah tersebut..

TEKNIK MEMASAK TENTUKAN KEJAYAAN DIET ANDA


MENUMIS...MEREBUS...MEMANGGANG...MENGUKUS DAN MENGGORENG..

Semuanya sudah dilakukan untuk memastikan diri anda mendapat khasiat yang secukupnya demi mencapau sasaran iaitu ' mengguruskan badan'.
Apalagi yang tidak kena? Menurut Prof.Dr.Ir.Tien r.Muchtadi,pakar teknologi makaann,dalam pengolahan makanan,teknik memasak amat penting dalam mempengaruhi kandungan gizi agar makanan yang anda hasilkan itu berkhasiat.Bukan sahaj untuk kesihatan tetapi juga dalam membantu diet anda.
Sememangnya;proses memasak  yang tidak tepat boleh menghilangkan kandungan nutrisi dan diet anda.Disini beberapa teknik memasak yang betul dalam membantu merealisasikan impian langsing anda..Ayuh lihat satu persatu:

MENUMIS
Ia adalah cara memasak yang paling cepat dan pemanasan hanya sebentar.Anda perlu makan dengan segera kerana sumber nutrisi akan hilang jika dibiarkan terlalu lama.Terdapat dua cara menumis iaitu:

STRIR FRY-menumis ala cina.Ia memrlukan api yang sederhana.Masakan dari kuali yang panas inilah akan membuatkan masakan lebih beraroma.
SAUTE-Berasal dari perancis.Bahan masakan ditumis dengan menggunakan sedikit minyak atau mentega.

Untuk mengelakkan kandungan nutrisi hilang,ikuti panduan ini:

Jenis                         

Buatan             

 Pilih ini        
Tapak besi adalah baik kerana ia dapat mengekalkan kepanasan makanan 
dengan baik.Tetapi ,tidak boleh digunakan setiap hari kerana ia mudah
berkarat.

Daripada ini      
Tapak aluminium akan membuatkan makanan lebih cepat teroksida dan 
akan mengurangkan kandungan nutrisi.

Bentuk

Pilih ini              
Kuali cekung/datar ke dalam kerana makanan akan cepat masak dan tidak menghilangkan rasa

Daripada ini       
Kuali datar akan membuatkan makanan cepat masak.Namun ia sesuai untuk masakan barat                                                   



Ini adalah teknik memasak yang tertua.ia dilakukan dengan cara memasukkan makanan ke dalam air mendidih atau susu/santan tanpa ada bahan tambahan lain.Waalupun ia nampak mudah tetapi anda harus perhatikan tip ini:

TEKNIK MEREBUS

Cara ini               
Didihkan air sehingga 100'C,bairkan selama 15 minit,barulah masukkan 
makanan.Ini untuk memastikan kandungan nutrisi terjaga terutamanya
merebus ikan atau mee

Daripada itu        
Ada bahan mentah yang dimasak bersama untuk makanan tertentu 
sahaja seperti kacang merah dan kacang hijau.

Merebus Sayuran Hijau

Cara ini               
Apabila air mendidih,masukkan sayuran hijau selama 5 minit tanpa 
menutupnya.Ini untuk ada mendapat manfaat klorofilnya

Daripada itu        
Merebus lebih daripada 5 minit akan membuatkan sayuran lebih hitam
dan kandungan nutrisi berkurangan.


                                        


MENGUKUS

Dalam teknik ini,makanan akan masak kerana manfaat daripada wap air yang mendidih.cara ini akan baik untuk menyelamatkan makanan kerana ia tidak terendam,diangkat atau diterbalikan.Mengukus adalah teknik memasak yang cukup mudah.Ikuti tip ini:

Teknik Mengukus

Lakukan ini          
Pastikan air dalam periuk pengukus mendidih sebelum meletakkan 
makanan.Ini untuk memastikan kandungan vitamin dan mineral terjaga
Pastikan makanan yang dikukus dapat dibungkus sama saiz

Daripada ini          
Dengan memasukkan makanan sebelum air mendidih akan membuatkan hasil kurang sempurna.contohnya,warna sayuran menjadi pudar.Apabila bungkusan makanan berbeza,masakan tidak masak dan kurang efisien.

MEMANGGANG

Biasanya ,daging adalah bahan utama dalam memanggang tetapi sayuran pun boleh juga dipanggang.Inilah cara alternatif bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Untuk memastikan panggangan anda berjaya,ikuti tip ini:

Teknik Memanggang

Cara ini             
Perapkan makanan dengan rempah ratus yang kaya dengan antioksidan.
Apabila menggunakan arang,pastikan ia merah menyala agar tidak mempengaruhi makanan yang dipanggang.

Elakkan             
Tidak salah jika tidak menggunakan rempah ratus tetapi ia boleh menimbulkan sifat karsinogenik tanpa disedari.Jangan sesekali menyiram dengan minyak tanah untuk menyalakan api kerana aromanya akan terkena pada makanan tersebut.

Pilihan makanan

Cara ini              
Gunakan makanan yang senang untuk dipanggang

Elakkan             
Adalah tidak elok membalik-balikkan makanan terlalu kerap,bimbang ada bakteria yang tertinggal

Memanggang sayur
* Panggang seketika,antara 1-2 minit dan letakkan sejauh mungkin dari sumber api.


                                



MENGGORENG

Asasnya,menngoreng adalah menggunakan minyak yang panas didalam kuali.terdapat beberapa teknik menggoreng seperti:
Deep fry-dilakukan dengan memasukkan makanan dalam minyak yang banyak untuk mendapatkan tekstur yang garing
Pan fry-Teknik menggoreng dengan menggunakan minyak yang sedikit untuk menghasilakan makanan yang lembut dan tidak berminyak.

Menggoreng turut melibatkan penggunaan minyak yang pelbagai jenis seperti  minyak kelapa,minyak sawit,jagung,biji matahari,zaitun dan sebagainya.Bergantung kepada anda untuk mendapatkan khasiat yang lebih baik.Antara saranan dalam menggoreng ialah:

Penggunaan minyak

Lakukan ini         
Apa pun jenis minyak,gunakan hanya 4 kali sahaja

Daripada itu        
Lebih daripada 4 kali ,ia akan bersifat karsinogenik

Teknik menggoreng

Lakukan ini         
Panaskan pada suhu 200'C

Daripada itu        
Pemanasan lebih 200'C akan membuatkan minyak rosak.Ia mengubah lemak baik kepada lemak jahat

Minyak untuk DEEP FRY

Lakukan ini        
Gunakan minyak kelapa dan minyak kelapa sawit kerana ia mempunyai didihan yang lebih tinggi

Daripada itu        
Bagi minyak jagung.biji bunga matahari atau zaitun,didihan lebih rendahsehingga makanan cepat hangus.

Teknik menggoreng DEEP FRY

Lakukan ini        
Gunakan alat yang dilengkapi penapis untuk taruhan minyak yang berlebihan pada makanan

Daripada itu       
Tidak menggunakan penapis menyebabkan masakan tidak sekata dan 
mudah hangus.

Peralatan memasak

Lakukan ini         
Stainless steel atau kayu

Daripada itu        
Tembaga atau perak yang mudah teroksida oleh minyak

                                        



JAGA NUTRISI SAYURAN

Teknik memasak yang betul boleh membantu menjaga nutrisi makanan.Begitu juga ketika memasak sayuran,perluakn sedikit air agar kandungan vitamin C tidak berkurangan.Ikuti tip ini.


Kulit dan Daun
** Sebahagian vitamin dan nutrisi dalam sayuran terdapat pada kulit dan daun.Jika anda tidak ingin membuang kulitnya,bersihkan kotoran yang melekat pada sayuran.

Mengukus
** Jangan mengukus sayuran terlalu lama dan adalah lebih elok menggunakan teknik steam fry atau dimasukkan kedalam ketuhar.mengukus dengan cepat akan membuatkan nutrisi terjaga dan warna yanga asli.

Memotong
**Potong sayur dalam bentuk yang besar untuk mengelakkan hilangnya vitamin ketika dimasak.Rebuslah kentang dengan kulitnya untuk mencegah kurangnya potassium dalam air

Masa Memasak
**Brokoli dan asparagus hendaklah dimasak dengan cepat.Terlalu lama dimasak akan menyebabkan sayuran ini kehilangan vitamin B dan C.